Thursday, May 30, 2013

Pernyataan & Soalan : BN Banyak Kalah di Kawasan Bandar . Bila Malaysia Jadi Negara Maju Kawasan Bandar Makin Banyak ke Kurang ?

Sesebuah negara itu dikatakan semakin membangun dengan indikator kerancakan ekonominya, peningkatan kemasukan pelaburan asing dan pertumbuhan-pertumbuhan pelbagai industri yang menjadi pemangkin untuk kerajaan meningkatkan infrastuktur sedia ada misalnya pengangkutan,bekalan air,pembentungan, elektrik dan pusat rawatan (hospital dan klinik). Naik taraf infrastruktur-infrastruktur ini secara umum meningkatkan kualiti kehidupan rakyat negara ini seterusnya merangsang pertambahan penduduk. Tidak boleh tidak, bandar-bandar baru akan turut muncul hasil dari apa yang penulis ekspresikan sebagai 'tindak balas berangkai' (one thing lead to another..) . Kewujudan bandar-bandar baru ini juga merupakan indikator sesebuah negara itu semakin membangun menuju penanda aras atau 'benchmark' negara maju.


Pendahuluan di atas sengaja penulis huraikan bagi memudahkan pembaca untuk menganalisa apa yang cuba penulis sampaikan untuk 'point-point' yang seterusnya.

Keputusan pilihanraya ke-13 baru-baru ini menunjukkan pengundi bandar lebih banyak berpihak kepada Pakatan Rakyat . Dan kita sedar, majoriti daripada pengundi bandar ialah mereka yang terdiri daripada peratusan tinggi kaum Cina dan sebilangan kaum Melayu dan India . Mereka yang berada di bandar lebih banyak terdedah dengan teknologi-teknologi yang 'up to date' , capaian internet yang lebih pantas dan mudah bagi mereka untuk memperoleh berita2 terkini samada berita itu benar atau fitnah . Komunikasi menjadi lebih meluas dan pantas di bandar2 dengan kemudahan internet ini. Boleh dikatakan pengaruh media internet lebih memainkan peranan penting pada penduduk di bandar. Pihak yang berjaya 'menguasai' media maya secara tidak langsung akan berjaya mewujudkan persepsi pada penduduk bandar.  Media internet adalah percuma dan mudah (hanya di hujung jari), bersifat real-time (sentiasa ada update) , dan yang paling penting tak dikenakan bayaran. Walau bagaimanapun, mereka yang berada di kampung2 tak mendapat manfaat sebegini kerana capaian internet yang terhad (slow atau sesetengah kawasan tiada signal EDGE, 3G , HSDPA dan sebagainya).

Keputusan pilihanraya ke-13 yang menunjukkan BN hilang penguasaan di bandar-bandar mengecewakan ramai pihak . Maka adatlah di Malaysia ini bila 'rumah siap pahat pun berbunyi'  , Najib sebagai Perdana Menteri di persalahkan kerana terlalu memberi muka dan 'memanjakan' penduduk2 di bandar yang mempunyai peratusan tinggi kaum Cina . Malas bekas Menteri Kewangan , Tun Daim Zainuddin juga mempunyai pendapat yang sama iaitu tumpuan terlalu diberikan pada kawasan2 bandar . Sepatutnya tumpuan patut diberikan kawasan yang dimenangi BN majoriti tipis pada pilihanraya ke-12. Penulis pula berpendapat hal pilihanraya adalah hal yang subjektif , elemen2 kejutan akan sentiasa wujud.  Apa yang dilakukan oleh Najib untuk pengundi-pengundi bandar boleh disifatkan sebagai 'asid test' , iaitu cubaan untuk melihat respon . Perlu ada 'ujikaji' untuk langkah2 seterusnya. Tak perlu lah terus menghentam Najib tanpa memikirkan rasional di sebalik tindakan beliau itu .

Kenapa penulis bangkitkan soal rasional pula sedangkan sebelum PRU-13 lagi telah ada  pandangan samada dari rakan2 bloggers/facebooker atau ahli politik bahawa pengundi-pengundi Cina di bandar2 majoritinya telah 'swing' kepada PR jadi tindakan PM memberi perhatian kepada mereka ini hanyalah membuang masa ? Jawapannya berbalik kepada pendahuluan artikel ini iaitu dalam menuju negara maju , bandar-bandar baru sentiasa akan bertumbuh , kawasan yang dahulunya kampung akan berubah menjadi bandar , dan selari dengan pembangunan ini elemen2 media internet yang penulis nyatakan sebelum ini akan 'mengambil-alih' peranan media konvesional yang digunakan oleh penduduk kawasan kampung yang berubah menjadi bandar tadi . Apabila 'pembandaran' berlaku dengan kewujudan pelbagai industri hasil dari pelaburan asing yang dibawa masuk , akan berlaku proses penghijrahan. Pelbagai perniagaan akan dibuka, perumahan-perumahan baru didirikan, dan proses ini akan berterusan dan akhirnya kita akan mempunyai sebuah lagi bandar yang mempunyai 'corak' serupa dengan bandar2 yang pernah wujud sebelum ini.

Jadi apabila Malaysia mencapai status negara maju di mana terdapat banyak bandar2 berselerak di negara ini adakah BN akan 'bungkus' disebabkan mentaliti pengundi bandar sokong PR dan pengundi kampung sokong BN ? Adakah BN hanya relevan untuk pengundi-pengundi di kawasan kampung sahaja ? Oleh yang demikian , penulis berpendapat tindakan Najib memberi tumpuan pada pengundi-pengundi bandar boleh jadi satu 'acid test' untuk beliau rangka tindakan seterusnya . Apa pilihan yang kita ada selain dari mengurangkan 'impak' yang terhasil dan pelajari sesuatu darinya . Najib mungkin boleh bersikap 'ekstrim' dengan tidak mempedulikan pengundi-pengundi bandar sebelum PRU-13 berlangsung, tetapi hasilnya mungkin lebih teruk daripada apa yang dihadapi sekarang. Mungkin hasil daripada 'ujikaji' yang dilakukan itu menunjukkana tidak semua pengundi bandar dapat di 'dekati' menggunakan kaedah yang sedia ada .

Mungkin satu kaedah lain yang dikatakan bukan 'BN stereotype' perlu difikirkan bagi mendekati pengundi-pengundi bandar ini . Mungkin lebih banyak pemimpin2 muda BN yang ada resepi tersendiri seperti KJ , Abd. Rahman Dahlan (MP Kota Belud) , P. Kamalanthan dan David Yim Boon Leong (ahli MCA Bayan Baru yg 'degil' ) patut diberi perhatian dan peluang untuk 'brainstorm' idea-idea baru dalam mendekati pengundi2 bandar . Zaman dah berubah , teknologi dah berubah dan pemikiran rakyat juga dah berubah . 'Old timers' cum 'strategist' dalam BN mungkin tidak nampak apa yang golongan muda ini nampak . Jurang antara pemimpin dan rakyat harus di dekatkan mungkin hingga pada satu tahap dalam keadaan santai / tak formal rakyat boleh melepak minum kopi dan tengok bola dengan pemimpin (of course la u have to be sincere, kalau berlakon memang clearly look so fake lah)  .

Najib dah buat , ada segelintir pemimpin2 lain pun dah buat . Yang lain2 tu macam mana ? Ohh ya , don't compare Najib and Pak Lah .. and please lah UMNOrianss...don't even think about ask Najib to step down. Ekonomi semua mantap, harga minyak tak naik , dapat BRIM , TR1M , voucher buku dan macam2 lagi. Takkan asal tak dapat 2/3 je komplen ?? Tengok transformasi ekonomi dan perkara2 lain seperti pembangunkan negara, kemasukan pelabur asing dan peningkatan taraf hidup rakyat semasa di Najib pegang jawatan PM . Jangan jadi bodoh sebab dia tak dapat 2/3 majoriti undi parlimen terus minta turun ganti orang lain .

2 comments:

itulah dulu TUN M gila sgt nk transform semua bnda jd maju..kg2 yg jd benteng Melayu pun nk tukar jd bandar. Bila istilah bandar Cina Harbi dan Melayu lupa diri akan duduksitu.. so undi siape rugi?

Sepatutnya kg2 Melayu dikekalkan..di majukan kg2 secara acuan kg.. xperlu hutan batu kan kg semata2 nk kaut untung maju. Ini zaman Mahathir punya konsep.. habis kg2 melyu roska di kl.. so skrg ni cash pay back..

harap2 PM Najib sedar hal ini.

dn hati2 juga skrg ada gerakan utk jatuhkan Najib, bermula dr blogger2 pro UMNO. pelik kenapa tiba2 Najib disalahkan sdgkn mungkin UMNO BN dh tumbng teruk jika Najib xkejr sungguh buat mcm2 insentif rakyat. UTC, BR1M, KR1M, baucher2 mcm2, kekang harga tol naik, minyak xnaik, IM4U, ya Allah kenapa ada yg buta kayu dr UMNO utk musnahkan sokongan rakyat pd Najib??

hati2 dgn perang baru dr kalangan blogger UMNO yg cuba nk jatuhkan Najib..mgkin konspirasi Anwar yg menyelinap masuk dlm jentera?

SUPPORT PM!

BCL!!

Kira2 senang sahaja, jika suara melayu jalan tidak kedengaran oleh bangsawan UMNO di atas maka lebih ramai lagi melayu yang cerdik pandai akan kecewa. Jika mengharap media sahaja tanpa aktivis menanam semangat kemalayuan serta membetul fakta terhadap fitnah maka PRU 14 akan mengalami kerugian bagi orang melayu. UMNO harus telus dalam saluran dari akar umbi ke pihak pemimpin atau tidak maka pemimpin akan dianggap golongan monopoli kuasa. Tiada guna ada ketua bahagian dan cawangan. Latihan aktivis UMNO adalah wajib. UMNO sendiri harus ubah ikut selera melayu beebagai peringkat, soalan paling penting kenapa ramai melayu bandar kecewa dengan UMNO?

Pemimpin harus ada rekod bersih tanpa ragu ragu oleh pengikut, anak2 & isteri harus dan wajib memikul tanggungjawab menjaga nama baik suami/pemimpin. Isteei Tun Mahathir contoh terbaik, tiada cacat tiada cela dikalangan peniaga melayu.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu