Friday, May 3, 2013

Saiful Bersumpah Kali Kedua di Hadapan Kaabah, Bapa buat U-Turn , Anwar Makin Kusut

Semalam , Saiful Bukhari sekali lagi membuat sumpah laknat mengakui dirinya diliwat oleh Anwar Ibrahim . (Klik sini untuk laporan dari KLPos) .Tindakan Saiful membuat sumpah laknat di hadapan Kaabah itu menunjukkan kesungguhan beliau untuk meyakinkan rakyat Malaysia khususnya mereka yang menyokong Anwar bahawa apa yang berlaku terhadap dirinya adalah satu kebenaran dan bukan lah konspirasi seperti yang diwar-warkan . Namun respons penyokong2 Anwar yang dilihat dalam ruang cyber , amat lah mengecewakan dan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu diperlekehkan .



Adalah menjadi satu kekecewaan apabila segelintir rakyat Malaysia terutamanya penyokong-penyokong Pakatan Rakyat gagal dalam melihat kebenaran yang cuba ditunjukkan . Pelbagai bukti yang nyata telah ditunjukkan namun masih ada yang membiarkan mata hati mereka dibutakan . Walhal , golongan ini secara konsisten menerima segala tohmahan dan fitnah yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Pakatan terutama terhadap Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor , walaupun fitnah yang dibuat itu tiada bukti-bukti yang nyata. Malah orang yang mula-mula menyebarkan fitnah ini (Raja Petra Kamaruddin) juga turut mengakui bahawa semua itu adalah rancangan jahat golongan tertentu ingin menjatuhkan Najib.


Anwar mungkin menjadi semakin kusut dengan pelbagai permasalahan yang menimpa diri beliau, selepas satu , satu lagi masalah timbul . Bapa Saiful yang sebelum ini kononnya mengakui bahawa apa yang berlaku terhadap Saiful adalah semata-mata fitnah yang direkayasa UMNO telah membuat sidang akhbar yang mengejutkan apabila mengakui kenyataan beliau sebelum ini yang menyokong PR adalah kerana beliau telah dijanjikan imbuhan sebanyak RM 3 juta untuk menjejaskan kredibiliti UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional . Beliau yang menarik balik permohonan maaf terhadap Anwar turut mengisytiharkan diri keluar dari PKR. (Klik untuk laporan penuh dari KLPos)

2 comments:

anwar kaki auta. sudah liwat mau lari mana haa...

Bapa saiful x boleh dipercyai...bolak balik ...mata duitan ke bapak die ni..x syg anak...bapak apa mcm ni???

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu