Wednesday, May 22, 2013

Bukan Nik Aziz & Anwar Ibrahim,Penggerak Arab Spring di Mesir tagih nasihat Tun Dr.Mahathir .

Melihat pada salah satu tajuk portal www.ikhwanweb.com mengenai Tun Dr. Mahathir yang menjadi salah seorang pemimpin dunia Islam yang diminta berucap dalam satu persidangan di Mesir benar-benar menimbulkan perasaan kagum penulis terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia ini.

Di sebalik pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dan gerakan2 memburukkan beliau di luar negara , 'aura' Dr.M di dunia Islam masih kuat bersinar. Malah persidangan yang dihadiri beliau di Mesir itu bukan sahaja mendapat tumpuan media Mesir malah seluruh dunia seolah-olah bersedia mendengar 'amanat' dari pemimpin lagenda ini.

Di sebalik pengiktirafan dunia Islam kepada Dr.M , dimana pengiktirafan mereka terhadap pemimpin hebat PAS yang kononnya 'berpengaruh' di dunia Arab , dan di mana pula Anwar Ibrahim yang kononnya pemimpin Islam hebat hinggakan Yusof Qardawi pun sanggup menulis surat panjang lebar menyatakan sokongan pada Anwar.

Mana kedudukan dua pemimpin PR ini di kalangan negara2 Islam . Apakah pengaruh mereka ini mampu mencapai 'standard' yang telah ditunjukkan oleh Dr.M ? Orang luar tengok Malaysia negara contoh, tetapi sesetengah pengkhianat kat Malaysia pula nak merosakkan kemakmuran yang kita ada sekarang.

Cuba bayangkan 'Arab Spring' yang digerakkan oleh Ikhwanul Muslimin menjemput Dr.M untuk berbicara mengenai kaedah terbaik dalam memakmurkan semula negara. Dan 'balachi2' otak tumpul pula mahu meniru kaedah 'Arab Spring' untuk digunapakai di Malaysia pula. Tersangatlah ironik. Berita ni pasti membuatkan insan bernama Anwar Ibrahim benar2 makan hati..
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu