Monday, July 29, 2013

Menilai 'Hero' Melayu Era Globalisasi

Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana pelbagai kebudayaan dari pelbagai latar belakang mewarnai kehidupan rakyat dalam negara ini. Pembentukan negara ini juga adalah hasil dari tolak ansur penduduk pribumi negara ini iaitu orang Melayu (dalam konteks Semenanjung) memberi kerakyatan kepada pendatang-pendatang dari China dan India yang dibawa masuk oleh penjajah British. Pemberian kerakyatan adalah tertakluk kepada beberapa syarat yang termaktub dalam perlembagaan negara yang melindungi hak-hak orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini. 


Namun dengan peredaran zaman dan kewujudan generasi baru pendatang-pendatang dari China dan India, perihal tolak ansur dalam pemberian kerakyatan seolah-olah telah dilupakan. Hak-hak orang Melayu , kesucian agama Islam dan kedaulatan Raja-raja Melayu mula dipersoalkan . Gelombang pertama ialah pada tahun 1969 , dalam hanya 12 tahun sejuta kerakyatan diberikan kepada pendatang dari China dan India, sudah ada sikap 'penentangan' yang cuba ditunjukkan. Namun pada ketika itu, orang-orang Melayu kuat bersatu dan 'Tragedi 13 Mei' sedikit sebanyak menyebabkan golongan-golongan yang kuat menentang ini memperlahankan rentak mereka. 


Gelombang kedua pula dilihat wujud akhir-akhir ini, hal-hal berkenaan orang Melayu dipersoalkan secara terbuka, begitu juga dengan kesucian agama Islam dan kedaulatan Raja-raja Melayu. Setelah 44 tahun tragedi 13 Mei berlalu, rentak gendang yang serupa mula dimainkan, cuma kali ini ia mendapat sokongan daripada segelintir kaum Melayu sendiri. Hal seperti ini makin galak dibangkitkan semula apabila orang-orang Melayu dalam negara ini semakin berpecah belah. Mungkin belajar dari kesilapan yang berlaku pada tahun 1969, isu-isu sensitif dipersoalkan dengan lebih 'berstrategi' , minda orang Melayu di 'basuh' supaya dapat menerima konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperkenalkan parti politik DAP yang didominasi bangsa Cina. PAS yang dahulunya begitu lantang dengan konsep Islamiknya dilihat turut terperangkap dengan permainan politik chauvinist ini. 

DS Najib cuba untuk mengendurkan desakan-desakan melampau ini dengan tindakan 'berbaik-baik' dengan masyarakat Cina melalui pelbagai bantuan yang diberikan. Tindakan dilakukan bagi menyedarkan kaum Cina dan India bahawa walaupun Melayu mempunyai hak-hak istimewa yang perlu dipertahankan, kaum Cina dan India tidak pernah dilupakan kerajaan. Namun, sudah menjadi lumrah bagi sesetengah orang apabila apa yang diberikan tidak pernah cukup, maka 'pembelotan' terbesar dalam sejarah Malaysia dijustifikasi melalui keputusan PRU-13 baru-baru ini yang melihat hampir 98% kaum Cina yang menolak Barisan Nasional daripada terus menerajui kerajaan Malaysia. Barisan Nasional cukup sinonim dengan UMNO dan UMNO pula cukup sinonim dengan Melayu. UMNO merupakan parti politik dalam Malaysia yang mempunyai paling ramai ahli berbangsa Melayu. 

Walau bagaimanapun, beberapa tindakan Najib yang menguntungkan kaum Cina tidak menyenangkan beberapa kumpulan yang menyokong UMNO . Mereka berpendapat Najib seharusnya lebih tegas dalam membela nasib orang-orang Melayu . Didorong perasaan marah serta dikhianati rentetan beberapa peristiwa sensitif seperti isu hak-hak orang Melayu dan penggunaan kalimah Allah, orang-orang Melayu pada masa sekarang tercari-cari suara yang mampu membela mereka . Mereka marah pada kepimpinan UMNO, tetapi pada masa yang sama mereka juga tidak boleh berharap pada PAS dan PKR untuk menjadi pembelaa. Oleh yang demikian mereka berpendapat jalan yang paling mudah adalah dengan menggantikan pucuk pimpinan UMNO. Namun timbul persoalan adakah tindakan ini akan membawa sesuatu yang lebih baik atau akan berlaku sesuatu yang lebih buruk ?

Graf-graf dibawah menunjukkan prestasi Najib semasa mengambil alih pentadbiran negara dari Pak Lah . Bukanlah bertujuan untuk memburukkan Perdana Menteri sebelum ini namun kita harus akui ekonomi negara memang berkembang pesat semasa pentadbiran Najib , ditambah pula dengan kadar inflasi yang terkawal serta tahap pengangguran yang rendah. Walau bagaimanapun, bagi orang Melayu segala kemajuan ini haruslah seiring dengan dasar-dasar yang terus melindungi kepentingan mereka. Tak cukup dengan hanya mampu menjadi 'hero' orang Melayu tetapi 'fail' ekonomi dan sebaliknya . Kedua-dua elemen ini perlu ada dalam diri seorang Perdana Menteri Malaysia. Persoalan sekarang ialah samada Najib mempunyai kedua-dua elemen ini ?




Penulis berpendapat dari segi perkembangan ekonomi, peranan Najib adalah sesuatu yang membanggakan , walau bagaimanapun dalam isu mempertahankan kepentingan kaum Melayu dan agama Islam , Najib dilihat lebih berhati-hati bak kata pepatah 'seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak selerak' . Najib mungkin sedar segala tindakan ekstrim yang diambil beliau boleh mendapat tindak balas yang boleh memberi kesan kepada keharmonian kaum dalam negara ini malah mungkin dari segi ekonomi. Kita sedia maklum kaum Melayu tidak menguasai pegangan ekonomi dalam negara malah hanya ada 1 orang Melayu dalam 10 orang terkaya di Malaysia . 

Adakah sekiranya dengan tindakan lebih ekstrim dalam memperjuangkan hak-hak Melayu dapat menambah bilangan orang Melayu dalam 10 orang terkaya di Malaysia ? Adakah dengan bertindak lebih ekstrim kita mampu mengurangkan pengangguran di kalangan orang-orang Melayu ? Mungkin persoalan-persoalan ini yang menyebabkan PM sedikit berhati-hati dengan keputusan-keputusan beliau yang melibatkan soal perkauman. Kita tak mahu jadi negara yang hanya jaguh dengan hak-hak Melayu nya tetapi ramai orang Melayu dalam negara itu mengganggur , ramai yang hidup susah sebab inflasi , dan macam - macam lagi. Soal perjuangan bangsa perlu diteruskan secara bijak supaya ia tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan. 

Orang Melayu sekarang sedang menghadapi kumpulan orang-orang yang licik, hipokrit (munafiq) dan cekap menipu , nak 'berperang' dengan orang2 macam ni tak cukup hanya dengan emosi tetapi sejauh mana kebijaksanaan kita dalam menjangka permainan mereka. Janganlah terlalu menurut emosi nak tukar pucuk pimpinan kerana dikatakan kurang perasa Melayu nya .Najib sendiri pada satu ketika dahulu merupakan salah seorang pemimpin ultra Melayu di dalam UMNO.  Setelah dipilih jadi Perdana Menteri sifat 'ke-Melayuan' terpaksa di 'balance' kan, segala pertimbangan perlu dilakukan dengan bijak dan berstrategi dan tak boleh terlalu menonjol. Musuh tak boleh tahu apa yang kita rancangkan, inilah yang dilakukan oleh sesetengah bangsa chauvanist yang bila berdepan mulut cukup manis tapi di belakang segala perancangan ada untuk bunuh mangsanya. 

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu