Sunday, June 16, 2013

Gerakan membodohkan ahli-ahli UMNO sedang berjalan , golongan-golongan 'rakus' jawatan mula bergerak ?

Berikut adalah beberapa petikan dari portal Malaysia-Chronicle tentang ura-ura bahawa Ku Li sedang mempersiapkan jentera untuk mengambil alih jawatan PM daripada Datuk Seri Najib ;

"Tengku Razaleigh Hamzah has been meeting more MPs from both rival coalitions this week in a bid to get elected as prime minister after Parliament convenes on June 24, say sources.

The Malaysian Insider understands the Kelantan prince has initiated the meetings at his White House-styled residence in Langgak Golf here, to discuss strategies to get enough numbers in the 13th Parliament to take Datuk Seri Najib Razak’s job."

Samada perkara ini benar atau tidak , penulis berpendapat elok lah dilupakan saja hasrat itu . Ahli-ahli Parlimen terutama dari UMNO sepatutnya lebih kenal Ku Li , idea untuk menukar PM bukan lah sesuatu yang baik terutama Najib telah menunjukkan prestasi yang baik dari segi pembangunan negara , transformasi ekonomi , dan kehidupan rakyat yang lebih baik semasa pentadbiran beliau. Cuma nasib tidak menyebelahi beliau semasa pilihanraya umum-13 apabila ditipu oleh segolongan kaum yang tak reti berterima-kasih.


Dalam keadaaan yang meruncing ini, maka ramai lah di kalangan sesetengah ahli-ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO cuba mengambil kesempatan . Pada penulis semua ini mungkin dah dirancang sebelum pilihanraya lagi, mereka hanya tunggu keputusan dan akan mengorak langkah untuk bertindak selepas keputusan diumumkan . Maka selepas keputusana mereka telah mula merencanakan pergerakan masing-masing . Pemimpin-pemimpin pembangkang tentulah gembira dengan perkembangan ini kerana mereka sedar kekuatan yang ada pada Najib jadi masing-masing mengharapkan agar Najib digantikan dengan segera , berbeza semasa Pak Lah memegang jawatan PM , masing-masing mahu Pak Lah kekal . Media-media pro-pembangkang hanya perlu mewar-warkan berita kerakusan pemimpin2 UMNO mengintai jawatan PM untuk dijadikan bahan jenaka mereka .



Ini lah sikap sebahagian 'hipokrit' yang masih wujud dalam UMNO , mereka hanya tunggu masa untuk 'menerkam' tanpa terlebih dahulu mengkaji pro dan kontranya di atas perbuatan mereka itu. Tak mustahil ada blogger-blogger yang dahulunya cukup kuat 'mengipas' Najib kini tiba-tiba berubah haluan menghentam. Penulis ni blogger 'murahan' saja , lebih berminat menulis berkaitan analisis samada dari sudut ekonomi, sejarah dan saintifik yang mana tak ramai sudi membaca . Jadi bila perkara menjelikkan ini berlaku , perasaan meluat dengan sikap 'stereotype' balachi-balachi cyberterompah dalam gerakan menjatuhkan Najib  cukup terasa. Mana tidaknya , sebelum pilihanraya berlangsung mereka ini lah individu2 yang cukup kuat 'mengipas' Najib kerana pada mereka mungkin BN akan menang dengan majoriti 2/3 , rugi lah kalau tak kipas . Malangnya sikap yang berlainan sama sekali ditunjukkan terhadap Najib bila matlamat 2/3 tidak diperoleh . Masing-masing mahu tunjukkan mereka lah lebih pandai . Memang tidak ada salah mengkritik , tetapi ada bezanya antara mengkritik dan menjahanamkan .




Berbalik kepada cerita Ku Li , entah dari mana datangnya ide supaya Ku Li menggantikan Najib . Penulis masih ingat , semasa penulis masih kecil , cerita Ku Li memburukkan nama Malaysia di siarkan di TV3 . Pada ketika itu , rasanya Ku Li ditemu ramah oleh wartawan media dan jawapan Ku Li pada ketika itu mempunyai unsur-unsur nak melingkupkan kredibiliti UMNO dan BN yang dipimpin oleh Tun Dr. M . Ku Li juga adalah individu yang bertanggungjawab membawa UMNO ke mahkamah dan menyebabkan parti itu diharamkan pada tahun 1989 . Mungkin ramai yang masih ingat Ku Li antara individu yang muncul dalam video klip si penghina lagu Negaruku , si Namawee yang tak reti cakap bahasa kebangsaan tu ? Senang cerita,  Ku Li mempunyai ciri-ciri yang agak serupa dengan Anwar Ibrahim , matlamat untuk jadi PM mungkin tak pernah padam. Bodoh lah ahli-ahli UMNO sekiranya individu seperti ini ditagih untuk meminpin . Berikut adalah petikan dari sebuah blog yang menceritakan sejarah Ku Li ;



"Kita kenal siapa Tg. Razaleigh. Ingin saya tegas dan ingatkan pembaca, Tg. Razaleighlah bapa pemecah perpaduan Melayu. Beliaulah yang membawa UMNO ke mahkamah dan akhirnya UMNO diharamkan pada tahun 1989. Beliau sengaja membawa parti ke mahkamah agar UMNO diharamkan dan kerajaan Melayu Islam ditumbangkan di Malaysia ini. Ini sejarah dan jangan kita lupa. Sebelum ini, walaupun Dato Onn, Tunku Ab. Rahman dan Tun Hussin Onn dikeluarkan dari UMNO, namun ketiga-tiga pemimpin tadi tidak bertindak untuk mengharamkan UMNO kerana mereka sedar UMNO ialah parti tunjang orang Melayu. Parti yang diberi kepercayaan untuk menjaga agama Islam, parti yang menjaga keamanan negara. Namun tidak begitu dengan Ku Li. Ku Li bukan kuli UMNO tetapi Ku Li nak jadi raja UMNO. Ku Li pengkhianat parti hingga memaksa Tun Dr. Mahathir mengumpul semula saf pemimpin UMNO terutama dari kalangan Ahli Parlimen seterusnya mendaftar semula UNMO dengan nama UMNO Baru. Ku Li menjadi raja bagi Parti Semangat 46. Tengku Razaleigh menjadi raja dalam parti S46 tak lama, mungkin beliau fikir partinya tak boleh hidup lama, jadi parti S46 dibubarkan dan beliau akhirnya masuk UMNO semula."

baca sepenuhnya di sini 

Bukan lah penulis mahu membangkitkan sejarah lama atau berniat memburukkan Ku Li , cuma penulis hanya bertindak untuk mengingati ahli-ahli UMNO kerana maklumlah Tun Dr. Mahathir sendiri dah kata orang melayu ini cukup mudah lupa . Penulis bukanlah ahli UMNO tapi penulis rakyat berbangsa melayu yang menyokong perjuangan UMNO , pada penulis segala 'pergerakan' UMNO dalam memilih pemimpin hendaklah dilakukan dengan mmembuat pelbagai pertimbangan , lihat pada sejarah dan kemajuan yang berjaya dilakukan oleh seseorang pemimpin itu .

Penulis melihat sebahagian daripada ahli UMNO dan penyokong-penyokongnya cukup mudah membuat kesimpulan dari sesuatu perkara yang disebarkan tanpa melakukan penyiasatan terlebih dahulu. Apabila kebenaran terserlah masing-masing terkedu tak tahu nak sorok muka di mana . Penyakit cepat menjatuhkan hukum tanpa menyiasat terlebih dahulu memang dah lama berakar dalam diri orang melayu, kononnya nak menjaga maruah agama, bangsa dan negara akhirnya terbalik dan terus menjahanamkan akibat dari tindakan tergesa-gesa . Sejarah melayu lama dah membuktikan , contohnya cerita Mahsuri , habis 7 keturunan merana akibat salah jatuh hukum . Adakah ahli-ahli dan pemimpin UMNO mahu menderita 7 keturunan baru nak sedar ?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu