Saturday, July 13, 2013

Tiada lagi 'Flip-Flop' , Mohon Kerajaan Tegas dengan Keputusan Pembelajaran TITAS di IPTS

Dasar yang diumumkan kerajaan dalam mewajibkan pelajar2 IPTS yang akan mendaftar bermula Sept 2013 untuk mengambil 3 subjek wajib sepanjang pengajian mereka iaitu TITAS (Pengajian Islam dan Tamadun Asia), Pengajian Hubungan Antara Kaum dan Pengajian Malaysia merupakan satu langkah yang perlu diteruskan meski pun mendapat tentangan pelbagai pihak.

Alasan kerajaan dalam melaksanakan dasar ini adalah bagi menyelaraskan pengajian di IPTA dan IPTS. Walau bagaimanapun, penulis melihat dasar ini adalah bagi 'mendidik' pelajar-pelajar IPTS supaya lebih memahami dan menghormati agama, budaya dan sejarah negara ini. Subjek2 ini seolah-olah 'refreshment' untuk pendidikan moral dan sejarah semasa mereka menuntuk di peringkat rendah dan menengah di zaman persekolahan.

Jika dilihat senario hari ini, semakin ramai golongan dari kaum tertentu yang bersifat tidak sensitif dengan kaum,agama, dan perlembagaan negara. Malah semakin ramai pula yang berani mempersoalkan kerana disokong oleh segolongan ahli politik yang mementingkan diri sendiri. Apabila ini berlaku, golongan-golongan ini merasakan tindakan mereka adalah satu perbuatan yang betul dan menjadikan mereka semakin lantang dan agresif tanpa memperdulikan asas2 pembentukan negara ini.

Mungkin pihak kerajaan secara halus cuba 'mendidik' orang muda dari golongan2 ini yang majoritinya belajar di IPTS-IPTS. Secara tak langsung mungkin cuba memberi kefahaman kepada 'elitis-elitis Melayu' liberal yang juga kebanyakkannya belajar di IPTS. Pengumuman yang dibuat oleh TPM baru2 ini (hari Khamis) walaubagaimanapun mendapat respon negatif dari pengendali2 IPTS, malah turut disuarakan beberapa ahli politik.

Penulis berpendapat, kerajaan harus tegas dengan keputusan yang diambil dan persetankan saja rungutan-rungutan yang timbul. Penulis yakin, sebelum membuat keputusan ini kerajaan telah melakukan tinjauan dan mendapat maklum balas pro dan kontra sebelum mengumumkan dasar ini. Pihak kerajaan tentu sedar bantahan2 yang mungkin timbul samada dari pihak IPTS, pelajar dan ahli2 politik apabila dasar ini diumumkan, dan mempunyai kaedah menanganinya.

Penulis berharap, tiada lagi keputusan 'flip-flop' dari kerajaan apabila menerima bantahan dari kumpulan-kumpulan. Cukuplah insiden-insiden 'flip flop' yang memalukan sebelum ini. Rakyat akan menjadi lebih yakin apabila kerajaan berani membuat keputusan dan tak terpengaruh dengan segelintir 'langau' yang membuat bising.

Banyak lagi yang ingin diperkatakan kelak antaranya isu TPPA, saranan wakil Vatican dengan penggunaan kalimah Allah dan isu kepentingan Melayu. Setakat ini biarlah penulis berhenti dulu untuk melihat perkembangan isu2 yang hangat diperkatakan ini.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu