Tuesday, June 18, 2013

Perjanjian 'Rahsia' : Tuduhan Terhadap Najib Dibidas

Apabila timbul cerita Perdana Menteri , DS Najib , Anwar dan Jusuf Kalla membuat perjanjian berhubung dengan keputusan PRU , ramai di kalangan ahli-ahli UMNO , bloggers pro UMNO dan Facebooker pro UMNO mula membuat pelbagai andaian dan tuduhan kepada Najib , tanpa terlebih dahulu menyiasat kebenarannya suara-suara sumbang mulai kedengaran seolah-olah cuba menghasut ahli-ahli UMNO yang lain meragui kepimpinan Najib dalam UMNO .  Penulis apabila mengetahui perkhabaran itu memilih untuk bersikap tunggu dan lihat perkembangan seterusnya tanpa membuat pelbagai andaian negatif, kerana penulis tahu apabila sesuatu perkara yang melibatkan Anwar, pasti ada cerita-cerita putar belit di sebaliknya .


Ahli-ahli UMNO senior yang lain sepatutnya lebih tahu mengenai perkara ini tetapi ada di antara mereka lebih suka untuk buat kesimpulan dan andaian sendiri kononnya mereka lah pejuang sebenar walhal mereka tidak sedar bahawa mereka telah masuk dalam perangkap persepsi Anwar seterusnya 'perjuangan' mereka itu secara tak langsung membantu Anwar untuk menjahanamkan UMNO . Tapi mujurlah kebenaran terserlah akhirnya apabila seorang individu dari Indonesia yang mengetahui pucuk pangkal mengenai 'perjanjian' ini telah menceritakan segalanya di dalam blog . Jadi bagi mereka yang sejak awal lagi telah membuat pertuduhan terhadap Najib mungkin patut muhasabah diri sendiri dan lebih berhati-hati apabila mendengar khabar2 angin yang serupa.

Dari artikel http://www.al-azharrisiddiq.com

"Dalam bahagian kedua ini, saya akan menjurus kepada "Surat Perjanjian" oleh Anwar Ibrahim, Jusuf Kalla dan DS Najib Razak. Di luar sana, terlalu banyak rumors yang perlu saya perbetulkan, kerana jika saya tidak perbetulkan, orang-orang UMNO khususnya telah memberi satu persepsi yang silap khususnya kepada DS Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. 

Jika apa yang saya tulis ini tidak benar, maka Bapak Jusuf Kalla berkata tidak benarlah juga kepada saya. Dalam hal ini, saya amat yakin integriti Bapak Jusuf Kalla. 

Oleh kerana saya terlibat dalam pertemuan ini, maka saya bertanggungjawab untuk berkongsi hal ini, dengan harapan pembaca akan berfikir dan bukannya menjatuhkan hukuman.

SIAPA BUAT SURAT PERJANJIAN
Dalam hal ini, saya kecewa dengan Anwar Ibrahim kerana saya dapati beliau tidak bercakap benar dalam beberapa perkara. Saya membaca satu berita kononnya Anwar mengatakan Bapak Jusuf Kalla yang menawarkan diri untuk menjadi orang tengah. 

Walhal, pada bulan Mac 2013, Anwar Ibrahim sendiri datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla pada malam hari, dengan ada teman saksi iaitu Bapak Fahmi Idris dan Bapak Yusril Ihza Mahendra di ruang tamu tempat yang sama saya duduk bersebelahan Bapak Jusuf Kalla dalam gambar itu. 

Ketika itu (Mac, 2013), Anwar dengan yakin menghujahkan kepada Bapak Jusuf Kalla beliau akan menang PRU13.  Bukannya Bapak Jusuf Kalla yang memanggil Anwar datang ke Jakarta. Kita harus faham, siapa tetamu dan siapa tuan rumah. Pada bulan Mac 2013 itu, Apakah Bapak Jusuf Kalla yang berkunjung ke Kuala Lumpur atau Anwar Ibrahim yang mendatangani Jakarta? Anda jawab sendiri!

Selepas Anwar berjaya meyakinkan Bapak Jusuf Kalla dan berjaya memujuk beliau, maka Bapak Jusuf Kalla atas dasar sehabat seemosi (istilah di Indonesia untuk menunjukkan tahap keakraban) telah terbang ke Kuala Lumpur dan bertemu Anwar Ibrahim pada 4/5/2013 iaitu sehari sebelum PRU13. Dan seterusnya Bapak Jusuf Kalla turut bertemu DS Najib pada tengah malamnya. 

Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada saya, bahawa Anwar Ibrahim membuat Surat Perjanjian di antaranya sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan. Ada beberapa lagi yang saya tidak perlu nyatakan di sini.

Bapak Jusuf Kalla memberitahu saya bahawa Anwar menandatangani Surat Perjanjian yang dibuatnya itu, dan Bapak Jusuf Kalla turut menurunkan tandatangan. Tetapi tidak oleh DS Najib!

TUDUHAN KEPADA NAJIB
Terdapat tuduhan di dalam parti UMNO dan juga para wartawan dan bloggers kononnya DS Najib terlibat dalam perjanjian tersebut. Kononnya DS Najib berada bersama-sama Anwar Ibrahim untuk menandatangani "Perjanjian" itu. Walhal sebenarnya Bapak Jusuf Kalla bertemu Anwar dan DS Najib secara berasingan.

Saya berani menyatakan bahawa DS Najib tidak terlibatmula dalam permainan politik Anwar ini, sebaliknya Anwar yang merangka pertemuan dengan Bapak Jusuf Kalla, Anwar yang mencadangkan perjanjian itu, Anwar yang meminta dan memujuk Bapak Jusuf Kalla supaya menjadi orang tengah, Anwar yang memulakannya.

Memang benar Bapak Jusuf Kalla membawa surat perjanjian yang dirangka oleh Anwar Ibrahim itu, tetapi DS Najib tidak menandatanganinya, DS Najib tidak bersetuju. 

Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada Anwar, bahawa DS Najib tidak mahu menandatangani perjanjian itu. Pada pengamatan saya, DS Najib menghormati kemunculan Bapak Jusuf Kalla sebagai sahabatnya juga, maka apakah kamu fikir jika tetamu besar seperti bapak Jusuf Kalla bertandang ke rumah DS Najib dan kamu meminta DS Najib menutup pintu? Makanya, DS Najib mesti melayan Bapak Jusuf Kalla dengan seribu kemuliaan sebagai seorang tetamu apatah lagi sahabat lama.

Saya bercakap panjang lebar dengan Bapak Jusuf Kalla dalam hal ini, dan saya berpendapat para ahli UMNO dan bloggers tidak berlaku adil kepada DS Najib dalam hal ini, sebab itu saya terpaksa menulis dengan agak panjang sedikit.

Jika anda bertanya saya, apakah Anwar sedang memerangkap DS Najib, saya tidak boleh menjawabnya kerana ianya niat Anwar. Saya percaya anda boleh memahaminya.

KENAPA SAYA MEMBELA DS NAJIB
Saya terpaksa ke depan kerana saya satu-satunya bertemu dengan Bapak Jusuf Kalla, maka saya mesti membetulkan rumors yang salah.

Saya menerima pelbagai sms daripada rakan blogger dan wartawan, antara rumors salah kononnya dalam perjanjian itu DS Najib meminta kepada Anwar Ibrahim sekiranya DS Najib kalah agar dirinya dan keluarganya jangan dipenjara! Ini adalah satu cerita rekaan dan fitnah yang sangat besar kepada DS Najib. Tidak ada tertulis dalam perjanjian akan hal itu, malah tidak disebut pun, hanya selepas sebulan ini barulah cerita rekaan itu muncul dan saya beri jaminan kepada anda cerita itu tidak benar.

Anwar hanya bercakap tentang isu besar dalam PRU13 iaitu jawatan Perdana Menteri yang menjadi idamannya, Bapak Jusuf Kalla dan Anwar bercakap tentang masa depan Nurul Izzah dan beberapa perkara lain. Mereka bercakap tentang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Penuh, isu dakwat, isu pengundi Bangladesh dan hal-hal lain.

Malangnya, saya bersetuju dengan Bapak Jusuf Kalla bahawa Anwar sendiri yang merangka idea perjanjian itu, Anwar yang datang bertandang ke rumah Bapak Jusuf Kalla bercakap tentang idea perjanjian itu, malangnya sesudah PRU13, Anwar tidak komited kepada apa yang diusahakannya sendiri. 

Kekecewaan dan "kemarahan" Bapak Jusuf Kalla ialah tatkala dia sangat komited membantu, Anwar pula tidak komited kepada usaha janjinya sendiri!

Saya fikir cukup setakat ini dulu. Bacalah semula artikel-artikel ini, saya menyembunyikan sesuatu di dalamnya :  

http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/05/ds-najib-tun-razak-jusuf-kalla-anwar.html

http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/06/segerakan-rekonsiliasi.html

http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/06/bersama-ketua-dewan-perwakilan-rakyat.html

http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/06/eksklusif-rundingan-anwar-jusuf-kalla.html

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya mesti menjaga kerajaan yang dipilih oleh rakyat semasa PRU13 baru-baru ini. Bukan soal two third majoriti atau menang besar dan menang kecil, peraturannya ialah jika kita mahu menghormati hak rakyat, menghormati sistem demokrasi yang menjadi amalan berkerajaan di Malaysia, Anwar seharusnya mengucapkan kepada DS Najib "Selamat Maju Jaya". Itulah juga yang diungkapkan oleh Khalifah Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz, dalam buku yang ditulis oleh Dr. Ali Muhammad Muhammad Al-Shallabi bahawa hormatilah "keputusan demokrasi". Salam hormat dari saya kepada anda pembaca budiman."


1 comments:

Salam. Sesungguhnya yang bathil akan terhapus dan yang BENAR akan muncul. Dari pengamatan saya, taktik yang digunakan oleh manusia bernama Anwar bin Ibrahim amat licik sekali. Setiap pergerakannya adalah sepuluh kali terkehadapan. Tidak sesekali beliau akan mengakui apa-apa kesilapan yang dilakukannya. Apa yang pernah dijelaskan oleh Tun Daim Zainuddin bahawa manusia bernama Anwar ini terlalu bersih daripada bersih. Oleh itu janganlah kita semua terpedaya dengan tipu muslihat Anwar dan mempercayai sebarang kenyataan dan alasan yang keluar dari mulutnya. Not a single word from his mouth telling the truth. They are all lie and total lie. absm.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu