Friday, May 10, 2013

Revolusi 'Hijau' Iran cuba diimplementasi di Malaysia dengan Revolusi 'Kuning'

Di sebalik bantahan besar-besaran pihak PR dengan keputusan pilihanraya yang berpihak kepada BN , Najib yang mengangkat sumpah sebagai PM untuk penggal yang ke-2 terus menerima ucapan tahniah daripada pemimpin-pemimpin negara asing. Ucapan tahniah ini merupakan simbolik perakuan pemimpin-pemimpin negara asing ini dalam ketelusan SPR menjalankan proses pilihanraya di negara ini . Antara pemimpin negara asing yang paling awal mengucapkan tahniah ialah Putera Mahkota Abu Dhabi (Gen Mohamed Zayed Al Nahyan, Perdana Menteri British David Cameron, Perdana Menteri Thai Yingluck Shinawatra, Perdana Menteri New Zealand John Key, Perdana Menteri Australia Julian Gillard, Presiden US , Barrack Obama dan lain-lain lagi pemimpin negara.


Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh pembangkang dilihat tidak masuk akal dan agak keterlaluan pembohongannya . Malah fitnah yang diwar-warkan kepada orang ramai adalah keterlaluan sehingga kan beberapa pemimpin dan penyokong di pihak pembangkang sendiri menepis dakwaan itu. Malah Naib Presiden PKR Azmin Ali juga dilihat dapat menerima kenyataan kekalahan PR dalam laman twitter beliau berbanding Anwar yang tak habis-habis dengan impian beliau mahu menakluk Putrajaya dengan apa cara sekalipun . Kini rakyat yang taksub dengan perjuangan beliau pula mahu diheret sekali . Azmin dilihat lebih rasional dan diplomatik berbanding Anwar untuk mengepalai jentera pembangkang. Walaupun kurang agresif dengan segala bentuk provokasi melampau seperti mentornya, gaya kepimpinan beliau dilihat lebih 'selamat' bagi mengekalkan keharmonian dan keamanan dalam negara di sebalik perbezaan pendapat dengan kerajaan.


Walaupun kehadiran Perhimpunan Suara Rakyat yang baru-baru ini diadakan di Stadium Kelana Jaya mendapat sambutan menggalakkan, Anwar masih gagal untuk membentuk momentum yang mampu menarik seluruh rakyat tak kira bangsa dan agama bersatu untuk turun memprotes di jalanraya bagi menggulingkan kerajaan BN yang dipilih rakyat dalam PRU-13 baru-baru ini.  Malah menurut laporan, kehadiran di Stadium Kelana Jaya itu sebenarnya di dominasi oleh kaum Cina. Untuk memulakan gelombang menjatuhkan kerajaan sedia ada secara paksa , sokongan majoriti kaum Melayu adalah sangat penting. Anwar tidak mempunyai elemen 'majoriti melayu' ini , oleh yang demikian beliau dilihat cuba memburukkan proses pilihanraya di Malaysia ini di luar negara. 


Penyokong-penyokong dihasut supaya menyebarkan sentimen ini di portal-portal online negara2 asing , malah elemen2 kebencian terhadap sistem pilihanraya di Malaysia yang kononnya tidak adil ini cuba diserapkan di pengguna media sosial dari negara-negara asing. Mungkin mereka berharap agar rakyat negara asing yang mendapat mesej ini akan bangkit dan mendesak kerajaan mereka untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran di Malaysia.






 Trend sebegini dilihat sememangnya pernah berlaku di beberapa buah negara asing apabila rakyat negara itu bersama-sama rakyat negara yang mereka hendak pertahankan itu bersama-sama membuat demonstrasi bagi mendesak campurtangan kerajaan. Mungkin anda masih ingat Revolusi Hijau yang berlaku di Iran pada tahun 2009-2010 , kaedah yang sama digunakan untuk menjatuhkan kerajaan di Malaysia tetapi negara ini diberikan warna 'kuning' .  Semasa Iran Green Revolution dahulu , memang ada rakyat negara itu bersama-sama rakyat negara ini melakukan tunjuk perasaan di sekitar ibu kota. Gambar di atas menunjukkan protes 'duduk bantah' yang dibuat di hadapan bangunan UN di Kuala Lumpur pada 15,June 2009 . 


Tidakkah corak yang ditunjukkan oleh kumpulan 'kuning' di Malaysia juga serupa ? Modus operandinya adalah selari dan kita sedar pergerakan2 ini didalangi oleh kumpulan tertentu yang sudah pasti Anwar tahu siapa di belakangnya. Isu 'Revolusi Hijau' di Iran dan 'Kuning' di Malaysia adalah serupa , ia adalah berkaitan dengan proses pengundian yang dikatakan tidak telus dan yang paling penting , gerakan yang cuba mengambil alih pemerintahan sesebuah negara itu (terutama negara-negara Islam) melalui kaedah ekstreme seperti ini adalah dari 'tangan' yang serupa .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu