Monday, June 17, 2013

Persepsi UMNO Parti 'Pak Turut' Hina Kematangan Ahli UMNO Untuk Berfikir

Berikut adalah satu video 'retro' ucapan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh bahawa UMNO bukan untuk Pak Turut saja , bahasa yang digunakan cukup tertib . Mungkin ini lah video yang dimainkan Tengku Razaleigh pada ketika itu untuk menghentam kepimpinan Tun Dr. Mahathir yang akhirnya menyebabkan UMNO diharamkan . Penulis bersetuju bahawa parti UMNO bukan untuk Pak Turut , kita berhak menegur kepimpinan yang ada sekiranya tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan terutama dalam soal pembangunan ekonomi negara dan kehidupan rakyat.


Dan permainan psikologi 70-80an yang digunakan Tengku Razaleigh untuk bermain dengan emosi orang Melayu iaitu alasan untuk menentang kepimpinan pada ketika itu (Dr.Mahathir) mungkin tidak boleh diguna pakai sekarang kerana setelah 30 tahun video ini dirakamkan ternyata UMNO bukanlah parti Pak Turut. Buktinya , Pak Lah terpaksa melepaskan jawatan Perdana Menteri selepas didesak oleh kepimpinan tertinggi UMNO . Jadi tidak timbul soal Pak Turut di sini , apa yang perlu dilihat sekarang ialah kualiti kepimpinan yang ada samada rakyat terbela ataupun tidak .



Malah konsep Pak Turut juga tak boleh diguna pakai kerana kepimpinan UMNO ketika ini iaitu Najib sendiri kerap kali meminta pandangan rakyat dan ahli-ahli UMNO yang lain tentang dasar-dasar yang akan dibuat . Pandangan yang diterima dilihat dari segi pro dan kontranya . Walaupun pandangan yang diberikan ada yang tidak dapat dipenuhi , namun konsep interaksi sebegini membuktikan keputusan yang dibuat oleh Najib adalah hasil perbincangan bersama dan bukan bersifat 'veto' . Jadi tidak ada konsep Pak Turut disini . Sekiranya ahli-ahli UMNO bertindak mahu menyokong Najib terus menjadi Presiden , ini bukan lah dinamakan Pak Turut kerana penulis yakin penilaian yang dibuat adalah berdasarkan perkembagan positif dari segi ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat di bawah dasar yang diperkenalkan Najib .

Jadi persepsi Pak Turut yang dimainkan pada sekitar 70-80an  tidak sesuai digunakan di zaman teknologi maklumat ini . Persepsi 'Pak Turut' ini sebenarnya adalah penghinaan terhadap kematangan untuk ahli-ahli UMNO berfikir , kononnya sekiranya terus menyokong kepimpinan yang ada mereka akan digelar Pak Turut , jadi sekiranya kepimpinan berubah perlukah pada pemilihan yang akan datang pemimpin baru perlu dilantik pula kerana ingin mengelak dari dikatakan 'Pak Turut ' . Oleh yang demikian , persepsi 'Pak Turut' adalah karut , kita boleh saja mengkritik tetapi pada masa yang sama terus menyokong dengan mengambil kira segala pencapaian yang telah dilakukan .



Penulis juga suka untuk mengingatkan supaya kita tidak mudah terpesona dengan segala ucapan2 kononnya penyatuan , pembelaan dan macam2 lagi kerana segalanya boleh berubah dalam masa beberapa tahun. Malah sesetengah yang pernah mengungkapkan ucapan2 indah ini akhirnya menjadi 'gila' sekarang setalah apa yang diidamkan gagal dikecapi . Oleh itu kenapa kita perlu 'berbelanja' bagi mengantikan barang yang tidak rosak ?



0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu