Tuesday, May 28, 2013

Gagal kuasai bahasa kebangsaan punca Cina senang kena tipu ?

Pilihanraya ke-13 telah berlalu selama lebih kurang 3 minggu dengan kemenangan majoriti mudah Barisan Nasional. Dengan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh jentera2 Barisan Nasional, kemenangan dengan majoriti mudah ini ternyata mengecewakan ramai pihak. Najib sebagai Perdana Menteri telah menunjukkan prestasi yang sangat baik, segala jenis transformasi yang menguntungkan rakyat diperkenalkan.

Namun keputusan PRU-13 baru2 ini menunjukkan sebilangan rakyat masih tidak berpuas hati. Penulis sendiri berasa pelik semasa keputusan DUN dan Parlimen diumumkan terutama kawasan2 bandar dan majoriti pengundi kaum Cina, apa sebenarnya yang tidak kena ? Mungkin hal ini menyebabkan penulis Utusan menulis artikel kontroversi "Apa lagi yang Cina Mahu?"

Jelas terpancar kekecewaan di wajah pemimpin2 Barisan Nasional dengan "penghargaan" yang diberikan oleh hampir 90% pengundi Cina setelah pelbagai bantuan dan sokongan diberikan oleh kerajaan BN kepada komuniti berkenaan. Mana tidaknya, ada diantaranya menunjukkan wajah yang begitu manis sekali apabila menerima bantuan tetapi "mempersendakan" bantuan yang diterima. Tak perlulah diulas dengan lebih mendalam,nanti dikata rasis pula, tetapi bagi mereka yang biasa berurusan dengan mereka tentu faham maksud penulis.

Memang benar, mengundi adalah hak individu. Tak kiralah hatta mengundi calon yang mempunyai 'track record' yang buruk sekalipun. Itulah istimewanya demokrasi, Jatuh bangun sesebuah negara bergantung kepada kebijaksanaan rakyat menganalisa berita yang mereka terima samada benar atau fitnah. Malangnya keputusan PRU-13 menunjukkan golongan yang membentuk 'undi popular' gagal 'menapis' maklumat2 palsu yang dimomokkan kepada mereka. Dalam kes ini PR berjaya membentuk 'undi popular' disebabkan sokongan hampir 90% pengundi Cina.

Gelombang sokongan pengundi Cina kepada PR adalah disebabkan tiada tangkisan fitnah2 yang dilemparkan terhadap BN. Kita harus akui hakikat bahawa jentera cyber pro BN gagal menembusi komuniti cyber kaum Cina disebabkan limitasi bahasa. Kita memang mempunyai ramai jentera cyber pro BN, tetapi majoriti daripadanya adalah kaum Melayu. Di pihak PR pula mereka mempunyai jentera cyber terdiri daripada kaum Melayu dan "Red Bean Army" dari kalangan kaum Cina.

Keberkesanan jentera Cyber BN mempengaruhi kaum Melayu terbukti berkesan apabila kita berjaya menghentikan gelombang sokongan orang Melayu pada PR seperti yang mula dibentuk pada PRU-12 . Pada PRU-12 gelombang sokongan Melayu, Cina dan India terhadap PR bermula apabila media sosial dipergunakan sebaiknya oleh parti2 pembangkang.

Pada PRU-13,kebangkitan gelombang itu terbukti berjaya dikekang namun hanya terhad kepada kaum Melayu dan India saja. Ternyata medium 'bahasa melayu' yang digunakan gagal 'sampai' kepada pengguna2 media sosial berbangsa Cina, atau mereka mungkin gagal memahami maksud yang cuba disampaikan dalam bahasa melayu?

Pernah satu ketika dahulu, seorang pengguna media sosial berbangsa Cina mendakwa Tun Mahathir telah mengaku menyalahgunakan kuasa beliau apabila menangkap Anwar dan sumbat ke dalam penjara berdasarkan 'caption' Youtube Tun yang berada dalam sidang media. Pengguna media sosial berbangsa Cina itu sebenarnya gagal memahami 'sindiran' Tun dan menerima bulat2 apa yang diperkatakan. Jadi tak mustahil ramai yang menghadapi 'masalah' ini gagal memahami penjelasan yang cuba dibuat dalam bahasa melayu.

Penulis berpendapat, BN sebenarnya kekurangan jentera cyber berbangsa Cina, atau sekurang-kurangnya mereka yang mahir berbahasa Cina untuk membetulkan persepsi masyarakat itu setelah termakan dengan pelbagai fitnah yang ditabur pembangkang. Bezanya dengan kaum Melayu dan India (yang lebih minat mempelajari bahasa melayu) , segala tohmahan yang dilemparkan ditangkis dengan segera.

Namun bagi komuniti Cina pula setiap tohmahan gagal ditangkis disebabkan masalah pemahaman bahasa. Penulis pohon maaf, tetapi sebenarnya ia adalah hakikat tak ramai orang cina yang boleh berbahasa melayu dengan baik dan mampu 'blend' dengan kaum2 lain di negara ini. Jadi kesempatan ini digunakan oleh mereka yang berkepentingan politik untuk menghasut dan membuat fitnah.

Kita mungkin terlepas pandang perkara ini pada PRU-13, jadi untuk persediaan PRU-13 , sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah persepsi buruk masyarakat Cina terhadap BN. Parti komponen BN ,MCA atau Gerakan mungkin perlu merencanakan sesuatu dalam membendung fitnah2 di media sosial. Mungkin perlu dibentuk organisasi seperti Unit Media Baru MCA atau Gerakan ? Atau mungkin juga bekerjasama dengan NGO seperti Nadi Rakyat ? Sebagai sebuah negara majmuk kita tidak boleh menidakkan fakta bahawa kita memang memerlukan antara satu sama lain.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

2 comments:

Din aku titipkan kembali cerpen yang pernah aku tulis dan dengan sedikit penambahan ... aku berharap engaku siarkan ... dan aku amat berharap ada orang umno membacanya dan mengolah dengan cara yang lebih lunak dan bijak kemudian dibentang serta dibincangkan di dalam perhimpunan agung umno (PAU) ... tempat yang sesuai untuk menyedarkan najib ...
suatu hari ah jib jumpa dong zhuang. maka berlakulah perbualan.
dong zhuang : si u ah jib (dalam hati mampu u ah jib).
ah jib : see you to. you are so marvelous ... I like you. I love you. You are so kind.
dan dengan penuh teruja dan kasih sayang yang amat dipeluknya dong zhuang. sambil berulang-ulang berkata : "I love you ..."
sambil tersenyum gembira ah jib memandang muka dong zhuang. dan dong zhuang memandang ah jib dan membalas dengan senyum sinis dan mencebik dengan sekilas.
melihat senyuman dong zhuang itu ah jib merasa cukup gembira dan bangga. merasa seakan dunia dia yang punya. tidak ternampak pun cebikan dari dong zhuang. betapa gembiranya dia. dan dengan penuh ceria dia mengambil wang sejumlah RM 10,000.00 yang dibawanya dari rumah dan dengan penuh gembira diberinya ke pada dong zhuang. Duit itulah satu-satunya yang dia ada dan tiada berbaki lagi.
Ah jib bertanyanya kepada dong zhuang, "cukup tak ... er I yakin you tak cukup ... tak apa ..."
Ah Jib memandang kepada mamat disebelahnya dan berkata, "Mat RM berapa you ada".
Sahut Mamat, "kejap saya cuba tengok dalam dompet saya"
Mamat pun mengeluarkan dompet dari poket seluarnya. Setelah mengeluarkan semua wang dalam dompetnya termasuk duit syiling, duit lama zaman maharaja melaka ... dan mengira-ngira maka dapatlah jumlah semuanya RM 1,000.00. Mamat pun memberitahu Ah Jib jumlah wang yang dia ada.
Dengan pantas Ah Jib berkata, "Er ... itu tak cukup Mat ... apa lagi yang kita ada ..."
Ah Jib memandang keliling, dan dia ternampak sebuah kereta wak segan buruk yang dinaikinya tadi bersama Mamat.
"Hah itu pun dia ...", kata Ah Jib.
Dengan tersenyum gembira Ah Jib berkata kepada Dong Zuang, "Hem ... nih saya tambah RM 1,000.00 dan kereta ini hadiah persahabatan saya kepada kamu Dong Zuang.
Dong Zuang hanya tersenyum sinis memandang Ah Jib. Gembira tak terkata Ah Jib melihat senyuman Dong Zuang hatinya berdetuk-detap.
Ah Jib kemudiannya berpaling kepada Mamat, dan berkata, "Mat perjalanan kita masih jauh ... jom kita pergi ... "
Kemudiannya Ah Jib memandang mesra kepada Dong Zuang dan berkata, "Terima kasih kerana sudi menerima pemberian saya"
Ah Jib kemudiannya berkata kepada Mamat, "Hah Mat apa kita tunggu lagi jomlah"
Mamat pun berkata, "Kita mahu meneruskan perjalanan ini dengan apa, semua wang kita dah beri kepada dong zuang, kereta kita pun dah kita beri kepada dong zuang, yang kita tinggal hanya kudrat empat kerat dan kaki yang dah tak larat dan kita perlu wang untuk isi minyak dan untuk isi perut."
Ah Jib pun berkata kepada Mamat, "Ah ... itu small matter sahaja ... dong zuang kang ada kita buleh minta tolong dia"
Ah Jib pun memandang kepada dong zuang dan berkata, "tentu kamu buleh tolong saya ... kerana kamu saya kenal sebagai orang yang amat baik."
Dong zuang pun berkata, "Saya buleh tolong kamu ... tetapi jika wang yang kamu minta ... kamu kenalah bayar balik dan bunga untuk pinjaman tu saya tetapkan sebanyak 10% ... kereta yang saya ada tu saya buleh bagi sewa ... murah sahaja ... RM 100.00 sehari."
sambil menunjukkan kepada kereta Wak Segan yang baru diberi oleh Ah Jib tadi dan sambil mengambil wang yang baru dihulur oleh Ah Jib sebentar tadi.

Mat terkesima memandang Dong Zuang ....
Tetapi ah jib gor terus menerpa Dong Zuang dan memeluknya dengan penuh kasih-sayang dan berpaling kepada mat sambil berkata, "Mat inilah manusia yang bijaksana ... dia telah menggunakan modal yang kita berikan dengan penuh berkesan ... walaupun seinci kita tidak bergerak dari tempat perbincangan dan pertemuan ini dia telah membuat untung sebanyak 10% dan keuntungan harian ialah RM 100.00 terima kasih Dong Zuang ... terima kasih ... tuan telah memberi ilmu yang amat bernilai kepada hamba ... sekiranya ada lagi harta benda milik hamba ... akan hamba serahkan kepada tuan ... kerana tuan amat bijaksana orangnya ..."
mat terkedu memandan ah jib gor ...


...... faham maksud hamba .....

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu