Wednesday, April 17, 2013

Benarkah Sokongan Kaum Cina Terhadap BN Makin Terjejas ?

Senario politik yang berlaku dalam negara ketika ini dimomokkan seolah-olah kaum Cina secara total menolak Barisan Nasional . Perkara ini mungkin benar beberapa tahun lepas, namun kini setelah banyak transformasi yang dilakukan oleh Najib angin perubahan sokongan kaum Cina terhadap BN telah kembali meningkat . Tak dinafikan sekiranya dilihat dalam laman2 sosial , ramai belia kaum Cina seolah-olah menolak Barisan Nasional , namun hal ini tak lebih dari satu permainan psikologi parti lawan yang menggunakan Cyber Trooper upahan mereka .


Cyber Trooper ini juga memainkan peranan dalam menyebarkan fitnah dan menimbulkan kebencian kaum Cina terutama dari golongan belia untuk membenci kerajaan BN . Usaha jahat mereka mungkin sedikit berhasil apabila perhimpunan Bersih 3.0 dan Perhimpunan Hijau dihadiri majoriti peserta berbangsa Cina . Namun sokongan kaum Cina terhadap parti lawan dilihat semakin merosot dengan kepincangan-kepincangan  yang didedahkan terutama dalam parti DAP . Bebebrapa video bakal dikeluarkan kelak yang memaparkan beberapa pengakuan bekas pengikut dan pemimpin DAP yang mendedahkan penyelewengan beberapa pemimpin DAP.

Usaha2 yang dilakukan PM untuk mendekati belia2 Cina juga semakin mendapat sambutan. Mereka lebih berminat untuk mengetahui perkembangan politik tempatan dan melalui program2 yang dihadiri PM , dapat dilihat mereka mengagumi sikap peramah dan keterbukaan Najib . Namun , ada saja usaha jahat daripada parti lawan yang mengarahkan pengikut2 mereka yang terdiri dari belia Cina untuk mensabotaj program2 Najib mendekati kaum Cina .

Rakaman photo dan video sengaja dibuat dalam sudut dimana seolah-olah Najib ditolak oleh masyarakat Cina walhal hakikatnya apa yang berlaku ada segelintir saja berbanding jumlah yang hadir . Diakui PM perlu terus secara konsisten mengembalikan kepercayaan masyarakat Cina dengan kemampuan BN untuk memakmurkan negara ini dengan kekayaan. Di samping itu fitnah-fitnah yang disebarkan perlu ditangkis secara bijak supaya sentimen ini tidak terus berakar dalam minda generasi muda kaum Cina.

5 comments:

cuma di johor(sbb ramai yg bekerja di singapore balik) dan juga penang. tempat lain agak kurang

Mungkin MCA menyokong asas perjuangan China DAP yang mahukan hak samarata tanpa wujudnya hak keistimewaan orang Melayu. Oleh itu dalam diam MCA juga memberi satu sokongan pasif kepada perjuangan hak samarata.

Kegiatan MCA dan MIC kurang berkesan jika di gunakan media aliran perdana sebagai kayu ukur.

MCA dan MIC terpaksa di letakkan di kawasan Melayu untuk menang demi persatuan antara kaum yang di janjikan tetapi sebagai gantinya kurang ada kesungguhan dari MCA dan MIC untuk mengembangkan pengaruh dalam masyarakat masing masing.

ya betul....Melayu kena belasah ngan DAP, apa MCA & GERAKAN buat???
kita org Melayu jer terhegeh hegeh tolong undi MCA & GERAKAN....pada dasarnya MCA, GERAKAN & DAP tetap berkerjasama dlm memperjuangkan nasib kaum mereka....sedangkan kita Melayu asyik berpecah dan bercakaran sesama sendiri, kafir mengkafir sesama agama, berhasad dengki....itu pasal MELAYU terus menerus layu dan asyik mengharap subsidi di semua bidang di bumi JAWI ini....BUMI DI PIJAK MILIK ORANG!!!
pasal MIC, x payah sembang la....LALANG..!!!!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu