Friday, April 19, 2013

Raih undi melayu & bumiputera : Strategi licik DAP mempergunakan lambang PAS,PKR

Dari laporan Bernama, pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya dalam pilihanraya umum ke-13. Itu adalah kenyataan yang dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman semalam. Sebelum itu ROS telah memaklumkan pada DAP bahawa badan itu tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang jawatan CEC dalam parti DAP.
Keputusan ROS yang seolah olah men 'jentik' telor DAP itu telah membuatkan pemimpin2 tertinggi parti itu meroyan, juga tak ketinggalan penyokong2 tegar parti itu. Mungkin pemimpin dan penyokong DAP dah lupa bahawa ahli DAP sendiri yang membuat laporan kepada ROS kerana ketidak telusan pemilihan CEC parti itu.



Pada penghujung Januari 2013, pengerusi DAP Senawang Desa Dahlia, Richard Francis dan timbalannya Jesu Dason telah membuat laporan kepada ROS berkenaan pemilihan CEC parti itu.Richard berkata DAP sibuk dengan 'kebersihan' di luar parti sedangkan 'dalaman' parti itu sebenarnya kotor.
Menariknya, walaupun keputusan CEC menyatakan pendaftaran CEC tidak terbatal dan DAP masih boleh menggunakan lambang parti itu untuk pilihanraya. DAP mengambil langkah mudah untuk menggunakan logo PAS di Semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak.

Tindakan DAP itu dilihat seperti sengaja membuat provokasi kepada ROS. Selain itu, mereka juga sengaja mencari alasan untuk bertanding dibawah bendera PAS dan PKR kerana sedar , sokongan dari masyarakat melayu dan bumiputera amat penting bagi memastikan kemenangan DAP dalam pilihanraya. Dipercayai DAP cuba mengelirukan pengundi melayu dan bumiputera dengan menggunakan logo PAS dan PKR.
Oleh itu keengganan DAP utk tidak menggunakan logo parti itu sendiri tidak mengejutkan kerana tujuan mereka hanya lah untuk "menipulasi" undi . Mereka gagal membawa tokoh melayu ke dalam parti DAP untuk dipergunakan dalam pilihanraya bagi mendapatkan sokongan pengundi melayu.

Jadi strategi mereka sekarang ialah mempergunakan rakan2 sekutu terutama PAS utk memperoleh undi melayu. Oleh itu, pengundi terutama orang melayu tidak terkeliru dengan musihat DAP ini. Hendak selamat, pastikan aja DAP, PKR dan PAS terkubur terus bila keputusan pilihanraya diumumkan.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network



3 comments:

Orang Melayu, khususnya di luar bandar atau pinggir bandar di mana ada calon-calon DAP bertanding harus didedahkan bahawa walau pun mereka menggunakan lambang parti yang dianggap Islam tetapi mereka adalah penghina Islam. Malulah....kalau saya DAP kerana mereka telah menjilat ludah mereka sendiri...
Tapi pembangkang ni sememangnya penjilat....

kemungkinan satu kerugian juga buat DAP bila guna logo PAS. Takde kemungkinankah org-orang melayu Islam tidak akan mengundi logo PAS di atas kesan 'mengundi PAS adalah HARAM' yang baru-baru ni diwar-warkan oleh kumpulan minda pondok di Kelantan. Atau takde kemungkinankah puak-puak orang cina yg begitu ekstreme dengan DAP mahu memangkah PAS yg secara sinonimnya berjuang dgn HUDUDnya? Atau takke DAP rasa takut kalau-kalau PAS akan kencing DAP andai PAS sudah menang banyak kerusi? Kalau PAS menang rekodnya adalah PAS yang menang, walaupon yg bertanding orang DAP.

dap pandai ..tak perlu dah nak pasang bendera roket..jimat maaa..lepas tu cai-cai pas yang akan pasang bendera utk parti ada sepender..haha.. bygkan simbol pun boleh bagi ...lepas ni eloklah pas dan dap bergabung..jadi satu parti ada cina,india dan melayu mcm pkr..

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu