Friday, July 19, 2013

Rakyat yang Tak 'Faham' Bahasa Rasmi Negara Sendiri

Ramai orang dalam negara ini mengaku mereka rakyat Malaysia , tapi hakikatnya masih ramai di antara mereka yang gagal berbahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) dengan baik . Malah ada antara mereka juga tidak tahu berbahasa Inggeris . Mereka hanya tahu menggunakan bahasa ibunda sendiri . Ironinya ramai dari golongan ini berani melabelkan orang lain sebagai racist dan sebagainya . Golongan ini juga yang mendesak supaya hak istimewa Melayu / Bumiputera di hapuskan . 


Walaupun mahu hak-hak istimewa Melayu / Bumiputera dihapuskan , pada masa yang sama mereka mahu hak-hak mereka terus terjamin dan terpelihara.  Mereka boleh mempersoalkan hak-hak orang Melayu /Bumiputera tetapi kita tidak boleh mempersoalkan hak-hak mereka seperti sistem pendidikan yang berkiblatkan negara asal masing2. Golongan-golongan seperti ini gagal memahami konsep 'give and take' (bertoleransi) .

Hal sebegini mungkin berlaku akibat dari sikap perkauman yang menebal dalam diri . Golongan-golongan ini percaya bahawa mereka boleh hidup dengan hanya bergaul sesama kaum sendiri . Oleh itu mereka tidak mahu ambil tahu sejarah pembentukan negara, hubungan antara kaum dan soal-soal sensitif yang berkaitan. Hal-hal berkenaan kenegaraan banyak ditulis dalam bahasa Melayu atau Inggeris dan mungkin hampir tiada langsung yang ditulis dalam bahasa-bahasa ibunda dalam negara ini. Oleh yang demikian, apabila wujud sifat tidak mahu menguasai bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris , mereka ini akan gagal mendapat maklumat yang sepatutnya mengenai hal2 berkaitan kenegaraan . 

Apabila ini berlaku , maka akan kedengaran lah suara-suara dari pertubuhan2 mempersoalkan perlembagaan negara , dan akan berlaku pelbagai tuntutan. Penulis berpendapat, elok lah kerajaan memikirkan kaedah untuk 'memaksa' golongan2 'chauvanis' ini belajar menggunakan bahasa Melayu. Selagi ada kelompok yang tidak 'faham' bahasa melayu selagi itu lah mereka akan 'mengomel' dengan lagak masing-masing. Penulis berpendapat, rakyat Malaysia yang tidak tahu berbahasa Melayu boleh lah dianggap mereka yang tidak berminat menjadi rakyat negara ini . Hak mereka untuk mengundi mungkin perlu dibekukan, sehingga mereka boleh berbahasa Melayu dan faham akan apa yang tertera dalam rukun negara. 


Hal berkenaan kepentingan mengetahui bahasa Melayu untuk semua rakyat Malaysia dibangkitkan semula penulis apabila membaca satu artikel di Free Malaysia Today berkenaan masalah berbahasa seorang pemilik anjing yang mahu membuat laporan polis berkenaan kecuaian kedai penjagaan haiwan hingga menyebabkan anjing beliau mati. Dari artikel itu, pemilik anjing berkenaan Leong Yoke Chang mempunyai masalah komunikasi samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris apabila cuba membuat laporan polis di balai polis Cheras.  (klik untuk artikel asal) . Selain itu, pemuda Cina yang baru-baru ini diculik dan diconteng badannya itu juga dikatakan mempunyai masalah dalam berkomunikasi dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang dapat bertoleransi antara satu dengan lain akan terus gagal sekiranya agenda memartabatkan penggunaan bahasa Melayu untuk SEMUA rakyat Malaysia dipinggirkan. 




1 comments:

jd..saper yg racist?
sndri mau pikir la..
melayu jugak yg kena tangkap..haiss..

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu