Sunday, June 2, 2013

Sokong Produk Melayu , Sokong Transformasi PROTON

Masa tu tahun 80-an rasanya , pelancaran kereta Proton yang pertama oleh PM ,Tun Dr. Mahathir . Umur penulis rasanya dalam 6-7 tahun kot . Ramai yang rasa teruja masa pelancaran kereta pertama buatan Malaysia itu . Mungkin ada acuan dari Japan , tapi kita tetap berbangga sebab ada idea-idea rakyat tempatan di situ . Proton adalah hasil usaha Tun Dr. M untuk memajukan lagi bakat2 tempatan dalam kejuruteraan automotif setapak ke hadapan . Kepakaran Jepun dalam bidang kejuruteraan pembuatan kereta dipindahkan kepada tenagakerja2 tempatan. Bagi yang pernah menggunakan Proton Saga keluaran yang awal tentu berpendapat kereta itu setanding dengan kereta-kereta lain berjenama luar . Dengan harga mampu milik, Proton adalah antara kereta 'favourite' pada era 80-an .




Namun biasalah, sebagai syarikat yang baru bertapak mungkin ada beberapa masalah dalam model2 kereta yang di keluarkan . Beberapa pembaikan terus dilakukan untuk model2 seterusnya . Penulis sendiri menggunakan Proton Iswara, dan kereta ini lah yang digunakan untuk penulis 'travel' untuk urusan kerja . Pernah ke Perlis, Kelantan, Terengganu malah hingga ke negara jiran Singapura. Tak banyak masalah di berikan asalkan minyak engine tu ditukar apabila tiba tempohnya . Untuk kereta penulis sendiri masalah 'power window' yang selalu diperkatakan itu tak pernah belaku , cuma mungkin dari segi  air-cond , air blower tu tak cukup kuat untuk sampai pada penumpang2 di belakang . Namun untuk model2 seterusnya, masalah ini diperbaiki. 


Proton mungkin sedar 'stigma' yang cuba ditanamkan oleh orang2 tertentu terhadap syarikat kereta nasional pertama negara itu. Kereta keluaran Proton diberikan dengan pelbagai gambaran buruk , sikap berbangga dengan produk keluaran tempatan seperti sudah terhakis. Proton dibandingkan dengan syarikat2 kereta yang telah lama 'establish' dan juga jenama kereta dari negara2 maju yang mempunyai teknologi yang lebih baik. Pembuatan kereta melibatkan beberapa 'assembly' komponen yang diperbuat dari 'vendor2 tertentu . Sesetengah daripada teknologi pembuatan (daripada vendor2 tempatan) masih tidak setanding berbanding negara di mana kereta2 import ini dikeluarkan. Penulis berpendapat Proton juga mampu menghasilkan kereta yang baik , tanpa masalah seperti yang di mahukan pengguna tetapi komponen2 tertentu perlu di hasilkan dari vendor luar negara yang mempunyai teknologi yang lebih baik. Namun semua itu melibatkan kos yang besar dan memberi kesan pada harga jualan kereta. 


Kini Malaysia menjadi semakin membangun, lebih banyak teknologi2 pembuatan dari luar di bawa masuk ke negara ini . Kualiti komponen-komponen yang di hasilkan oleh vendor2 tadi menjadi lebih baik . Pengalaman penulis menaiki kereta-kereta baru keluaran Proton seperti Pesona membuktikan syarikat kereta nasional negara itu berusaha meningkatkan qualiti kereta yang dihasilkan dalam tahap yang membanggakan . Proton kini juga giat mempromosikaan motto 'Senyumanmu Inspirasi Kami' dalam menghargai pengguna2 kereta Proton . Penulis berpendapat proses transformasi sedang berlaku dalam Proton dan mungkin kah ini masanya untuk rakyat menilai semula Proton dengan keluaran2 terbaru yang dihasilkan syarikat itu di sebalik persepsi lapuk terhadap Proton yang telah ditanam sekian lamanya ?


Berikut adalah ucapan dari Pengerusi Proton dalam menyatakan kesungguhan syarikat itu untuk bangkit semula menjadi gah dalam industri automotif tempatan ;

“There was a time when PROTON was the preferred brand for Malaysians, but the hard truth is, that moment is long gone. It is time to get the PROTON name back in the hearts and minds of all Malaysians, and the journey begins with a small, single step forward, with our “SenyumanMu Inspirasi Kami” Campaign.

We all know that the value of a smile is priceless, and having a smile on the faces of our customers and Proton owners inspires us to not give up in achieving our mission to be a global leading mobility solutions provider. It will not only inspire our customers to not give up on us, but for us to come together to put PROTON back on the map. After all, a smile is nearly always inspired by another smile.

We need to regain back the confidence and belief Malaysians used to have in PROTON. It will be a huge challenge for us, and it is not going to be easy. But we know that to do this requires effort from PROTONians at every single level - from our colleagues at our plants and in our offices, to our frontliners at our sales and service outlets. I urge you to stay positive – do continue to inspire and motivate each other because together, and as long as we stay united, we can do this!”

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu