Wednesday, April 17, 2013

Fitnah Calon BN Gombak : Pemilik Blog Mungkin Bakal Dikenakan TIndakan Undang-undang

Sebaik saja nama bagi calon BN untuk Parlimen Gombak diumumkan , desas desus kisah lama mula diungkit walhal kisah yang dicanangkan itu telah pun di jelaskan . Namun mungkin kerana kurang hebahan , atau cerita sebenar orang dah lupa , maka kisah moral calon BN Gombak mula ditimbulkan kembali . Beberapa blog-blog menyokong Pakatan mengambil peluang ini untuk menjatuhkan maruah Datuk Dr. Rahman Ismail iaitu calon BN untuk Gombak . Mereka menjaja semula cerita itu tanpa berusaha meng 'google'  mencari kebenaran di sebalik kisah itu .




Kisah kononnya Datuk Dr. Rahman mempunyai isu moral dengan penyebaran gambar beliau bersama2 seorang wanita telah dijelaskan sebelum ini . Mungkin pada ketika itu, keberkesanan sebaran maklumat adalah kurang , jadi ramai yang tak ambik pusing berkenaan hal ini dan mungkin juga lebih memfokuskan pada isu2 yang lain. Dari blog Gelombang Wangsa Maju , beberapa huraian mengenai tuduhan ini telah dibuat . Pertuduhan ini dinafikan cukup dengan bukti2 dokumen dan surat2 dari suami wanita berkenaan sendiri . Oleh itu, blogger2 pro-Pakatan yang menyiarkan tuduhan ini berkemungkinan akan menghadapi tindakan undang2 sekiranya artikel berkenaan yang terang2 menuduh tanpa ada tanda tanya, atau hal2 yang mempersoalkan kebenaran tuduhan itu. .

Dari blog Gelombang Wangsa Maju ;


"Mohd Suffian Abdul Aziz telah MENGAKU membuat TUDUHAN PALSU terhadap Dato' Dr. Rahman Ismail, akibat salah faham. Beliau juga telah MENARIK KEMBALI TUDUHAN ke atas Dato' Dr. Rahman Ismail dan MEMINTA MAAF ke atas kekhilafan yang telah dilakukan.

Mohd Suffian Abdul Aziz juga telah MEMINTA SEMUA TUDUHAN ke atas Dato' Dr. Rahman Ismail DIKELUARKAN DARIPADA SEMUA AKHBAR, PORTAL, LAMAN WEB DAN BLOG pada 7 Mac 2012."


Bukti ini adalah yang pertama , ada lagi bukti-bukti yang akan menyusul sekiranya fitnah ini disebarkan secara berterusan.


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu