Thursday, June 20, 2013

Perhimpunan 'Black 505' Akan Gagal Dek Jerebu ?

Perhimpunan 'Black 505' yang bakal berlangsung pada hari Sabtu ini dijangka menjadi pencetus bagi pembangkang untuk menimbulkan kekecohan dengan harapan dapat menggulingkan kerajaan BN yang baru-baru ini memperoleh kerusi Parlimen majoriti dalam pilihanraya yang diadakan . Tindakan ini sebenarnya telah dijangka akan berlaku sebelum pilihanraya lagi apabila slogan 'Kalah pilihanraya, kita turun ke jalanraya' . Penulis berpendapat, cukuplah dengan segala 'drama' yang berlaku sejak tahun 2008 lagi . Pihak polis seharusnya bertindak dengan lebih tegas kepada penganjur-penganjur perhimpunan . Mereka ini boleh dikatakan akan menjadi 'batu api' dalam mewujudkan kekecohan semasa perhimpunan diadakan .


Tak perlu lah kita menunggu sehingga kekecohan berlaku barulah tindakan diambil , kerana apabila itu berlaku maka akan ada pihak-pihak yang bersiap sedia dengan kamera untuk merakamkan 'keganasan' yang bakal berlaku. Bagi pihak penganjur perhimpunan pula , sekiranya anda benar-benar mahu membantah buatlah di stadium ataupun di tempat dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat contohnya di negeri Selangor .Teknik berhimpun di padang untuk menggulingkan kerajaan boleh dikatakan sudah basi kerana sejarah telah membuktikan setelah kerajaan sedia ada digulingkan dengan cara ini , masih ada suara-suara yang tetap tidak berpuashati dan tindakan berhimpun di padang berulang .

Jadi bilakah masanya kerajaan memerintah ingin menumpukan perhatian pada perkembangan ekonomi negara disebabkan banyak masa terbuang melayani keranah pendemonstrasi-pendemonstrasi ini . Adakah negara-negara yang telah digulingkan melalui tindakan berhimpun itu sedang melalui perkembangan ekonomi yang mantap ? Adakah harga-harga barang turun secara mendadak ? Dan adakah kadar pengangguran semakin berkurangan ? Jawapannya tidak, malah mereka sekarang sedang melalui krisis yang lebih teruk . Terdetik di fikiran penulis sekiranya keadaan berjerebu di Singapura merebak ke Kuala Lumpur , adakah penganjur perhimpunan 'Black 505' ini yang terdiri dari kalangan pemimpin Pakatan masih mahu meneruskan hasrat mereka itu ?

Kalau benarlah perhimpunan ini diteruskan dengan kualiti udara yang semakin teruk sekarang , memang terbuktilah pemimpin-pemimpin ini lebih mementingkan diri berbanding penyokong-penyokong taksub mereka. Jangan lah menyusahkan pihak-pihak keselamatan dan hospital pula untuk memindahkan dan menyelamatkan golongan-golongan yang sendiri mencari penyakit ni sedangkan banyak lagi kes-kes yang perlu mereka berikan perhatian . Berkumpul dan bersesak-sesak dalam keadaan kualiti udara yang teruk ,lebih malang kalau peserta mempunyai masalah pernafasan seperti asthma . Dan bayangkan pula keadaan kanak-kanak yang dibawa bersama oleh ibu bapa yang tak bertanggung jawab. FRU mungkin tak perlu menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka ini kerana mungkin asap jerebu itu sendiri akan menyuraikan mereka.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu