Tuesday, April 16, 2013

Calon BN Selangor : Jangan Tewas dari Segi 'Team Work' Sebelum Bertanding

Senarai calon PRU-13 untuk Barisan Nasional dah diketahui. Pelbagai reaksi yang timbul, ada yang suka dan ada yang sedih, cuma apa yang penulis harap tiada yang berdendam kerana tak terpilih . Pagi ni penulis terima sms daripada seorang sahabat jauh di utara tanah air yang menyatakan beliau tak terpilih menjadi calon tapi beliau akan terus membuat kerja2 membantu rakyat seperti yang biasa dilakukan, tak kira samada BN menang atau kalah.

Beliau juga akan terus memberikan sokongan pada BN, penulis juga akan terus mengundi BN walaupun calon yang terpilih di Parlimen tempat penulis mengundi bukanlah orang yang penulis mahu. Mungkin Dato' Seri Najib ada alasan beliau tersendiri. Disebabkan penulis menetap di Selangor, jadi calon2 BN di Selangor turut mendapat perhatian. Ada banyak muka baru dalam senarai calon, tetapi ada juga beberapa muka lama.

Seperti dijangka , akan ada saja ketidak puasan hati akan berlaku. Selepas tsunami politik 2008 , tentu semua masih ingat apa kata Tun Mahathir. Parti harus di utamakan tanpa mengambilkira siapa calonnya. Pada ketika itu,mungkin baru lepas kalah teruk di Selangor maka semuanya mengangguk dan mengiakan kata Tun dengan penuh keinsafan. Tetapi apa yang berlaku kini seperti sudah ada bibit2 'boikot' yang cuba ditunjukkan. Adakah mereka yang cuba menimbulkan bibit2 'boikot' ini lupa dengan peristiwa 2008 ?

Penulis harap, tolonglah lupakan seketika kepentingan peribadi dan jadikan kepentingan parti keutamaan. Sekiranya sikap begini cuba dilakukan lagi, ia hanya akan mendatangkan kerugian pada parti. Parti lawan akan bersorak riang bertepok tangan menghidu kemenangan awal mereka iaitu dari segi 'moral' dan 'party teamwork'.

Kita faham, mungkin 'boikot memboikot' ni berlaku disebabkan calon2 tertentu mempunya 'masalah2' tertentu. Tapi demi kepentingan parti, kita tolak dulu hal itu ketepi..pandai lah kita ajar mereka untuk jadi 'wakil rakyat' yang berhemah sekiranya terpilih. Calon2 yang dikatakan 'bermasalah' ini akan dipantau kerja2 malah pergerakkan mereka.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

5 comments:

kalau ada yang tak puas hati, elok seketika pergi 'cool' di Cameron Highlands cari BBC@MARDI Station

Bukan mahu sabotaj tapi Tun Dr. Mahathir juga menyatakan bahawa sokongan ahli parti semata-mata tidak mampu membuahkan kemenangan. Sebaliknya pengundi tidak berpartilah yang akan menentukan kemenangan calon. Justeru, meletakkan calon yang serba serbinya kurang berbanding lawan hanyalah satu bentuk tindakan bunuh diri sepertimana yang berlaku di Chempaka. Jika semua ahli komponen BN sokong pun, pengundi biasa yang membuat perbandingan dan pemilihan secara objektif akan memilih yang lebih baik di antaranya. Mengapa seorang Naib Ketua Pemuda yang tidak memiliki kelulusan diletak sebagai calon menjadi tanda tanya. Kita khuatir tindakan seperti ini adalah bunuh diri yang disengajakan.

sgt setuju demi agama bangsa dan negara ketepikan perasaan yg menjatuhkan semua skali dgn diri kita gak,.

Calon tak terpilih..kesal bukan atas sifat peribadi.tapi kesal dgn tindakan kb yg menikam dr belakang hanya utk kepentingan pemilihan Bahagian lepas pru13. Calon sepatutnya layak tak dapat. Kerana beliau sudah 5 tahun sejak kekalahan pada 2008 consistent dalam mengembalikan keyakinan pengundi setempat.Akhirnya dipilih calon lain yg tak kenal pengundi dan tiada jentera..dikatakan winnable candidate.pihak atasan takguna tubuh sampai 9 agensi penilaian.. Cara ini perlu diubah.penyangak2 lama dlm umno bahagian yg perlu dihapuskan.. Malangnya najib tiada telor di selangor.Nak menang kena buat cara nak menang. Bukan kita yg nak undi.. Rakyat yg tentkan segalanya.. Hasilnya anda lihat sendiri :Umno Bhg Ampang. Dgn calon2 transformasi yg haprak!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu