Saturday, May 11, 2013

Anwar dah mula mengapi-apikan rakyat

Manifestasi kekecewaan Anwar dalam impian untuk menakluk Putrajaya jelas dengan segala bentuk propaganda yang cuba dicetuskan beliau apabila keputusan PRU-13 memihak kepada BN . Anwar sebelum ini cukup yakin dengan telahan beliau bahawa PR mampu mengambil alih Putrajaya apabila keputusan PRU-13 diumumkan . Malah di sebalik cerita pengundi hantu, blackout dan dakwat kekal yang tidak kekal , Anwar berani membuat pengumuman hanya selepas 2 jam proses pengundian tamat . Anwar dengan angkuh sekali mengumumkan bahawa PR telah berjaya merampas Puterajaya . Tindakan beliau ini dijangka untuk membentuk momentum supaya penyokong2 tegar PR berarak menuju ke Puterajaya , dan sekiranya jangkaan ini meleset , mereka yang telah berkumpul di Puterajaya mungkin diharapkan oleh pemimpin no.1 PKR itu untuk merusuh . Namun kecekapan PDRM dalam membuat beberapa sekatan jalanraya  dalam menghadapi kemaraan pengikut-pengikut taksub ini ke Putrajaya berjaya menepis taktik kotor Anwar.




Gagal membentuk momentum kacau bilau sebaik saja keputusan PRU-13 diumumkan , Anwar mengarahkan  satu perhimpunan di adakan di Stadium Kelana Jaya bagi menunjukkan bantahan rakyat terhadap keputusan PRU-13 , jumlah kehadiran adalah dalam jangkaan 40-50 ribu . Perhimpunan ini telah menyebabkan kesesakan di sekitar Kelana Jaya , malah kenderaan dari Kuala Lumpur dan Shah Alam turut mengalami kesesakan yang menimbulkan kemarahan pengguna jalanraya apabila ada di antara mereka yang tersangkut di jalanraya sehingga 3 jam lamanya ! Rakan blogger yang menyelinap di perhimpunan itu mendakwa kesesakan berpunca apabila penyokong2 PR yang menuju ke stadium meletakkan kenderaan mereka di tengah jalanraya sehingga menyusahkan pengguna-pengguna jalanraya yang lain . Di perhimpunan itu, Anwar telah berikrar untuk membuat 'road tour' di seluruh negara bagi menunjukkan sokongan rakyat dalam bantahan mereka terhadap keputusaan PRU-13.  Fitnah dan tohmahan terhadap BN dan SPR di jaja dalam perhimpunan walaupun bukti yang ditunjukkan boleh dipersoalkan.


Keseriusan Anwar dalam kempennya untuk memburukkan kerajaan dan menimbulkan kemarahan rakyat dimulakan dengan cerita kenaikan harga gas . Anwar dalam laman 'twitter' nya berkongsi maklumat dengan seorang pengguna @syedazman kononnya harga tong gas dinaikkan dari RM28 kepada RM30 . Anwar dilihat cuba menyindir BN dengan melabelkan kenaikan harga tong gas itu sebagai 'hadiah kemenangan dari BN' . Namun apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos penghantaran dan bukkan tong gas itu sendiri . Oleh kerana kos penghantaran di tentukan oleh pasaran semasa maka ia bukan lah sesuatu yang boleh di kawal oleh kerajaan Barisan Nasional . Anwar kini akan mengambil kesempatan atas apa jua isu yang boleh memberi keuntungna kepada beliau untuk diputar belitkan supaya rakyat boleh di api apikan. Anwar akan cuba terus mengekalkan momentum ini biarpun dengan cara menghuru harakan negara sehingga impian beliau untuk jadi Perdana Menteri tercapai. 


1 comments:

kita tunggu wifi percuma..tol percuma..pendidikan percuma..harga rumah dan kereta murah di negeri Selangor, P.Pinang dan Kelantan??

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu