Tuesday, April 23, 2013

Kena serangan jantung selepas dibelasah penyokong PAS

Kebiadapan parti yang kononnya memperjuangkan Islam makin menjadi-jadi. Hanya kerana taksub dengan politik jumud parti itu, beberapa penyokong PAS dikatakan telah memukul seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob,61 . Entah syaitan apa yang merasuk mereka hingga sanggup memukul saudara seislam yang hanya mencari rezeki menjalankan tugas yang di amanah.

Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa meminta seorang penyokong PAS mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang menghalang laluan keluar kenderaannya. Masyallahhh...dipukul di hadapan rumah sendiri , silapnya orang yang menghalang laluan keluar ! Memang buruk sungguh perangai penyokong2 PAS ini, dah la buat silap, bila ditegur kena belasah pula. Such a haramjadah !

Dari sumber, Muhammas tidak meninggal sejurus selepas dibelasah penyokong2 PAS . Beliau kembali ke rumah selepas itu dan mengalami sakit dada pada kira2 pukul 1:15 pagi. Mungkin beliau mengalami tekanan selepas dibelasah dan mengalami serangan jantung. Kita tunggu sidang media rasmi Ketua Polis Daerah Gua Musang untuk dapat butiran terperinci.

Kejadian yang berlaku ini amatlah menyedihkan. Ini adalah hasil tunjuk ajar pemimpin2 PAS yang biadap. Kalau pemimpin kurang ajar, biadap dan arrogant , apatah lagi perangai pengikut2. Diharap pada semua penyokong2 parti politik , jangan di ikut sangat hawa nafsu dan perbuatan2 melampau kerana tindakan anda bukan saja susahkan diri sendiri tetapi juga orang2 lain.

Bayangkan nasib isteri dan anak2 Muhammas selepas ini. Memang lah ajal maut di tangan tuhan..tetapi kematian yang disebabkan dendam akibat hasutan syaitan2 politik amat merugikan . Kita tolak budaya samseng sebegini ! Ajar Pakatan dalam PRU-13 ini hingga mereka tak boleh bangun lagi.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu