Monday, June 3, 2013

Hina Yang di-Pertuan Agong : NGO Buat Laporan Polis.

Terlajak perahu boleh di unjur , terlajak letak 'status' gampang di Facebook kena 'printscreen' . Mungkin itu lah perumpamaan Melayu yang boleh kita ubahsuai untuk menunjukkan senario pengguna-pengguna Facebook yang suka lepas cakap ja tanpa fikirkan akibatnya . Baru-baru ni semasa hari Keputeraan yang di Pertuan Agong , 2 artikel telah dikeluarkan menunjukkan kebiadapan rakyat Malaysia terhadap titah yang di Pertuan Agong . Entah apa difikirkan individu2 ini hingga mereka dengan begitu berani sekali memperlekehkan peranan Yang di Pertuan Agong . Tindakan sebegini hanya akan menimbulkan kemarahan rakyat terutama di kalangan orang-orang Melayu . Kebiadapan ini mendapat perhatian beberapa NGO malah Menteri yang bertanggungjawab. Berikut adalah petikan artikel dari KLPos mengenai laporan NGO yang dibuat terhadap individu2 biadap itu.



"Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM mewakili 100 NG0 dan antara NGO yang hadir hari ini ialah Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA) Malaysia, Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) dan Kelab Ikatan Ukhuwah Malaysia.

"Kebelakangan ini, budaya mengkritik tanpa batasan makin menjadi-jadi dan tidak sepatutnya berlaku kerana mereka yang menghina sangat kurang ajar. Ini merupakan racun yang akan merebak kepada seluruh masyarakat jika tidak ditangani," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini semalam."

Klik sini untuk artikel penuh. 

Berani buat, berani tanggung lah ye...

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu