Wednesday, May 22, 2013

Lagi Kematian Tahanan Lokap, Peluang Keemasan Peguam PKayR, N Serendran 'menghasut' Rakyat Bencikan Polis ?

Lagi usaha untuk memburukkan kredibiliti anggota polis yang bertarung nyawa untuk mempertahankan negara, mengekalkan keamanan negara daripada samseng samseng, perompak, perogol dan yang sewaktu dengannya. Geng-geng PR cuba memainkan sentimen orang India lagi apabila membangkitkan soal kematian seorang tahanan berbangsa India.

Antara ayat yang di hi lite oleh portal penghasut Malaysiakini ialah telinga mendiang N Dharmendran di kokot dan besi kokot masih tinggal. Percayalah mereka akan memainkan isu ni selama bertahun tahun, sama seperti kes Kugan cerita ni akan di ulang ulang bagi menunjukkan betapa 'jahat' nya polis di Malaysia.

Penghasut yang membawa cerita ini tak lain tak bukan ialah peguam N Surendran, kalau dulu dia memfitnah kononnya ratusan ribu orang India tidak ada kad pengenalan (yang kemudiannya kantoi), kali ini dia cuba bermain lagi dengan sentimen kaum dan seolah-olah cuba menjatuhkan imej polis.

Walau bagaimanapun, kita juga ingin tahu atas kesalahan apa N Dharmendran di tahan? Adakah disebabkan perbuatan jenayah seperti merompak, mencuri, merogol ? Dan adakah beliau bertindak ganas dan mencederakan orang awam atau anggota polis yang menjalankan tugas ? Cuba bayangkan kejadian seorang anggota polis cedera parah dilanggar penjenayah dan kemudiannya penjenayah itu ditahan. Adakah penjenayah yang ditahan itu akan dilayan dengan baik dalam penjara.

Mereka menggunakan modal yang sama iaitu orang yang didakwa tak bersalah sebelum dijatuh hukuman oleh hakim, mereka ini hanya dianggap orang yang disyaki saja. Jadi penjenayah yang ditahan kerana melanggar polis tadi juga boleh dianggap sbg orang disyaki sebab tak dijatuhkan hukuman. Bayangkan seorang perogol yang ditangkap orang ramai ketika merogol apabila duduk dalam lokap hanya dilabel sebagai orang disyaki?

Diperingkat ini lah masyarakat cuba dikelirukan oleh pejuang2 bangsat hak asasi manusia. Perlu kita ingat, polis juga manusia, mereka ada tahap kesabaran sendiri. Mereka yang tak bekerjasama, tak nak mengaku salah atas kesalahan yang benar2 kantoi didepan mata, adakah polis2 ini masih boleh bersabar.

Bukan lah kita nak mem'promote' keganasan melampau semasa sesi soal jawab dengan penjenayah, tetapi kalau jenis penjenayah yang dah tentu salah (caught red handed)melakukan kesalahan contohnya bunuh dan rogol tapi masih mau mengelak,takkah mmg patut diberi penerajang barang sedas dua.

Polis ada kaedah mereka tersendiri, dikhuatiri penjenayah akan makin besar kepala dan polis menjadi lesu dengan campurtangan dan publisitin meluas peguam2 celaka ini. Ada beberapa orang di kalangan rakan penulis pernah ditahan tetapi tidak lah menerima nasib seperti mendiang.

Memang wujud istilah raging bila berada dalam tahanan untuk kesalahan2 kecil...tetapi untuk kesalahan besar, adakah pembunuh, perompak dan perogol ini juga perlu di raging macam budak2. Tentu kita masih ingat beberapa pengganas Sulu yang ditahan dibelasah secukupnya oleh polis, motifnya pengganas tu dah membunuh dan mencederakan beberapa rakan polis yang lain.

Rakyat Malaysia yang melihat kejadian ini bertepuk tangan , puas dengan tindakan polis membelasah pengganas2 yang ditangkap. Tetapi apabila situasi yang sama berlaku apabila beberapa penjenayah merbahaya mencederakan polis ditahan dan dibelasah, maka macam suara akan timbul. Hipokrit kah kita?
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu