Tuesday, July 16, 2013

'Ketelusan' Projek Rel Iskandar Malaysia & Terowong Bawah Laut Butterworth

Satu artikel yang dikeluarkan oleh The Edge Malaysia pada 15 April 2011 menyatakan kerajaan Johor telah meluluskan perancangan pembinaan servis keretapi antarabandar yang bernilai lebih kurang RM 1.23 billion melibatkan rangkaian keretapi sepanjang 100km . Kelulusan perancangan pembinaan landasan keretapi antara bandar ini diberikan pada Metropolitan Commuter Network (MCN) Sdn Bhd di mana sebanyak 40% kepentingan syarikat ini dimiliki oleh KUB Malaysia Bhd dan 60% pula milik Malaysia Steel Work Bhd (MaSteel) .

Jaringan landasan keretapi itu akan menghubungkan beberapa kawasan strategik di sekitar Iskandar Malaysia iaitu Johor Premium Outlet , Legoland Malaysia, Educity, Hi-Tech Park Senai, dan Lake Hill Resort City. Projek itu juga akan melibatkan pembinaan perkhidmatan shuttle dari JB Sentral ke Woodland, Singapore. Adalah di anggarkan selepas projek berkenaan siap , seramai lebih kurang 30 juta penumpang akan menggunakan perkhidmatan keretapi antara bandar ini setiap tahun. Menurut Presiden MCN, kemudahan ini bakal menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM 1.63 billion dalam tempoh 25 tahun.



Pada bulan dan tahun yang sama juga (28 April 2011), kerajaan Pulau Pinang telah menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat pembinaan dari China iaitu Beijing Urban Construction Group (BUCG) bagi kebarangkalian pembinaan 3 buah jalan dan sebuah 'underwater tunnel' yang akan menghubungkan Pulau Pinang dan Butterworth. Pada 5 March 2013 , Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan membina Terowong Dasar Laut yang yang menghubungkan Gurney Drive ke Bagan Ajam dengan kos dianggarkan berjumlah RM 6.3 billion.

Walau bagaimanapun, pengumuman yang dibuat oleh Lim Guan Eng itu menimbulkan rasa tidak senang sesetengah pihak apabila mendakwa projek itu diberikan kepada syarikat usaha-sama Malaysia-China iaitu Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd yang diragui statusnya . Menurut satu laporan, Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd adalah kerjasama 4 buah syarikat iaitu BUCG, Sri Tinggi Sdn Bhd, Jureteras Sdn Bhd dan syarikat kerjasama Zenith Con­struction Sdn Bhd-China Railway Construction Corporation Ltd . Melalui semakan yang dibuat Zenith Construction Sdn Bhd  yang merupakan sebuah syarikat berstatus bumiputera hanya didaftarkan pada Ogos 2011.

Perbandingan latar belakang projek mega di Johor Bharu dan Pulau Pinang ini dibuat berikutan pendedahan yang dibuat oleh Tony Pua berkenaan ketelusan kerajaan Persekutuan dalam pemberian projek rel secara rundingan terus kepada MCN. Persamaan antara kedua-dua projek di Johor Bharu dan Pulau Pinang ialah kedua-dua projek ini pada peringkat awal telah mendapat perkenan kerajaan negeri apabila memeterai perjanjian dengan syarikat yang akan menjadi tulang belakang projek.  Di Johor , kerajaan negeri bersetuju dengan 'proposal' yang dikemukan oleh MCN manakala di Pulau Pinang pula kerajaan negeri bersetuju melalui persefahaman bersama mengenai cadangan pembinaan oleh BUCG .

Kerajaan negeri Pulau Pinang mendakwa projek pembinaan terowong bawah laut bernilai RM6.3 billion itu adalah melalui tender terbuka dan dimenangi oleh Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd. Jelas di sini syarikat BUCG dari China telah mempunyai kepentingan sejak dari peringkat awal lagi . Ketelusan kerajaan dalam memilih kontraktor untuk membentuk consortium juga dipersoalkan kerana status Zenith Construction yang merupakan sebuah syarikat bumiputera yang hanya didaftarkan pada Ogos 2011. Pengalaman Zenith Construction dalam industri pembinaan juga dipersoalkan. Walaupun mempunyai kerjasama dengan China Railway Construction Corporation Ltd, peranan Zenith Construction Sdn Bhd dalam Consortium itu seolah-olah sebuah syarikat aperantis .

Tony Pua dalam kenyataannya mempersoalkan pengalaman MCN sebagai syarikat yang diberi tanggungjawab untuk projek pembinaan rel keretapi antara bandar di Iskandar Malaysia, sedangkan pemilik 60% pegangan saham syarikat itu iaitu MaSteel terlibat dalam industri pembuatan besi . Sebaliknya, dengan melihat pengalaman dalam industri pembuatan besi memberi kelebihan kepada MaSteel kerana pembinaan rel keretapi memerlukan besi-besi yang dibentuk bagi membina jajaran landasan. MaSteel secara tidak langsung akan turut terlibat dalam pembekalan bahan mentah untuk projek ini dan berupaya membantu mengurangkan risiko pertambahan kos semasa projek di jalankan.

Projek pembinaan landasan keretapi adalah pembinaan yang lebih bersifat 'straight-forward' dan 'mudah' berbanding pembinaan terowong dasar laut . Sekiranya pengalaman MCN dalam pembinaan landasan keretapi ini dijadikan isu , Tony Pua juga seharusnya melontarkan persoalan yang serupa kepada Zenith Construction Sdn Bhd yang hanya didaftarkan pada Ogos 2011 samada pengalaman syarikat itu yang tidak sampai 2 tahun mampu menjadikannya salah satu rakan kongsi dalam consortium yang bakal membina salah satu mega projek di negara ini ?  

sumber Rakyatnews.my

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu