Monday, April 15, 2013

Najib sempurnakan pelancaran Esscom


LAHAD DATU - Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan pelancaran pusat pemerintahan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di sini.


Pelancaran simbolik itu berlangsung 12 tengah hari ini di Pangkalan Polis Marin yang menjadi pusat sementara sebelum ibu pejabat Esscom dibina.


Penubuhan Esscom diumumkan Najib pada 7 Mac lepas dalam lawatan pertamanya ke daerah Lahad Datu bagi meninjau Operasi Daulat susulan pencerobohan pengganas Sulu di daerah itu sejak Februari lepas.


Esscom merupakan ejen penguatkuasaan bagi Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) yang merangkumi 10 daerah sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah dan diwujudkan bertujuan menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini ekoran krisis pencerobohan tersebut.


Esszone meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak Semporna dan Tawau.


Perdana Menteri dalam lawatan singkatnya hari ini juga dijadual melawat Felda Sahabat untuk menyampaikan penghargaan kepada pasukan keselamatan yang terlibat dalam Operasi Daulat di Lahad Datu. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu