Saturday, June 15, 2013

Jangan Terperangkap dengan Khabar Angin Pertemuan Najib - Anwar di Jakarta

Portal media pro-pembangkang The Malaysian Insider hari ini melaporkan bahawa terdapat spekulasi pertemuan antara Najib dan Anwar di Jakarta . Kononnya , pertemuan itu diatur bagi mengelakkan persaingan di Parlimen dan didalam parti sendiri selepas keputusan pilihanraya yang tidak memuaskan.  Penulis melihat banyak portal2 pro-pembangkang yang lain turut menimbulkan spekulasi yang sama , malah banyak juga blog-blog pro-pembangkang menyiarkan artikel yang serupa . Khabar angin ini mula diperkatakan dengan mengaitkan 'perjanjian rahsia' Najib dan Anwar sebelum pilihanraya yang dibuat kedua-dua belah pihak supaya bersetuju untuk tidak menimbulkan kekacauan sekiranya salah satu pihak tewas. Malangnya ada di kalangan penggiat media sosial dan ahli-ahli UMNO sendiri mula terikut rentak yang dimainkan media-media dan blog-blog pro-pembangkang mengenai spekulasi pertemuan kali kedua ini.


Sudah terlalu kerap ahli-ahli UMNO terperangkap dengan permainan licik pembangkang untuk mengkucar-kacirkan parti. Mereka hanya perlu menyiarkan beberapa spekulasi di media-media pro-pembangkang yang kemudiannya menimbulkan satu tanggapan buruk dikalangan penyokong-penyokong UMNO melalui perkara yang diberitakan . Ini lah bezanya penyokong-penyokong UMNO , penggiat-penggiat media sosial UMNO dengan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat . Hanya disebabkan berita spekulasi yang cuba menjatuhkan imej Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO disiarkan portal media pro-pembangkang , kepercayaan penyokong-penyokong UMNO terhadap Perdana Menteri mulai goyah, maka berbondong-bondonglah penyokong-penyokong UMNO menggunakan media sosial untuk menyerang Perdana Menteri . 

Namun, apabila perkara yang sama terjadi kepada Anwar contohnya apabila Utusan menyiarkan berita mengenai dakwaan salah laku seks , penyokong-penyokong Pakatan Rakyat bermatian-matian mempertahankan Anwar malah meng'anjing' kan akhbar Utusan . Adakah penyokong-penyokong UMNO yang cuba menjadi hero kononnya pejuang sebenar tidak nampak 'perangkap-perangkap' ini ? Belum apa-apa dan hanya mendengar khabar angin yang bertiup dari media pembangkang ,segelintir penyokong-penyokong UMNO ini sudah mula berbicara agar Najib meletakkan jawatan ? Tidakkah itu menunjukkan mereka sudah masuk dalam perangkap yang disediakan ? Buka mata luas-luas dan prihatin dengan keadaan sekeliling , lihat sejarah bagaimana pemimpin UMNO yang lepas di perkotak-katikkan Anwar semasa pemilihan UMNO , 'permainan' yang di mainkan cukup halus sehingga ada pemimpin yang 'teraniaya' akibat penyakit 'buta' sesetengah ahli-ahli UMNO ini.

Sekali lagi , penulis meminta jangan bandingkan Najib dengan Pak Lah . Dalam hanya beberapa tahun mengambil alih jawatan PM dari Pak Lah , Najib menunjukkan prestasi yang sangat baik kerana berjaya memacu ekonomi Malaysia , rakyat mendapat faedah dengan pelbagai program transformasi ekonomi yang dijalankan . Hal-hal ini semua tidak berlaku di zaman Pak Lah . Jangan hanya di sebabkan Najib gagal mendapat 2/3 kerusi parlimen , maka ada suara-suara mula meminta Najib meletakkan jawatan dan macam-macam lagi . Tetapi sedarkah kita sekiranya Najib diganti oleh pemimpin yang baru , maka UMNO dan Barisan Nasional akan bermula sekali lagi di titik '0' , dasar-dasar baru akan diperkenalkan dan hanya akan menunjukkan kesan samada berjaya atau tidak selepas beberapa tahun ! Hal ini benar-benar membuang masa sedangkan BN dan UMNO pada ketika ini boleh menumpukan usaha terhadap perkara-perkara lain pula kerana bagi penulis dasar Dasar Transformasi Ekonomi yang diperkenalkan Najib sudah menunjukkan keberhasilannya. 

Cukup-cukup lah dengan mentaliti menunding jari , adakah kita sudah 'cermin' diri sendiri selaku penyokong UMNO dan Barisan Nasional dengan prestasi hambar ditunjukkan BN baru-baru ini . Jangan lah hanya kerana kita rajin menggunakan Facebook , Blog dan Twitter mempertahankan UMNO dan BN maka kita gelar diri sendiri sebagai pejuang hebat . Persoalannya ialah samada apa yang kita sampaikan di Facebook, Blog dan Twitter itu sampai kepada sasaran iaitu pengundi , atau kita hanya 'syok sendiri' memuji-muji dan mempertahankan UMNO dan BN dalam kelompok kita sendiri , apa yang penulis cuba sampaikan ialah dalam 100 orang pembaca blog /twitter dan facebook berapa ramai penyokong UMNO/BN , berapa orang penyokong pembangkang dan berapa yang berpendirian neutral ? Kenapa kita tidak saja bersikap pro-aktif dengan menyerang portal-portal media pro-pembangkang dengan membetulkan persepsi yang cuba disampaikan dalam artikel melalui ruangan komen ?

Apa yang penulis komen di atas adalah dalam konteks media sosial, dalam konteks lain pula seperti peranan yang dimainkan oleh bahagian2 UMNO bagaimana pula ? Adakah ada tindakan pro-aktif seperti bertemu penduduk dan menganjurkan kerja-kerja komuniti , adakah hal - hal sebegini berlaku terutama di negeri yang UMNO/BN kalah ? Misalnya di Selangor sekarang , dah alami kekalahan teruk , takkan segala usaha sebelum pilihanraya terus terhenti ? Adakah kita mahu tunggu 4 tahun lagi baru mahu bergerak dan kemudiannya mengharap kemenangan gilang gemilang ? Yang paling mejelikkan sekali ,sekiranya ada di kalangan mereka ini nanti akan terkinja-kinja meminta Najib letak jawatan . Bukan lah nak membodek Najib , lagipun apa lah sangat yang ada pada blog penulis ni cuma dalam tempoh Najib mengambil alih peranan PM  daripada Pak Lah kita nampak beliau bersungguh-sungguh melakukan kerja untuk mendapatkan sokongan rakyat, ramai yang mengakuinya termasuklah pada mereka yang mengutuk dek kerana keputusan PRU-13 yang tidak memuaskan. Ramai yang yakin BN akan menang besar dan memuji hasil kerja kuat Najib termasuklah yang dok mengutuk sekarang .

Malangnya apabila keputusan di luar jangkaan ,tiba-tiba segelintir yang memuji itu terus mengeji dengan pelbagai teori dikeluarkan pakar-pakar politik 'instant' . Sebenarnya penulis terfikir adakah sesetengah kaum Melayu yang menolak untuk bersama-sama dalam perjuangan UMNO jelik dengan sikap yang ditunjukkan ahli-ahlinya ? Tak mustahil UMNO akan hancur kerana sikap ahli-ahli sendiri kerana masing-masing berebut-rebut mahu menunjukkan bahawa dia lah yang lebih pandai dari yang lain. Parti lawan pula mentertawakan dari jauh kerana mereka dengan mudah memanipulasi pemikiran ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO  melalui media mereka . Tak perlu bersusah payah untuk menyerang kerana mereka tahu kelemahan yang ada pada UMNO ialah penyokong-penyokongnya mudah melatah apabila dicucuk sampai sanggup menjatuhkan Presiden parti sendiri . Tak kah kita merasa pelik bila satu masa dulu apabila Pak Lah disuruh berundur sebagai Presiden UMNO , kepimpinan pembangkang beria-ia mahukan beliau kekal . Tetapi kini , pemimpin2 pembangkang melalui media2 mereka pula mahukan Najib berundur sebagai PM . Secara mantiknya , pemimpin UMNO yang lemah akan beri kelebihan pada pembangkang , pemimpin UMNO yang kuat akan beri kesukaran pada mereka . 

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu