Wednesday, July 17, 2013

Isu Dakwat Kekal Tak Timbul Jika Sistem Biometrik Tak Dibantah PR pada 2011

Ingat lagi tak cadangan SPR untuk gunakan sistem biometrik yang lebih up to date bagi mengelakkan isu berkenaan 'pengundi hantu' timbul .  Perkara ini sendiri dilaporkan dalam artikel pro-pembangkang Malaysiakini pada 23 Julai 2011 dengan tajuk "Kerajaan Setuju SPR Laksana Sistem Biometrik" . Dalam artikel berkenaan PM , DS Najib telah berkata '


"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini," 




Sebenarnya cadangan SPR ini telah dibuat sejak tahun 2009 lagi . (Rujuk sini)

Walau bagaimanapun , cadangan yang dibuat oleh SPR itu mendapat tentangan NGO BERSIH yang didokong oleh pihak pembangkang . Beberapa portal online pro-pembangkang juga menyiarkan kenyataan pemimpin2 yang menolak penggunaan sistem biometrik sebaliknya menyatakan bahawa mereka lebih suka dengan ide dakwat kekal . Dalam satu kenyataan di Keadilan Daily, Presiden PKR menolak cadangan sistem biometrik ini kerana tidak menjamin elemen satu orang satu undi.  Kenyataan Wan Azizah pada ketika itu menunjukkan kedangkalan pengetahuan beliau tentang sistem biometrik itu sendiri . Semasa sistem biometerik ini diperbincangkan pada 2011 , penulis pernah mengarang satu artikel mengenai sistem biometrik dan dakwat kekal . (klik sini)


Dalam artikel berkenaan penulis telah menjangkakan beberapa perkara yang akan ditimbulkan oleh pembangkang sekiranya mereka kalah , walaupun SPR jadi 'pak turut' ikut permintaan mereka guna dakwat kekal.  Terlebih dahulu dalam artikel berkenaan penulis telah 'highlite' beberapa perkara berkenaan biometrik  dan dakwat kekal untuk difahami .

Biometerik

"Biometrik adalah kaedah untuk mengklasifikasikan individu tertentu melalui ciri-ciri unik yang ada pada tubuh badan individu berkenaan. Ciri2 unik yg biasa digunakan adalah cap jari dan corak iris mata."

"Apabila SPR menggunakan sistem biometrik untuk mendaftarkan para pengundi baru, ciri-ciri unik yang dinyatakan diatas (cap jari dan iris mata) akan dipadankan dgn maklumat individu dalam kad pengenalan individu terbabit dan disimpan dalam pangkalan data (database)  SPR ."

"Perlu diingatkan, rekod cap jari di kad pengenalan juga akan di padankan dgn cap jari individu yg mahu mendaftar tadi. Sekiranya tak sama, pendaftaran tak boleh diteruskan. Oleh yang demikian tidak timbul soal satu pengundi mempunyai lebih dari satu indentiti kerana dalam database SPR pengundi yg mempunyai cap jari atau iris mata dgn corak tertentu hanya dimiliki oleh seorang pemilik IC sahaja"

"Semasa proses hari mengundi, pengundi masih perlu membawa kad pengenalan utk proses pengesahan SPR , iaitu cap jari pengundi dan IC pengundi sama seperti apa yg telah direkodkan dalam database SPR."

Dakwat Kekal

"Penggunaan dakwat kekal walau murah dan mudah, masih boleh dimanipulasi . Konsep penggunaan dakwat kekal ialah apabila ada kesan dakwat pada jari , individu sudah dianggap mengundi . Senario seperti ini sangat mudah untuk dimanipulasi dan dipertikaikan penggunaan ."

Oleh yang demikian kelemahan yang ada pada dawat kekal (mudah untuk dipertikaikan penggunaannya), membuatkan BERSIH dan gabungan pakatan pembangkang yang lain mahu ia digunakan semasa pilihanraya. Sebabnya mudah , iaitu mereka tahu mereka boleh menjadikan penggunaan dakwat kekal ini sebagai satu isu untuk mempertikaikan keputusan pilihanraya . Penulis dah nampak muslihat mereka ini semasa isu ini dibangkitkan pada tahun 2011 . Ternyata antara jangkaan-jangkaan yang dibuat oleh penulis melalui artikel yang ditulis pada 2011 ternyata hampir benar ;

"Kebarangkalian alasan2 yg timbul sekiranya Pakatan Rakyat masih kalah jika dakwat kekal di gunakan ialah:-

7.i . Dakwat yang digunakan penyokong BN adalah dari jenis mudah tanggal, ada keberangkalian utk mengundi kali kedua

7.ii. Penyokong2 pembangkan ditipu/diugut supaya jari mereka ditandakan utk mengundi walaupun mereka belum lagi mengundi.

7.iii. Dakwat tak cukup utk sesetengah tempat mengundi, jadi ada pengundi yg tak ditandakan"

Pokoknya ada saja alasan yang boleh digunakan untuk menimbulkan keraguan mengenai penggunaan dakwat kekal ini . Alasan popular yang digunakan oleh pembangkang selepas PRU ialah dakwat kekal mudah dicuci dan hilang kesannya.



Baru-baru ini seorang pemimpin DAP dari Sabah telah menyarakankan supaya sistem Biometric digunapakai berbanding dakwat kekal merujuk kepada kenyataan SPR untuk mencelup jari dgn dakwat kekal semasa PRK Besut nanti.  Ternyata memang ada pemimpin2 pembangkang menyedari hal ini , jadi tindakan mereka menentang penggunaan sistem biometrik yang terlebih dahulu dicadangkan adalah sekadar untuk menimbulkan polemik dakwat kekal selepas habis PRU-13 supaya ada isu untuk terus dimainkan .

Penulis berharap tak perlu lagi lah melayan lagi tuntutan-tuntutan merapu pihak NGO yang dinaungi pembangkang ini . Kerana mereka ada agenda tersendiri , 'karangan' untuk menimbulkan sesuatu isu itu telah dirangka . Puak-puak ini akan mendesak institusi kerajaan, polis dan kehakiman untuk masuk dalam perangkap mereka . Apabila 'terperangkap' dengan menuruti permintaan mereka , akan ada 'serangan-serangan' bertali arus . Ia adalah tindak balas berantai , dan tindak balas ini bermula bila institusi yang dinyatakan tadi masuk dalam perangkap mereka. Kesan tindak balas berantai sangat besar , dan jika dibandingkan dalam kejuruteraan nuklear , tindak balas ini lah yang memusnahkan Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia Kedua .




0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu