Monday, July 15, 2013

"Ikhwanul Muslimin" versi Malaysia dalam mempertahankan Islam dari terus diperlekehkan

Pada 5 March 2013, PM DS Najib Razak dengan jelas telah mengatakan bahawa kerajaan akan tetap dengan pendirian mempertahankan kalimah Allah . Kenyataan Najib ini dibuat ketika menyampaikan amanat pada majlis Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil . Dari petikan Berama ;

“Kita ambil dalam soal agama, mempertahankan akidah, mempertahankan kesucian agama Islam, mempertahankan kalimah Allah, ini diperjuangkan oleh Al-Quran. “Kita tak main politik dalam hal ini…satu ketika setuju dengan orang lain, selepas itu pusing balik tak setuju… Kita istiqamah dalam hal kalimah Allah. Kerajaan yang ada pada hari ini, tetap akan mempertahankan kalimah Allah,”

Kenyataan Najib itu jelas telah menjawab pendirian beliau dan kerajaan Barisan Nasional mengenai isu tentang penggunaan kalimah Allah dalam risalah-risalah Kristian Katolik yang sekali lagi dibangkitkan baru-baru ini berikutan permohonan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur untuk membatalkan  rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah 'ALLAH' oleh majalah mingguan Katolik the Herald.


Seperti tidak memahami sejarah penggunaan kalimah Allah di negara ini , baru-baru ini Duta Vatican ke Malaysia Biskop Joseph Marino dilaporkan menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi perkataan 'God' dalam kalangan penganut agama Kristian. Sikap toleransi kerajaan Malaysia dengan penganut Kristian Katolik di negara ini dengan membenarkan kedutaan Vatican ditubuhkan dinegara ini bagi kemudahan mereka seolah-olah tidak dihargai dan tuntutan bersifat besar kepala seperti ini pula dilihat semakin menjadi-jadi .

Penulis tidak salahkan Najib membenarkan Vatican menghantar Duta mereka ke negara ini.  Kita sedar PM cuba menjadikan Malaysia sebagai 'role model' dikalangan negara-negara Islam dalam soal toleransi agama di sebalik pandangan masyarakat dunia terutamanya di Eropah terhadap Islam yang dilihat ekstrim dan sering dikaitkan dengan keganasan . Malaysia yang mempunyai penduduk majoriti Islam  dapat hidup bertoleransi dengan pelbagai kepercayaan dan agama2 lain sekaligus dapat memberikan satu persepsi berbeza terhadap Islam yang selama ini dikaitkan dengan keganasan oleh negara-negara barat.

Ada di kalangan rakyat negara ini mengatakan tindakan Najib membenarkan Duta Vatican di negara ini bertujuan 'membodek' penganut-penganut Kristian supaya mengundi BN . Walau bagaimanapun pandangan ini silap kerana sekiranya benar mahu 'memancing' undi orang-orang Kristian , Najib tidak akan mengeluarkan kenyataan mempertahankan kalimah Allah pada 5 March 2013 , iaitu sebelum tarikh pilihanraya yang berlangsung pada 5 Mei 2013.

Semalam di Kuala Selangor (14 July 2013) , DS Najib sekali lagi mengulangi ketegasan kerajaan BN di bawah pimpinan beliau akan terus mempertahankan Islam . Dari petikan artikel Utusan Malaysia ;

"Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan pimpinannya akan terus meninggikan syiar Islam, menjaga akidah dan mempertahan kesucian Islam termasuk memperjuang penggunaan kalimah Allah."

"Dalam masa sama, Najib menyeru seluruh umat Islam di negara ini mencari titik pertemuan dengan bernaung atas prinsip perpaduan meskipun berbeza fahaman politik."

Oleh yang demikian, penulis amat berharap supaya rakan-rakan beragama Islam biarpun berbeda dari sudut politik supaya bersatu mempertahankan kesucian agam Islam itu sendiri . Janganlah terlalu diturutkan dendam dan terus mencari kesalahan antara satu sama lain. Keadaan umat Islam di negara ini dilihat makin kritikal apabila terdapat terlalu banyak perpecahan . Pemimpin2 politik Islam dilihat tidak agresif mempertahankan Islam kerana mahu menjaga 'hubungan baik' dengan sekutu-kutu politik bukan Islam .



Soal agama mempertahankan kesucian agama Islam bukan lah soal politik lagi malah ia melangkaui segala isu.  Apabila agama Islam di perlekehkan oleh golongan-golongan tertentu , terlalu lambat tindakan yang diambil. Penulis sedar umat Islam di negara ini seperti ketiadaan 'elemen' yang mampu menyatukan mereka semua . Terdapat beberapa NGO yang mempunyai tujuan mempertahankan Islam ini seperti Jalur Tiga, PEKIDA, PERKASA dan lain-lain lagi .

Alangkah baiknya sekiranya kesemua NGO ini membentuk satu gabungan yang melangkaui perbedaan politik bagi mewujudkan satu tsunami umat Islam di negara ini bagi mempertahankan agama . Persetankan ahli-ahli politik yang cuba berdolak dalih dengan gabungan ini dan momentum penyatuan berjuta umat Islam perlu diteruskan . Malaysia perlu ada badan bebas yang terdiri daripada gabungan pelbagai NGO dan kumpulan dalam mempertahankan Islam di negara ini . Malah telah terlintas dalam fikiran penulis sekiranya Gerakan Persaudaraan Islam Se-Malaysia ini mampu diwujudkan bagi memenuhi matlamatnya? Sampai bila orang Islam di Malaysia akan terus berpecah dan diperlekehkan ? Kita tak boleh duduk diam lagi.




0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu