Wednesday, May 22, 2013

Demo Adam Adli di USM Pulau Pinang dapat respon 'hangat'

Dari laporan Malaysiakini, satu perhimpunan bagi membantah penahanan Adam Adli bertukar menjadi kecoh di Pulau Pinang, apabila sekumpulan 30 orang berkumpul di depan USM membuat demonstrasi bantahan, walau bagaimanapun mereka yang membuat bantahan ini dikatakan di 'ganggu' oleh sekumpulan 10 orang yang menyuruh pendemo untuk berambus dari kawasan USM. Suasana katanya menjadi kecoh apabila berlaku pertembungan ini.

Pada penulis tak perlulah kumpulan yang nak tunjuk perasaan itu berkumpul di USM , berkumpul aja di mana2 lokasi milik kerajaan negeri Pulau Pinang contohnya di dewan Sri Pinang. Jangan kacau budak2 universiti yang nak belajar tu. Sebenarnya penulis nampak apa yang mereka cuba lakukan dengan berkumpul di depan pintu pagar universiti, tujuannya ialah untuk menggamit pelajar pelajar universiti yang keluar masuk pagar untuk menyertai mereka.

Kononnya nak tunjukkan pada masyarakat pelajar universiti membantah penahanan Adam Adli . Bagi penulis tindakan KDN untuk menahan Adam Adli memang tepat, malah perlu diperluaskan lagi kepada lain-lain kepala penghasut. Selagi tiada tindakan tegas selagi itu lah mereka akan besar kepala. Polis yang bertarung nyawa di Lahad Datu digelar 'anjing' oleh puak2 musibat ini. Jadi teruskan saja tindakan tanpa was was lagi .
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu