Sunday, April 28, 2013

Pengikut taksub PAS memang suka "snap" gambar Nik Aziz (makan.solat,tidur,etc) ,koleksi ke jamban bila lagi ?

Kehadiran Nik Aziz ke Putrajaya baru-baru ini hanyalah satu gimik politik yang cuba memberi gambaran kepada penduduk di Lembah Kelang bahawa orang-orang Putrajaya yang kebanyakkannnya bekerja di agensi-agensi kerajaan menyokong PAS . Hakikatnya , majoriti yang hadir semasa perhimpunan itu ialah dari  penyokong-penyokong tegar PAS di sekitar Lembah Klang , malah mungkin ada yang datang dari negeri berjiranan kerana kita tahu penyokong-penyokong PAS cukup taksub dengan pemimpin mereka. Tak hairan lah bila video 'ehem-ehem' Mustafa Ali yang dipercayai disebarkan oleh sekutu PAS iaitu PKR masih tidak dapat menimbulkan keraguan pengikut-pengikut mereka. Begitu dahsyat sekali PAS dalam usaha mentarbiah atau dalam bahasa lebih hi-tech iaitu 'brainwash' pengikut-pengikut mereka .



"TAKSUB - NIK AZIZ MAKAN SNAP GAMBAR, NIK AZIZ HIRUP PINGGAN SNAP GAMBAR, NIK AZIZ TIDO SNAP GAMBAR, NIK AZIZ SEMBAHYANG SNAP GAMBAR , NIK AZIZ NAK PEGI JAMBAN BILA LAGI NAK SNAP GAMBAR? "
Penulis berani mengatakan majoriti yang hadir semasa 'lawatan' Nik Aziz ke Putrajaya tempoh hari terdiri daripada orang luar berdasarkan maklumat yang diperoleh dari rakan yang sememangnya tinggal di Puterajaya. Mana tidaknya, melalui tinjauan semasa ceramah, kereta-kereta di kawasan-kawasan perumahan tetap penuh. Apa yang dimaklumkan kepada penulis ialah penduduk-penduduk di Putrajaya berasa agak terganggu dengan kerenah orang-orang luar yang datang menyesakkan Putrajaya , malah cara mereka berkempen juga agak memualkan . Husam seolah-olah terpaksa menggunakan pengaruh Nik Aziz untuk menjadi 'magnet' supaya orang ramai datang ke Putrajaya bagi menyaksikan ceramah  pemimpin utama PAS itu yang dilihat cuba berkompromi dengan DAP dalam isu kalimah Allah.



Apabila ada di kalangan penyokong-penyokong PAS mendakwa berpuluh ribu orang datang semasa ceramah Nik Aziz di Putrajaya, mungkin mereka lupa kawasan itu hanya mampu memuatkan 5 ribu orang sahaja , mungkin kalau nak kata terlalu 'pack' pun cukup lah setakat 6 ribu orang . Tetapi bila dikatakan berpuluh ribu orang , adakah mereka cuba menipu orang ramai dengan angka ini ? Mulut tak putus berzikir, kepala atas kemas bersarban ... tapi mulut menipu , tak guna juga . Lagipun memang dah dijangka akan wujud orang2 macam ni di akhir zaman nanti. Ohh ya , bagi mereka yang aktif singgah di page2 FB politik , tentu perasan 2 hari lepas gambar Nik Aziz yang dikerumuni orang ramai selepas selesai solat Jumaat . Seperti yang dinyatakan di atas, majoriti manusia2 yang berkerumun itu adalah orang2 luar dari Putrajaya .

Kenapa orang luar ? Sebab masjid Putrajaya pada hari Jumaat tu sesak agak luar biasa dek kerana kehadiran orang2 luar yang datang. Pelik tapi benar , ini lah sikap pengikut-pengikut taksub PAS yang lebih suka bersolat jumaat luar dari kariah mereka hanya semata-mata Nik Aziz bersolat di situ .Dari dulu hingga sekarang sikap taksud ni memang susah nak diubah, cuma kita bersyukur apabila ada pengikut-pengikut tegar PAS akhirnya dah membuka mata selepas berpuluh tahun bersama-sama dalam perjuangan parti itu contohnya Cikgu Non yang cukup kontroversi dengan pendedahan beliau pasal tabung Memali yang dilesapkan PAS . PAS memang pakar melesapkan tabung2 , terbaru mereka cuba menipu orang ramai kononnya derma untuk tabung perwira-perwira Lahad Datu . Hakikatnya ,  nombor akaun yang diberi masyukkk dalam tabung PAS .




11 comments:

Bila la b*ruk tua tu nak mamp*s ye ?

Ex-penyokong Pas

Assalam Bro

Ajaran siapa ni yang bahalol2 ni boleh berdiri menghadap orang yang tengah sembahyang tu... sesat ke apa?

apakahhhhhh? sesat lg menyesatkan! ya allah septtnya nik aziz pi terajang je makhluk2 yg dok kerumun tu bg warning kaw kaw ini salah... ni makin hari makin ramai dok kerumun... bukannya pi memasing buat solat sama, ni pi kerumun!!

kita tunggu lah balasan ALLAH ke atas mereka yang telah mendusta/menyeleweng kesucian agama Islam. ALLAH Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

minta KDN or majlis agama buat sesuatu...kalu AL-ARQAM ni dah dikira ajaran sesat...disebabkan PAS bertopengkan sebagai parti politik xsemestinya tindakan xboleh diambil...sesat jugak nie...ketaksuban yg melampau oleh penganut agama PAS.

Nmpk sgt yg si tua nie makin suke kalau pengikut dia taksub pada dia...mcm nie ulama ek?

Betul sebetul2nya,tahap taksub penganut2 pas pada n ajis makin melampau2.Rimas betul aku bila saban hari penganut2 pas tak putus2 post kat fb gambar2 n ajis dengan pelbagai posing.Ada yg simpan gambar org tua tu di wallet,tampal di motor,kereta dan gantung di rumah.

Aku bimbang kalau satu hari nanti n ajis isyhtiharkan dirinya imam mahdi mesti penganut2 pas sokong dengan sepenuh hati lalu melancarkan jihad palsu terhadap kerajaan.

Masjid kat tmpt aku,dewan solatnya satu saf 40-50 org, sekitar 20 saf. Jika penuh dewan solat 800-1000 org.
Solat Jumaat, di luar dewan solat, lbh kurang 3x dewan solat, jumlah lbh kurang 3-4 ribu jamaah. Masjid kat Putrajaya tu, boleh buat anggaran sendiri.

kesian dgn penyokong pas ni...terlalu mengagungkan pemimpinnya sehingga sampai tahap taksub....ingatla tuan guru awak tu hanya manusia biasa...hamba Allah yg sgt kerdil....jgn smpi di akhirat nanti amalan kita mejadi zero...sia2 pahala yg kamu buat pergi pd org lain...psstttt dulu aku pun respect gak org berserban dan bertudung litup ni tp la ni kureng percaya lak sbb itu hanya LUARAN saja....

Org yg memperlekehkan kelahiran dan keperibadian Nabi Muhammad tu yg disanjung dan dijulang?, halamak? Ngeri beb, Tok Guru ni ada syafaat pe ke? oi ahli PAS, mana lebih tinggi darjat dan kemuliaan Tok Guru kamu tu dgn Nabi Muhammad s.a.w ? jawap jgn x jawap.... adooiii

Macam lalat hurung taik daa..

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu