Thursday, May 16, 2013

Polis dan KDN diminta angkut Hishamudin Rais dan kepala-kepala perusuh yang lain sebelum 18 Mei

Tinggal 2 hari saja lagi tarikh 18 Mei bakal menjelma. Tarikh yang ditunggu tunggu oleh perusuh a.k.a pecacai a.k.a pembuat onar di Malaysia. Sebelum pilihanraya berlangsung lagi, mereka dah melaung-laungkan slogan "Kalah Pilihanraya, Kita ke Jalanraya" . Individu yang merencanakan tidak lain tidak bukan adalah seorang aktivis penakut, baling batu sembunyi tangan si Hishamudin Rais.

Sepatutnya polis telah lama menahan si tua bangsat ni kerana dia sendiri mengaku diri adalah seorang penghasut. Dia merupakan salah seorang mastermind dalam menggerakkan demo2 dan perhimpunan haram dalam negara ini. Sekumpulan orang muda yang menggelar diri mereka 'mahasiswa' walaupun dah digantung pengajian dengan angkuh mengesa pengerusi SPR supaya meletakkan jawatan dan sekiranya gagal mereka akan turun ke jalanraya berdemonstasi.

Kenyataan itu telah dimuatnaikan ke dalam portal Keadilan Daily , dan di sebarkan oleh bloggers2 pro-pakatan di dalam blog mereka. Penulis berasa hairan kenapa Keadilan Daily telah memadamkan laporan itu di dalam portal mereka. Mujurlah ada bukti2 yang menunjukkan artikel itu berasal dari laman Keadilan Daily. Mungkin bimbang dikenakan tindakan undang2 kerana menghasut penyokong untuk membuat onar di jalanraya maka artikel itu dipadamkan.

Ketua Polis Negara yang baru dilantik , Khalid Abu Bakar perlu bertindak tegas dalam menangani hal ini. Begitu juga Menteri Dalam Negeri yang baru , Zahid Hamidi. Petualang-petualang yang menggerakkan demonstrasi ini seharusnya di tahan, terutama si Hishamuddin Rais, bas2 yang disyaki menuju ke ibu negara membawa peserta2 demonstrasi perlu disekat perjalanannya. Hal ini seharusnya dilakukan dengan segera sebelum pecacai2 ini menyusahkan orang ramai.

Mereka dah bilang mahu tumbangkan kerajaan sedia ada dengan berdemonstrasi di jalanraya. Tindakan sebegini hanya akan menyusahkan rakyat terutama di Kuala Lumpur untuk bergerak bebas. Alang2 kononnya kerajaan boleh ditumbangkan dengan cara ini, adalah lebih baik kiranya polis dan Menteri KDN terus bertindak tegas terutama 'kepala' demo. Pecacai2 yang lain hanya jadi pak turut dan akan hilang arah bila 'kepala' kena angkut. Semakin diberi peluang, semakin berlembut , makin banyak pula demonstrasi2 jelak ini dibuat.

Dalam kes 'Arab Spring' di Mesir , berapa lama masa diambil oleh pendemo-pendemo berkumpul di Mesir hingga berjaya tumbangkan kerajaan Hosni Mubarak? Perlu diingat pendemo2 di Mesir berkumpul kerana mereka tiada pekerjaan, masalah kewangan dan kesempitan hidup melampau. Adakah fenomena yang serupa berlaku di Malaysia di mana majoriti rakyat mengalami keadaan yang sama.

Cuba lihat pertumbuhan ekonomi di negara yang berlaku 'Arab Spring' dan pertumbuhan ekonomi negara ? Apa kejadahnya rakyat yang negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang mantap mahu berdemonstrasi berminggu lamanya seperti yang berlaku di Mesir? Paling kuat pun pecacai2 di Malaysia ni akan bertahan beberapa hari sebelum pulang ke tempat masing-masing meneruskan hidup.

Orang Malaysia ni dah biasa dengan kesenangan hidup dek pentadbiran mantap BN, apa jadahnya nak menyiksa diri sendiri berhimpun berminggu lamanya kononnya nak jatuhkan kerajaan ? Seriously, semua ni macam drama 'menipu' diri sendiri . Contoh mudah mogok lapar kumpulan Hijau Lynas jadi mogok menipu lapar kerana beberapa orang terkantoi 'caught on camera' makan.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu