Friday, June 7, 2013

Kegagalan Struktur Sokongan Sementara Punca Sebahagian Struktur Yang Masih Dalam Binaan Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh ?

Tajuk di Malaysiakini seolah-olah menggambarkan sebahagian jambatan kedua Pulau Pinang runtuh adalah tidak tepat .  Berdasarkan gambar dari portal Malaysiakini , nampak bahagian yang runtuh ada lagi struktur2 'scaffolding' , maksudnya runtuh masa kerja pembinaan sedang dijalankan , dan bukan masa struktur itu siap sepenuhnya . Kemalangan berlaku semasa 'work in progress' berdasarkan struktur2 scaffolding yang turut runtuh . Berdasarkan pemerhatian dari gambar, penulis berpendapat ia adalah kecuaian dalam pembinaan stuktur2 sokongan  . Struktur2 sokongan ini adalah struktur2 sementara yang menjadi 'support' bagi struktur kekal yang sedang dibina. Ini hanyalah pendapat penulis semata-mata.



Sedikit latar belakang mengenai jambatan kedua Pulau Pinang, jambatan ini dibina oleh China Harbour Engineering Co Ltd dengan kerjasama UEM Construction Sdn Bhd. Rekabentuk jambatan kedua ini dibuat oleh Malaysian Highway Authority dan UEM Builders. UEM Construction da UEM Builders adalah anak syarikat UEM Group (United Engineer Malaysia Berhad) .

Projek2 tempatan UEM Builder dalam pembinaan sekarang ialah KLIA2 , Pahang Selangor Raw Water Transfer, MRT V8, MRT S3, 2nd Penang Bridge dan beberapa lagi. Syarikat ini juga ada mengendalikan beberapa projek luar negara di Brunei, India, Qatar, Saudi Arabia, Singapore dan Indonesia. UEM Group sama seperti Petronas adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

China Hourbour Engineering pula adalah sebuah syarikat dari China yang mempunyai 'track' record projek2 pembinaan di seluruh dunia kebanyakkan kontrak2 dari Asia, Afrika dan Europe.

Jelas kedua-dua buah syarikat ini mempunyai track record yang baik untuk projek2 yang lepas. Kejadian sebahagian struktur yang runtuh ini mungkin disebabkan kelemahan dalam 'supervision' semasa struktur dibina dan pelbagai lagi faktor kejuruteraan yang lain . Tak perlu salahkan parti politik mengenai hal2 berkaitan kejuruteraan ini, agak jelas hal2 sebegini adalah 'human error' .

Bagi mereka yang biasa terlibat dalam industri minyak dan gas, memang banyak kemalangan2 berkaitan 'human error' tak di report pada 'public' (scaffolding runtuh, oil leakage,platform terbakar, tug boat tenggelam dan sebagainya) . Takkan semua ni nak dikaitkan dengan politik ? Pembinaan jambatan ke-2 Penang adalah sesuatu yang besar , hal2 berkenaan pembekalan bahan dan sebagainya memang melalui proses2 yang teliti . Perlu ada sijil2 dan pengiktirafan badan2 tertentu . Kalau pembinaan jambatan ke-2 Penang ini kurang kualitinya mengapa sekarang baru ada struktur yang runtuh , tetapi struktur yang ada di tengah2 laut masih teguh ? Juga perlu diingat , UEM Construction juga adalah kontraktor yang sama membuat kerja2 pelebaran Jambatan Pulau Pinang (yang sedia ada) . Dan sehingga sekarang tiada struktur yang dilebarkan itu gagal .

Oleh itu tak perlu lah pembangkang mengambil kesempatan menggunakan isu struktur jambatan kedua yang runtuh untuk menyalahkan kerajaan. Biarlah para juturera dan pakar2 menyiasat punca2 nya , elok lah dihentikan segala spekulasi2 jahat sekiranya kita tidak arif tentang perkara ini . UEM Construction dan China Harbour Engineering adalah 2 syarikat pembinaan yang terbukti mempunyai track record yang baik dalam kerja2 mereka dalam dan luar negara . Kalau nak dikatakan syarikat ini gagal , tentulah saja kita boleh lihat stuktur2 lain binaan dari 2 syarikat ini turut mengalami masalah yang serupa .

Berikut adalah senarai pakej2 yang terlibat dalam pembinaan Jambatan Ke-2 Pulau Pinang , pakej yang mengalami masalah ialah Batu Maung interchange di bawah kendalian Cergas Murni Sdn Bhd


Cergas Murni Sdn Bhd adalah syarikat yang ada kaitan dengan Latimer Corporation yang juga banyak pengalaman dalam industri2 pembinaan . Penulis juga mendapat maklumat bahawa Cergas Murni adalah kontraktor tempatan yang dilantik oleh Penang Development Corporation di mana Lim Guan Eng sebagai pengerusi (maklumat tak disahkan lagi). Walaau bagaimanapun , pada penulis ini bukan lah berkaitan politik .. lebih kepada 'human error' 

Berikut adalah salah seorang komen pembaca yang agak menarik ;

"It's human error by using that type of scaffolding on a traffic running road.The vibrations of vehicles,especially lorries would have made the scaffolding weak at the bottom.An alternative safer method should have been done,that is by traveling formwork."

. Cuma kita terkilan bila mana ada pihak cuba bermain politik dengan insiden sebegini. 

*ralat :

1. Cergas Murni dilantik JKSB , apa yang dipersoalkan samada perlantikan dipengaruhi kerajaan negeri Pulau Pinang.

2. Isu pelantikan timbul apabila ada pihak mempertikai kontraktor binaan yang dilantik JKSB tidak kompeten , seterusnya cuba menyalahkan kerajaan BN.

3 comments:

Bro atas laut sahaja sepanjang 17 km yang melibatkan UEM bahagian darat melibatkan company lain

Jika Jamban Runtuh pun akan menjadi isu, apatah lagi Jambatan Pulau Pinang. Tapi kalau takde isu-isu mcm ni, tak seimbang la kehidupan kita. Baik melayan Ramalan Juara Masterchef Selebriti 2, Tengok Che Ta Potong bawang pun jadilah...

Sila baca tulisan saya dari sudut kejuruteraan awam dalam, “Teori runtuhnya jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang”.

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/teori-runtuhnya-jalan-penyambung-susur.html

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu