Sunday, May 5, 2013

Mykad Bangla dibeli dari sindiket2 haram dan bukannya diberi Jabatan Pendaftaran Negara

Tuduhan yang dibuat oleh cyberterompah pembangkan mengenai warga asing yang mempunyai kad pengenalan telah di sangkal oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) . Fitnah murahan ini memang kerap kali di mainkan mereka , dan kerap kali juga lah JPN buat penafian . Malangnya puak2 ini tak makan saman dan konsisten dengan pendirian mereka. Hanya berbekalkan beberapa salinan kad pengenalan yang tidak dapat di pastikan ketulenannya , puak2 cyber terompah ini terus menggunakan media maya bagi menimbulkan keraguan rakyat terhadap kredibiliti JPN . Rakyat yang bijak tidak akan terus membuat 'conclusion' sebaliknya akan menyiasat perkara ini dengan lebih mendalam .


Kalau dilihat dalam kes-kes yang lepas , memang terdapat banyak sindiket pemalsuan kad pengenalan untuk digunakan warga asing . Kad-kad pengenalan ini memang sebijik macam kad pengenalan warga Malaysia , kalau dilihat dari luaran lah , tetapi polis ada cara untuk mengetahui samada kad itu palsu atau tidak . Sebab itu lah dinamakan kad pengenalan bermutu tinggi . Kalau nak buat tuduhan , mereka perlu ambil satu kad pengenalan dari 'bangla' yang dikatakan ada kad pengenalan itu dan polis akan mengesahkan kesahihannya. Ini tidak , terus saja "jump to conclusion" mengatakan kerajaan beri kad pengenalan kepada banglass.




"PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri berteknologi tinggi selepas menahan dua lelaki warga Myanmar di sebuah kondominium mewah di ibu negara, semalam.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Imigresen, Mohd Zamberi Abdul Aziz berkata, kegiatan sindiket itu, yang memiliki kepakaran memproses pelbagai dokumen pengenalan diri dalam masa kurang 10 minit, berjaya ditumpaskan dalam satu serbuan pada pukul 1.30 tengah hari Isnin hasil intipan yang dilakukan kira-kira dua bulan lepas.

Beliau berkata, antara dokumen pengenalan diri yang dirampas ialah MyKad, pasport Malaysia, kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan lesen memandu.

"Dua suspek termasuk seorang yang masih bebas dikatakan menjalani kehidupan mewah kerana mampu mengaut untung melebihi RM30,000 sebulan atau RM36,000 hasil jualan pasport Malaysia yang dijual dengan harga RM18,000 setiap satu.

"Mereka turut memalsukan pasport negara lain yang dijual pada harga RM250 satu, visa Malaysia (RM500 setiap satu), Mykad (RM300 setiap satu) manakala kad UNHCR pula dijual pada harga RM30 setiap satu," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Mohd Zamberi berkata, pihaknya turut menemui 10 pasport Malaysia, 57 pasport Myanmar, 21 (Bangladesh), enam (Indonesia), dua (Thailand) dan satu (India) serta 30 MyKad asli dan palsu, dalam serbuan itu.

Beliau menambah, 93 cop Imigresen Malaysia dan Imigresen Myanmar palsu, 20 keping pelekat visa Malaysia palsu, 61 keping kad UNHCR dan pas lawatan kerja sementara (PLKS) turut ditemui dalam serbuan itu.

Selain itu, katanya Imigresen juga telah menemui peralatan memproses dokumen pengenalan diri seperti kertas pelekat keselamatan, mesin pencetak, komputer dan empat telefon bimbit dipercayai milik suspek.

Mohd Zamberi berkata, kedua-dua lelaki yang berumur sekitar 30-an itu kini ditahan di lokap Jabatan Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 12(1)(f) Pasport 1966 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007."


Kad pengenalan palsu ini menggunakan identiti warganegara yang mempunyai kad pengenalan sebenar . Apa yang dilakukan ialah menggunakan teknik komputer untuk mengubah wajah dalam kad pengenalan palsu kepada muka si pembeli iaitu si banglass.. Jadi tak hairan lah kalau dimasukkan dalam laman web SPR , no IC kad pengenalan yang kononnya milik si bangla tadi akan keluar segala maklumat pengundian . Walhal bukan bangla itu yang didaftar untuk mengundi , tetapi pemilik kad pengenalan sebenar yang didaftar mengundi . Takkan lah pecacai susah nak fikir dengan hal yang sangat mudah ni ??? Bukan saja kad pengenalan malah passport palsu pun ramai dah buat .



Satu ketika dulu ISA digunakan untuk membenteras sindiket memalsukan dokumen seperti kad pengenalan dan passport. Berita ini dikeluarkan sendiri oleh portal pujaan puak2 pembangkang iaitu Malaysiakini pada tahun 2001 , tapi mungkin dah terlalu lama diaorang lupa . Sekarang ni ISA dah tak ada , jadi modus operandi untuk membenteras sindiket memalsukan dokumen2 ini mungkin menjadi lebih sukar , maka tak hairanlah kad pengenalan palsu banyak digunakan oleh warga2 asing . Jadi kita mesti ingat , kerajaan dah berusaha sejak lama dahulu untuk benteras sindiket pemalsuan kad pengenalan melalui ISA , yang merosakkan usaha2 ini ialah pecacai2 PR sendiri. Lahanat sungguh.

4 comments:

This is the cheap trick that my friends keep sharing it on the facebook,I really hope they open their eyes that their beloved party is full of shit and very cunning.

Persoalan?... Kalau betul2 diaorang beli IC.. Takkan diaorang berminat mengundi dan cari fasal... ^_^

Boleh Explain tak ?

Setakat ni bangla,nepal atau vietnam mana yang kantoi sbb mengundi? Tolong bagi statistik? Satu lagi, puak pakatan pun boleh upah bangla2 yang ada fake ic ni utk pangkah depa, lepas tu depa buat havoc kata ada pengundi hantu dan tunding jari kat BN ,lepas tu ada ler alasan nak merusuh...akai pecacai mudah dibaca

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Rakyat Malaysia.

PR tidak perlu & tidak akan menyuruh warga asing mengundi, kerana tiada Rakyat Malaysia sanggup menjadi PENGKHIANAT NEGARA SENDIRI ataupun MENUBUHKAN KERAJAAN HARAM! Rakyat akan sokong kebenaran & sanggup berjuang untuk negara dan tidak mengira bangsa!
Jangan jadi katak bawang tempurung!

Kalau sindiket yang jual, dari mana sindiket dapat?? Dari negara luar ka? Atau dari pasar malam ka?

Bagaimana pengundi hantu boleh lari mengundi dari tempat ke tempat bila di kejar & siapa jadi pangkalan data mereka?? Bagaimana pegawai SPR boleh membawa berbeg-beg kertas undi berjalan seorang diri dalam gelap sedangkan undang-undang tidak membenarkannya.

Terlepas di dunia, tak semestinya selamat di alam barzah & akhirat! Renung-renungkanlah secara matang sebagai Rakyat Malaysia untuk Rakyat Malaysia!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu