Sunday, May 26, 2013

Masa untuk Pantau Penjawat Awam dan Pegawai2 Tinggi GLC yang 'Bermasalah'

Salah seorang rakan penulis baru-baru ini mempersoalkan lantikan beberapa individu yang menjawat jawatan tinggi dalam beberapa institusi kerajaan termasuklah di beberapa GLC gergasi sedangkan mereka ini cenderung menyokong pembangkang . Penulis percaya apa yang dinyatakan oleh rakan itu adalah secara am saja namun ada kebenarannya. Kita sedar banyak 'duri dalam daging' yang berada dalam institusi2 kerajaan dan mereka ini lah yang menjadi 'mata' kepada pemimpin-pemimpin PR dalam menyalurkan segala maklumat-maklumat sulit. 



Ada di antara penjawat-penjawat awam ini secara terang mengaku mereka menyokong PR dan terlibat dalam segala perhimpunan2 haram yang dianjurkan, malangnya golongan-golongan sebegini terlepas dari tindakan undang-undang dan dibiarkan bermaharajalela dalam institusi kerajaan, mungkin ada yang dikenakan tindakan undang-undang namun bilangannya agak kecil. Golongan-golongan seperti ini lah yang biasanya menghasut pegawai-pegawai yang lain untuk membenci kerajaan . Sekiranya golongan ini terdiri daripada mereka yang berjawatan tinggi, maka lebih besar impak yang ditinggalkan . 

Salah satu golongan penjawat awam yang boleh meninggalkan impak besar dalam kempen memburukkan kerajaan ialah golongan pendidik . Sebagai penjawat awam, mereka seharusnya tidak menunjukkan kecenderungan dalam memilih mana-mana parti politik, apatah lagi 'berkempen' di dalam bilik kuliah dan kelas memburuk-burukkan kerajaan yang memerintah. Bayangkan  pemikiran yang dibentuk kepada pelajar-pelajar yang di hasut oleh golongan pendidik 'politik' ini . Jesteru bagi mengelakkan perkara ini berlaku, golongan pendidik dan cikgu-cikgu 'politik' ini seharusnya di pantau.  Bukan bertujuan menyekat hak asasi mereka untuk menyokong 'ideologi'  politik dari kumpulan2 tertentu , tetapi adalah lebih elok masa yang digunakan untuk menghasut dalam waktu mengajar itu digunakan untuk skop tugas sebenar pendidik itu sendiri. 

Ramai golongan ini juga turut wujud dalam organisasi2 besar milik kerajaan, paling nyata yang berada dalam  Petronas . Tidak dinafikan , mereka yang dipilih untuk memegang jawatan ini adalah berdasarkan kepakaran dan pengalaman . Namun adalah wajar mereka ini tidak menunjukkan sokongan secara terbuka kepada parti yang di sokong kerana jelas bertentangan dengan professionalisme jawatan yang dipegang. Sebagai contoh, bayangkan seorang pegawai tinggi Petronas dilihat menghadiri perhimpunan haram yang dianjurkan pembangkang , bukankah itu akan membentuk satu persepsi yang buruk terhadap GLC milik kerajaan itu. Tidak lah penulis tahu samada hal ini pernah berlaku, tetapi elok lah pegawai2 tinggi GLC yang dikategorikan sebagai ekstrim ini dipantau. Bagaimana aspirasi kerajaan boleh dipenuhi sekiranya 'jentera'2 dalam merealisasikan aspirasi itu pun bermasalah ?

5 comments:

saudara bagaimana pula kalau golongan pendidik yang dalam kelas terus berkempen untuk kerajaan ,adakah itu dibenarkan juga.

Sila ambil tindakan..memang terdapat kes macam ni kat sekolah2..saya juga pendidik.Sebagai pendidik, kita tidak wajar berkempen kepada pelajar..ini bukan masanya dan tidak kena tempat.Generasi muda tidak sepatutnya diasak dengan politik kotor terutama politik berhaluan kiri.Banteras segera wahai KPM.Jangan KPM pula yang talam dua muka.....Saya rasa kalau PR dapat perintah..dah lama depa ambil tindakan tatatertib terhadap penyokong kerajaan .Mandat dah diberi...kuatkuasakan undang2 negara ...demi Malaysia ,Islam dan Melayu tercinta..Allahuakbar..Amin

kakitangan kerajaan yang berkempen untuk kerajaan dan berkempen untuk parti kerajaan adalah dua perkara yang berbeza , apabila berkempen untuk kerajaan , kakitangan kerajaan itu menyokong dasar2 yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi memantapkan institusi di mana kakitangan itu bekerja , contohnya program yang dianjurkan kerajaan seperti Hari Belia Negara .. kakitangan awam yang terlibat diatas kapasiti beliau sebagai kakitangan kerajaan seharusnya menyokong kempen Hari Belia Negara itu sebab dianjurkan oleh kerajaan bukannya parti politik Barisan Nasional.

kalau dah kerja dengan majikan mesti la menyokong kerajaan....buat apa bayar gaji kalau X sokong....kerja pun jadi X ikhlas..X buat kerja sungguh2...sambil lewa aje...org macam ni lah yg membuatkan rakyat semakin X suka ngan kerajaan..kalau X suka pi cari kerja lain...

Penjawat awam yang berketurunan haram jadah ada beberapa kerat saja dalam perkhidmatan. mereka inilah yang membuat orang awam pandang serong serta tak yakin dengan kakitangan awam. contohnya, seorang TPR boleh adakan sesuatu kes kalau nak naik pangkat. bahkan system kehakiman juga mungkin tak terkecuali. Aku memang penyokong kuat kerajaan BN. Cuma sekarang baru aku tahu kenapa majlis peguam selalu mengkritik mutu kehakiman dalam Negara dan kenapa orang awam membenci kerajaan BN. Jawapannya secara umum adalah, cara dan mutu kerja sesetengah penjawat awam lah yang menyebabkan rakyat benci kepada BN, bahkan mereka inilah yang menikam belakang dan menggunting dalam lipatan. Kalau tak percaya, cuba hadir dalam ssesuatu kes atau perbicaraan dalam mahkamah. anda boleh nilai sendiri keangkuhan dan kesombongan kakitangan awam terutamanya bangsa melayu. Dan hari ini juga baru aku tahu kenapa sestengah orang awam juga benci kepada polis, perkara kecil aje, tetapi cukup kurang ajar.
Kita selalu baca dalam laporan Akbar tentang kes-kes yang melibatkan orang awam, tetapi apabila kena pada kita atau keluarga kita dan selidik sebab menusabab nya, baru lah kita dapat nilai, siapa sebenarnya yang merosakkan persepsi kepada BN. Meskipun jika ditakdirkan kerajaan bertukar, tabiat dan kes yang sama pasti berulang kerana penjawat awam yang sama juga yang akan buat kerja samada betul atau tak betul. Kurangkan penjawat awam sediada atau menggantikan semua penjawat awam yang sediada adalah suatu langkah yang sebaik-baiknya, terutamanya yang berpangkat tinggi.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu