Tuesday, June 4, 2013

Lagi Penghinaan Terhadap Agong : 'Barua-barua' UMNO di Istana Tulis Teks Ucapan Sultan

Seorang pembaca portal Malaysiakini menggunakan id Ipoh Mali telah membuat kenyataan bahawa teks titah DYMM YDP Agong di tulis oleh barua-barua UMNO yang duduk dalam istana (baca sini) . Tuduhan sebegini dilihat agak serius memandangkan komentar pembaca itu seolah-olah cuba memperlekehkan kredibiliti yang ada pada DYMM YDP Agong . Komentar pembaca itu juga cuba membuat perbandingan kritikan Khairy Jamaluddin kepada FAM yang menyebabkan Sultan Pahang terkilan . Jadi apa yang berbeza di sini ? Adakah Khairy mengkritik FAM atau Sultan Pahang .

FAM adalah sebuah badan yang di anggotai pelbagai lapisan individu termasuk Sultan Pahang , apa2 saja keputusan yang dikeluarkan oleh FAM adalah keputusan bersama dan bukan individu . Jadi jelas sekali kritikan Khairy bukan pada Sultan Pahang tetapi pada komiti FAM itu sendiri . Khairy tak sentuh institusi kesultanan / raja / agong tetapi hanya menyentuh dan menegur badan FAM itu sendiri . Perlu kita ingat institusi beraja dan kesultanan di Malaysia ini adalah lambang kekuasaan Melayu ia tak bersifat individual , ia adalah warisan dan merupakan sebahagian daripada perlembagaan yang membentuk negara ini .



Penulis berpendapat , sesiapa saja yang menghina/memperlekehkan sultan / raja dan agong wajib ditahan tak kira lah dia tu melayu atau bukan melayu . Islam atau bukan Islam , UMNO atau bukan UMNO dan selagi raja tidak melakukan kesalahan jenayah , mereka wajib dipertahan. Oleh itu , individu yang membuat dakwaan bahawa teks Agong di tulsi oleh 'barua2' UMNO di istana mungkin perlu di soalsiasat bagi memperoleh jawapan dari mana dia peroleh maklumat yang salah itu ?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor