Thursday, May 2, 2013

3 cubaan wujudkan alasan untuk buat huru-hara gagal !

Makin dekat dengan tarikh pilihanraya , maka macam2 fitnah dibuat bagi mencemari kredibiliti SPRM . Fitnah yang dibuat adalah bagi mengelirukan rakyat ,sekaligus menaikkan kemarahan kononnya proses pilihanraya negara ini di manipulasi oleh SPRM . Cubaan mewujudkan gelombang ini dimulakan dengan memfitnah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) , JPN baru-baru ini difitnah telah mengeluarkan MyKas kepada warga asing untuk mengundi.  JPN menafikan perkara itu dengan mengatakan status pemegang MyKas adalah sebagai pemastautin sementara , oleh itu mereka tidak punya hak untuk mengundi seperti seorang warganegara. Adakah mereka (penyokong Pakatan Haram) yang cuba membuat fitnah ini tak mengkaji terlebih dahulu mengenai kad-kad pengenalan diri yang dikeluarkan di Malaysia atau sengaja buat tak tahu ?


Selepas isu MyKas kantoi , mereka tak berputus asa dengan merekayasa satu lagi fitnah iaitu berkenaan pesawat MH8601 yang membawa 36,000 pengundi hantu dari Sabah ke Selangor . Untuk menguruskan 36,000 orang dari Sabah supaya menjadi 'pengundi hantu' di Semenanjung' boleh dikatakan satu kerja gila jika benar ia dibuat kerana hanya akan menjadi 'senjata makan tuan' , individu yang membuat tuduhan ini dilihat cuba merendahkan kebijaksanaan orang di Malaysia untuk berfikir . Bukan kah lebih mudah dan selamat sekiranya 'pengundi hantu' berasal dari lokaliti yang sama supaya tidak mendatangkan syak wasangka? Tambahan pula, dah ada beberapa organisasi dilantik untuk menjadi pemantau pilihanraya? Tak mustahil beberapa orang 'pengundi hantu' akan membiarkan dirinya ditangkap pada hari pembuangan undi . Seterusnya skrip yang dijangkakan ialah 'pengundi hantu' itu akan berlakon mengatakan beliau di bayar oleh BN . Drama seperti ini makin kerap di mainkan oleh PR dan kita harus berhati-hati dengan jangkaan-jangkaan ini .

Beberapa hari lepas, isu cat kuku atau penanda kuku dimainkan oleh Tian Chua dan Nurul Izzah , kononnya penanda itu boleh hilang dengan mudah selepas di cuci . Malah Nurul dan Tian Chua turut membuat 'ambush' di tempat pembuangan undi tentera sambil membawa beberapa orang wartawan kononnya untuk menunjukkan kesahihan dakwaan mereka . Selepas tuduhan2 palsu di lontarkan , kini mereka turun padang bersama-sama wartawan untuk sekali lagi mencuba bagi mewujudkan gelombang ketidak percayaan kepada SPR , tak sampai beberapa jam tuduhan itu dibuat , mereka kantoi lagi . Gambar yang menunjukkan pembongkaran cat kuku itu mempamerkan masa jam (lebih kurang pukul 8.00 pagi) yang dipakai oleh salah seorang dari pemfitnah itu , walhal waktu mula mengundi pukul 10.00 pagi .

Tak cukup dengan itu , seorang tentera yang di 'ambush' oleh Nurul dan Tian Chua juga membuat satu sidang media menyatakan rasa kesal apabila beliau dipergunakan oleh Nurul dan Tian Chua . Beberapa kenyataan Tian Chua juga tidak menggambarkan keadaan sebenar. Dari KLPos.com ,



"KUALA LUMPUR 1 Mei - Seorang pegawai tentera menafikan dakwaan Pakatan Rakyat yang mengaitkannya dengan tuduhan dakwat kekal pada jarinya hilang selepas mengundi awal semalam.
    
Mejar Azmee Buang, 41, dari Unit Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, berkata dakwat yang dicalit dijarinya masih kekal hingga hari ini.
"Saya nafikan yang saya adalah anggota tentera yang mendakwa dakwat kekal yang dicalit ke jari saya oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, hilang.
    
"Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah mencemar namanya jika mereka tidak mengambil tindakan membuat pembetulan atas dakwaan tersebut," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Wisma Kementerian Pertahanan di sini hari ini bersama beberapa anggota tentera untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut."

SPR hari ini juga telah membuat sidang media bagi memperbetulkan persepsi masyarakat dan anggapan serong setelah diracun oleh 2 orang pemimpin Pakatan semasa pembuangan undi pegawai tentera.  Dari KLPos...


"Dalam kes pengundi awal yang membuat laporan polis dan menyebar gambar kesan dakwat itu hilang dari jarinya, beliau berkata, ia disebabkan petugas SPR tidak mengikuti peraturan yang dinyatakan di botol dakwat itu yang memerlukan ia digoncang 30 minit sebelum digunakan.

Menurutnya, jika digunakan mengikut peraturan yang ditetapkan di botol dakwat itu, kesannya pasti tidak akan hilang sepenuhnya walaupun cuba ditanggalkan dengan pelbagai cara seperti menggunakan cuka, pencuci, minyak atau apa jua.

"...jika dilihat betul-betul kepada kes yang disebar di laman sosial itu, kesan dakwat memang tidak tanggal sepenuhnya, masih kelihatan di celah-celah kuku, tak boleh tanggal sepenuhnya," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media SPR di sini hari ini "

 




1 comments:

Anwar nie jika dia timbulkan sesuatu isu baik kita siasat apa gerak langkah dia. Mungkin pihak pr tlh merancang menggunakan rakyat asing ini samaada nak buat huru hara atau pun menggangu pengundi. Ada benarnya mereka dari indonesia dan di dtgkan khas utk buat kacau. Sebagaimana isu sulu di sabah x mustahil isu yg baru akan timbul. Minta pihak berkuasa siasat pergerakan warga asing dari sabah.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu