Tuesday, May 14, 2013

Kempen 'boikot' mampu kembalikan sokongan rakyat ?

Tajuk artikel NGO Melayu desak supaya boikot perniagaan dimiliki Cina dalam portal fitnah Malaysiakini benar2 menarik perhatian penulis. Secara peribadi penulis tidak bersetuju dengan saranan NGO itu, bukan lah bermaksud tak mementingkan bangsa, tetapi tindakan sebegini seolah olah seperti marahkan nyamuk kelambu di bakar.

Kita meminta pemimpin dan penyokong Pakatan untuk menerima kekalahan dan kegagalan mereka untuk membentuk kerajaan, tetapi kita juga seharusnya menerima peralihan sokongan Cina terhadap PR. Tindakan 'boikot' dilihat terlalu ekstrim seolah-olah mahu menghukum semua orang Cina.

Perlu diingat, ada juga ramai kaum Cina yang bertungkus lumus membantu BN dalam pilihanraya, kita hargai peranan mereka dan tindakan sebegini hanya akan menjauhkan lagi kaum Cina dari parti BN. Mereka yang dahulunya menyokong akan mula menjauhkan diri. Keputusan PRU-13 dah membuktikan tanpa sokongan majoriti kaum Cina dan sebilangan kecil kaum Melayu dan India , BN masih mampu membentuk kerajaan.

Jadi mungkin kita tertanya mengapa harus kita 'belai2' mereka utk dapatkan sokongan politik ? Penulis berpendapat kita tak perlu 'belai' atau beri apa saja 'gula2' untuk mengambil hati golongan ini . Apa yang lebih utama , kerajaan BN yang ada sekarang perlu memacu perkembangan ekonomi negara dan buktikan ketelusan kerana ini lah yang cuba ditanam dalam pemikiran rakyat iaitu BN adalah parti korup dan rasuah.

Dengan itu transperency haruslah menjadi agenda utama dalam kerajaan yang baru dibentuk ini. Memang benar kerajaan BN selama ini berusaha menjadi lebih telus dgn mentransformasi badan pencegahan rasuah, namun malangnya kredibiliti badan pencegahan rasuah itu sendiri dipersoalkan, SPRM dihentam teruk berikutan kematian 2 tahanan siasatan . Mungkin kerana tekanan2 ini fungsi SPRM dilihat longgar, malah di media maya sendiri beberapa blogger pro BN mempersoalkan kredibiliti SPRM kerana tidak menyiasat pemimpin pembangkang yang dikaitkan dgn rasuah.

Berbalik pada soal boikit perniagaan dimiliki Cina tadi, sekiranya kempen boikot ini benar-benar berjalan, maka bukan kah mana2 pekerja berbangsa Melayu yang bekerja di syarikat2 di miliki orang Cina perlu berhenti kerja. Bentuk hubungan antara pekerja dan boss juga adalah satu perniagaan, boss adalah client bagi pekerjanya yang memberi khidmat. Jadi berapa ramai daripada ahli2 NGO yang menggesa supaya memboikot perniagaan Cina itu bekerja dengan syarikat2 Cina ?

Soal boikot ialah sesuatu yang amat subjektif dan kompleks kerana ia akan melibatkan banyak perkara kerana masing2 berkait antara satu sama lain. Misalnya kempen memboikot produk dari Israel , tahukah anda sesetengah komponen yang diguna dalam komputer juga adalah rekabentuk Israel. Dan sekiranya (contoh saja), kapal terbang mula2 direka bentuk oleh orang Israel dan bukan Wright bersaudara, adakah kita tak perlu naik kapal terbang atas alasan 'boikot' ?

Hak memboikot adalah hak individu, masing-masing mempunyai alasan tersendiri dalam mempertahankan tindakan mereka.Cuma setiap tindakan,pasti akan ada tindak balas dan perkara ini akan berterusan dan hanya akan merugikan pembangunan dalam negara. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan pandangan penulis , but why don't just we agree to disagree ?
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

7 comments:

actually bukan boikot brg cina,utamakn produk islam beli barang kafir kemudian.x kan la penulis x nak support barang muslim kan lebih afdal dapat pahala lagi

utamakan barangan orang Islam dahulu drpd beli dengan kaum cina ..

lagi pun itu adalah sebahagian jihad ekonomi Islam .

Betul kena utamakan barang keluaran orang Islam berbanding barang2 lain , dan ini sememangnya dilakukan dari dulu lagi , cuma terasa pelik tiba2 soal ini timbul selari dengan kempen 'boikot' . Apa pun ... ini mungkin sekadar ingatan ikhlas.. kebetulan baru lepas pilihanraya pulak .

Kerana selepas pru 13 baru betul -betul tersingkap dan terselak perangai sebenar orang cina.Dulu-dulu dah ada boikot ni tapi taklah kuat kerana mash fikirkan akan keharmonian bersama.Tapi jgn lah saudara bimbang kerana boikot ini hanyalah melibatkan barangan yg orang Melayu boleh haslkan sendiri.Kalau tidak dibuat berdikit -dikit , sampai bila nak mengharapkan produk2 orang bukan Islam.Terlanjur dah ......perkara terbentang ddepan mata berlaku ,maka eloklah dteruskan saja agenda memperkasakan ekonom melayu.TAk gitu???

Orang Islam harus beli dari penjual orang Islam dulu
Sebab orang Islam bayar zakat.

betul lah tu.............bukan pekauman beb..tapi utamakan beli barang orang islam dulu. biar dia hidup. kalau tk support matilah perniagaan org islam. siapa lagi nk tolong sesama islam. Jangan jadi mcm org PAS.

Saya rasa kempen pertama yang perlu diusahakan ialah meminta semua melayu bumiputera dan india mengeluarkan wang simpanan dan menutup apa2 akaun di bank yang di punyai kaum cina!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu