Saturday, May 4, 2013

NIK NAZMI TAK LAYAK JADI ADUN SERI SETIA SEBAB DIA "TIDAK TAHU" MASALAH RAKYAT

Tentu ramai masih ingat bagaimana Nik Nazmi mempromosikan diri beliau semasa Pilihanraya Umum -12 , tahun 2008 yang lepas , Youtube digunakan sebagai salah satu bahan kempen . Video kempen itu menunjukkan Nik Nazmi menabur pelbagai janji sekiranya beliau dipilih menjadi wakil rakyat DUN Seri Setia . Beliau cuba menonjolkan diri sebagai pembela rakyat di DUN Seri Setia . Apa yang diharapkan Nik Nazmi menjadi kenyataan apabila beliau menang di DUN Seri Setia semasa PRU-12, dan bonus untuk beliau apabila Pakatan berjaya mengambil alih pentadbiran kerajaan Selangor.  Malangnya , apabila mula memegang jawatan , Nik Nazmi dilihat gagal menunaikan sepenuhnya janji2 beliau untuk membela rakyat terutama di DUN Seri Setia . Beberapa isu seperti padang PKNS , kuil hindu Batu 3 yang dirobohkan dan terbaru mesyuarat sulit untuk merobohkan jambatan besi yang menghubungkan Kampung Medan dan Kampung Lindungan.



Semasa isu padang Kelana Jaya ditimbulkan , penduduk berhampiran kawasan padang membantah sekerasnya plan pembangunan itu. Satu forum telah diadakan dan dipengerusikan oleh Nik Nazmi, Nik Nazmi terperangkap atas peranan beliau sebagai seorang wakil rakyat tetapi pada masa yang sama merupakan ahli DUN Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor. Apa yang berlaku adalah pertikaian di antara PKNS dan penduduk, Menteri Besar mempunyai kuasa untuk mengarahkan PKNS membatalkan pembangunan ini . Tetapi apa yang berlaku ialah seperti permainan tarik tali . Semasa forum berlangsung Nik Nazmi dilihat cuba bersikap neutral dan pada masa dilihat agak 'berat' menyokong pemaju hingga salah seorang penduduk menempelak samada beliau benar2 mewakili suara rakyat atau suara pemaju ?

Mungkin sedar dengan kemarahan penduduk sekitar, Nik Nazmi menjadi sedikit tegas terhadap "boss" 2 beliau iaitu Khalid Ibrahim (MB Selangor) dan Azmin Ali (PKNS) , samada beliau benar-benar mewakili rakyat atau itu hanyalah sandiwara beliau dan "bos2" nya harus difikirkan . Jelas disini Nik Nazmi tak konsisten dengan pendirian beliau dalam isu pandang PKNS Kelana Jaya , setelah melihat kemarahan penduduk baru lah beliau terhegeh-hegeh bersama-sama penduduk . Malah Nik Nazmi juga dilihat tidak fokus dalam isu padang Kelana Jaya apabila memberikan jawapan "TIDAK TAHU" berkenaan pertukaran status padang Kelana Jaya dan bersikap 'self defense' , walhal beliau  sepatutnya membuat kaji selidik atas kapasiti sebagai seorang wakil rakyat , dan bukannya membiarkan penduduk membuat kaji selidik sendiri.



Perkataan "TIDAK TAHU" sekali lagi terpacul dari mulut Nik Nazmi apabila soal perobohan kuil hindu di Batu 3 , Shah Alam. Apabila ditanya oleh wakil kuil , Nik Nazmi sekali lagi bersikap 'self defense' dengan mendakwa beliau tidak tahu tindakan sedemikian  dilakukan oleh PBT . Kalau begini lah respon seorang wakil rakyat , maka sekiranya mana2 surau atau kuil perlu dirobohkan maka PBT , wakil rakyat dan ahli majlis hanya perlu berpakat sesama sendiri. Buat dulu tindakan merobohkan , selepas tu pura2 datang melawat tempat dan buat muka simpati sambil mendakwa diri tak tahu tindakan merobohkan itu akan diambil . Seriously ... jadi selama ni hang makan gaji buta ja ka ?


Namun tuhan itu maha besar , 'drama' "TIDAK TAHU" Nik Nazmi akhirnya terbongkar apabila satu video diletakkan dalam Youtube menunjukkan perbincangan Nik Nazmi bersama2 wakil NPE dan beberapa orang lagi untuk merobohkan jambatan besi sementara yang menghubungkan Kampung Medan dan Kampung Lindungan.  Jelas kedengaran dalam video , Nik Nazmi memberitahu kepada mereka yang hadir iaitu "PENDUDUK TIDAK PERLU TAHU" , maksudnya sekiranya mereka nak robohkan jambatan , roboh je tanpa perlu minta pendapat penduduk . Mungkin ini lah yang berlaku apabila kuil di Batu 3 Shah Alam berlaku , iaitu .. mereka tidak perlu tahu... . Roboh dulu dan kemudian minta maaf sambil buat-buat muka "innocent" , penduduk nak bantai .. sila bantai PBT , bukan bantai wakil rakyat.. sebab wakil rakyat katanya .. "TIDAK TAHU" .

Oleh itu , diharapkan pengundi2 di DUN Seri Setia tidak lagi buat kesilapan dengan memilih ADUN "TIDAK TAHU" ini , Nak jadi ADUN kena tahu serba serbi , jadi ADUN kena ambil tahu hal rakyat , bukan sibuk buat fitnah terhadap kepimpinan tertinggi negara . Jadi elakkan diri dari memilih calon yang "TIDAK TAHU" dan bertelingkah dengan "boss" sendiri kononnya untuk jaga kepentingan rakyat . Walhal orang semua dah nampak itu semua drama antara Nik Nazmi dan boss dia aja . Pilih calon yang mana sama2 membela rakyat dengan boss (Menteri Besar) . Wakil rakyat prihatin , boss prihatin , rakyat jugak yang untung . Macam Najib cakap semalam dalam satu program di Puchong , jangan biar ular patuk kita 2 kali .


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu