Thursday, May 16, 2013

Contoh mudah bagaimana 'cybertrooper' PR membentuk persepsi

Penulis kerap sekali meninggalkan komen2 pedas di portal media pro-pembangkang Malaysiakin, dan penulis sedar komen2 ini memang menyakitkan hati dan menjengkelkan hati sesetengah pembaca di laman itu. Kerana komen2 yang ditulis mempertahankan kerajaan dan memperlekehkan PR, maka kita digelar cybertrooper UMNO.

Tak kisah la, nak dilabelkan apa sekalipun cuma dapat diperhatikan cybertrooper mereka cukup cekap dalam memainkan perang psikologi menggunakan identiti orang lain dalam permainan persepsi mereka. Di atas adalah 2 screen capture yang diperoleh dari internet apabila ada pecacai cybertrooper PR memfitnah penulis. Identiti ditiru dan digunakan untuk membina satu persepsi. Malangnya, apa yang ditulis itu ramai pula yang percaya.

Ini lah masalah yang berlaku sekarang, orang ramai mudah mempercayai fitnah. Contoh yang berlaku pada diri penulis sendiri adalah contoh paling mudah. Tak salah rasanyaa kalau penulis katakan banyak lagi fitnah2 yang dibuat oleh golongan2 ini bagi mewujudkan persepsi buruk pada kerajaan BN . Sebenarnya di sebalik, penguasaan penyokong2 BN di ruang cyber dengan segala unit medianya, kita sebenarnya telah tewas dalam membentuk persepsi.

Buat rakan2 yang gemar menggunakan platform FB sebagai tempat untuk 'berperang' mempertahankan fakta, terutama di group2 dan page2 adakah kaedah ini berkesan ? Atau mungkin kita seharusnya menggunakan kaedah lain iaitu masuk ke portal2 pro-pembangkang dan meninggalkan komen atau berperang disitu ?Ini adalah penting bagi membetulkan persepsi pembaca yang tidak masak tentang selok belok politik .

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu