Saturday, May 25, 2013

Tindakan Ketua AMK Selar Hadi Awang Timbulkan Kemarahan Pemimpin PAS

Ketua Angkatan Muda Keadilan , saudara Shamsul Iskandar telah membidas Presiden PAS yang kononnya mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen pada PRU-13 baru-baru ini . Beliau juga membidas Tuan Guru Haji Hadi Awang kerana mengeluarkan watikah bagi calon2 untuk bertanding di kawasan2 yang juga di tandingi PKR. Ucapan dari Shamsul itu secara tak langsung menunjukkan tiada kesefahaman di antara PKR dan PAS . Tak mustahil suara kepimpinan tertinggi PKR diluahkan melalui Ketua AMK parti itu . Mungkin boleh dikatakan apa yan diluahkan Shamsul Iskandar datang dari penasihat umum PKR itu sendiri, Anwar Ibrahim.


Dari petikan Malaysian Insider ; (laporan penuh)


"Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) menyelar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.

Selain itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu juga menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR."


Mungkin Shamsul lupa, kekuatan PKR itu sendiri adalah berpunca dari penyokong2 PAS. Kalau nak diikutkan, PKR memang tak mampu memperoleh sokongan orang Melayu kalau tiada pengaruh PAS . Shamsul nampaknya menjadi angkuh dengan kemenangan beliau di Parlimen Bukit Katil menewaskan calon BN , Ali Rustam . Shamsul mungkin alpa bahawa kemenangan beliau bukan dari kekuatan beliau sendiri namun kemenangan itu berlaku hasil dari peralihan undi kaum Cina kepada PR yang berlaku di seluruh negara .

Kenyataan Shamsul dalam Kongres Nasional Keadilan ke-9 itu mendapat reaksi Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia iaitu saudara Ir.Haji Khairil Nizam Khirudin . Berikut adalah respon yang diperoleh dari laman Facebook beliau ;


"Saya merujuk kepada ucapan Ketua AMK Sdr. Shamsul Iskandar Md. Akin di Kongres Nasional Keadilan seperti yang dipetik portal berita hari ini. Ini adalah respon saya;

1. Jangan bercakap seolah-olah tahalluf siyasi itu datangnya dari PKR dan cuba pula mengajar PAS mengenainya. Sekiranya Sdr. Shamsul benar-benar fakih mengenai Tahalluf Siyasi sehingga boleh menegur Tuan Guru Presiden, maka sila datangkan apa-apa jua kajian dari PKR dan AMK dari segi usul dan kaedah fiqhnya atau apa-apa sahaja justifikasi yang membuktikan PAS melanggar tahalluf siyasi. Saya teringin benar membacanya.

2. Pengeluaran watikah dan kenyataan Tuan Guru Presiden mengkritik calon-calon tertentu yang diketengahkan untuk bertanding adalah kerana PAS melihat berlaku pelanggaran syarat yang boleh menjejaskan tahalluf siyasi. Tapi pastinya Sdr Shamsul tidak dapat memahami apa yang berlaku kerana Sdr Shamsul sendiri tidak tahu apa itu tahalluf siyasi dan syarat-syaratnya.

3. Jangan jadikan tahalluf siyasi dan peluang menghentam Tuan Guru Presiden sebagai modal untuk berlagak hero di hadapan perwakilan AMK. Jangan mencela Tuan Guru Presiden seolah-olah beliau bercakap mengikut nafsu ketika mengkritik. Ianya adalah perkataan yang kasar dan biadap untuk dikaitkan dengan tindakan Tuan Guru Presiden. Oleh itu, saya menjemput Sdr. Shamsul untuk duduk bersama dengan saya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja untuk kita mengaji apa dia tahalluf siyasi dan menilai semula permasalahan yang timbul sepanjang PRU ke13 di dalam konteks tahalluf siyasi tersebut.

4. Selepas semua itu, saya boleh berlapang dada sekiranya PAS ada melakukan kesilapan dan bersedia untuk berdepan dengan media untuk mengakuinya. Bolehkah Sdr. Shamsul menjamin perkara yang sama atau cuma baling batu, terus lari?

Ir.Haji Khairil Nizam Khirudin
Bendahari
Dewan Pemuda PAS Malaysia "

Penulis berpendapat kepimpinan PAS seharusnya mula memikirkan semula kerjasama politik di antara PKR dan DAP . Selama ini, begitu jelas sekali PAS di perkotak-katikan 2 parti sekutu yang perjuangannya bertentangan sekali dengan hala tuju PAS . Kita tolak tepi soal pembentukan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud yang secara terang tidak dipersetujui sekutu PAS itu , namun apa yang lebih menyedihkan peranan PAS dalam gabungan PR diperlekehkan . Lihat saja apa yang berlaku di Selangor , walaupun PAS mendapat bilangan kerusi yang banyak (sama dengan DAP) , PKR dan DAP dilihat seolah-olah cuba berpakat untuk menjadi dominan dalam pentadbiran negeri Selangor . PAS seharusnya lebih bertegas kali , mungkin kerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan campuran di Selangor lebih menguntungkan . Penulis yakin BN akan dapat bertolak ansur dengan PAS bagi membolehkan parti itu memegang jawatan Menteri Besar seterusnya mencorakkan pentadbiran yang lebih bersifat Islamik dan ke Melayuan di negeri Selangor .

2 comments:

bagi aku komen liar … mencarut … menghina … ini adalah berkat dari pengajaran nabi pas dan ulamak-ulamak dalam pas … setiap kali mereka berceramah mereka akan mencaci-maki musuh politik mereka … menuduh musuh politik mereka sebagai kafir dan memberi gelar yang menghinakan … apatah lagi nabi pas pun telah bersabda bahawa tuhan pas pun mencarut … jaid tidak salah mereka mencarut kerana tuhan pas pun mencarut … kalu mereka musuhnya memusnahkan haji adi hingga tersungkur,, kutukan seperti zikir harian mereka meamng benar, kerana nabi pas pun pernah berkata bahawa tuhan pas adalah sasmseng … tentunya mereka akan berkelakuan seperti samseng … inilah salah satu hasil kejayaan tarbiah dan pengajaran dari agama pas.

Red pork army....lu jgn jadi batu api!!!!!!
Lu berani krn melayu sokong lu...
Tapi ingat...lu jgn lagi lacur agama aku!!!!
Bangsa tak tahu diuntung...sudah kaya nak kuasa pulak....

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu