Saturday, July 27, 2013

Isu SK Seri Pristina Bukti Rakyat Malaysia Gemar 'Selesai' Masalah Guna Media Sosial

Isu SK Seri Pristina nampaknya tak selesai lagi , macam-macam gambaran diberikan . Macam-macam NGO dan parti politik cuba bertindak menjadi hero . Walaupun isu ni dah dijelaskan oleh pihak sekolah, masih banyak lagi kecaman-kecaman yang datang terutama oleh pihak-pihak yang tertinggal keretapi dalam isu ini . Penulis pada mulanya apabila terbaca mengenai isu ini sebenarnya berasa agak marah kepada pihak sekolah kerana tak mengetahui hal sebenarnya , tetapi memilih untuk mendiamkan diri bagi melihat respon pihak sekolah terlebih dahulu . 


Namun segalanya terjawab apabila tinjauan di lakukan oleh beberapa wartawan dan bloggers ke sekolah itu . Penulis berasa pelik kenapa individu yang bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan ke laman media sosial tidak terlebih dahulu merujuk kepada pihak sekolah bagi melihat gambaran sebenar ? Penulis akui walaupun tandas itu digunakan sebagai bilik persalinan dan tidak ada pun mangkuk tandas, namun keputusan menjadikan bilik berkenaan sebagai kantin mungkin perlu dibuat berdasarkan mesyuarat dengan ibu-bapa . Mana-mana manusia pun memang ada sifat cenderung untuk menyalahkan orang lain kalau sesuatu berlaku, sebab itu lah wujud apa yang kita panggil 'terma & syarat' atau 'term and condition'.


Mungkin satu surat perlu dikeluarkan untuk memaklumkan ibu bapa mengenai penggunaan bilik itu sebagai kantin sementara . Surat makluman sebegini adalah penting untuk mengelakkan prasangka ibu bapa di kemudian hari . Penulis tak pasti samada hal sebegini dah dibincangkan dalam mesyuarat PIBG sekolah , namun sekiranya ia ada dibincangkan pihak PIBG juga perlu memainkan peranan dalam mewar-warkan perkara itu . Sesetengah individu amat sensitif dengan hal-hal sebegini jadi mungkin pihak sekolah dan PIBG perlu lebih sensitif melakukan tinjauan pendapat sebelum melaksanakan sesuatu perkara . Ini adalah untuk menyelamatkan pihak sekolah sendiri daripada perkara-perkara yang tak diingini. 

Sikap individu yang menyebarkan gambar itu juga amat dikesali . Timbul persoalan mengapa beliau perlu menyebarkan gambar berkenaan di internet hingga menimbulkan rasa tidak senang antara kaum . Maklum lah , sekolah itu berstatus sekolah kebangsaan dimana sesetangah golongan melabelkan sekolah kebangsaan ini sebagai sekolah melayu . Jadi apabila hal seperti ini berlaku , nampak seolah-olah ada diskriminasi kaum. Pelik juga, bilik berkenaan dah diguna sejak Mac 2013 tetapi tak pula jadi kekecohan ? Mungkin pada ketika itu murid berbangsa Melayu dan India sama-sama makan di bilik itu , jadi takde isu . Berbeza semasa bulan puasa, hanya murid2 India yang ada disitu , maka timbul rasa seolah-olah ada isu marginalisasi . 


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu