Monday, April 8, 2013

Barisan Nasional dah lama 'kick-start' manifesto PRU-13 sebelum diciplak Pakatan Haram

Apabila Najib mengumumkan manifesto Barisan Nasional pada hari Sabtu lepas, ramai di kalangan pemimpin pembangkang berkata bahawa manifesto yang dibuat oleh Barisan Nasional ialah hasil 'ciplak' manifesto yang dibuat oleh Pakatan Haram . Sebelum ini , apabila PM mengumumkan belanjawan negara 2013 , puak2 yang sama turut mengatakan Bajet 2013 juga hasil 'ciplakan' idea mereka . Hal ini bukan lah satu kejutan, ini kerana akal puak2 Pakatan Haram ni memang mudah dibaca .

Modus operandinya mudah, mereka akan terlebih dahulu mewar-warkan agenda mereka kepada rakyat dan sudah pasti sekiranya terdapat persamaan dalam agenda , puak2 Pakatan Haram ini akan menuduh Barisan Nasional menciplak idea mereka . Walhal manifesto Barisan Nasional yang dilancarkan pada Sabtu lepas secara sedar atau tidak , beberapa daripadanya telah di 'kick-start' oleh kerajaan . Misalnya projek Pan Borneo dan penurunan harga kereta.

Seorang sahabat Facebook, saudara Azanisham Samat telah menghuraikan usaha2 yang tekah dijalankan oleh kerajaan untuk menurukan harga kereta dan juga projek Pan Borneo di 'timeline' Facebook ;


"Projek Pan-Borneo"


"Pan-Borneo Project telah lama bermula since Sabah dan Sarawk menyertai Malaysia... Bahagian yang menghubungkan Sarawak, Sabah dan Brunei adalah bahagian Lawas - Temburong (Brunei), siap pada tahun 1997. Dengan siapnya bahagian tersebut, pemandu boleh memandu secara terus dengan kereta dari Kuching ke Kota Kinabalu. Namun demikian, Kerajaan Pusat terus membina bahagian-bahagian baru bagi menghubungkan kawasan luar bandar di Sarawak.

Panjang keseluruhan sistem lebuh raya ini dianggarkan sepanjang lebih kurang 1047.18 km. Setakat tahun 2002, lebih kurang 997.18 km atau 95.2% daripada panjang keseluruhan lebuh raya tersebut telah disiapkan. Setakat ini, bahagian terbaru yang siap dibina adalah bahagian Tenom - Sipitang pada tahun 2006. Pembinaan bahagian terakhir dari Kalabakan ke Sepulut bakal dimulakan pada tahun 2008, oleh itu keseluruhan rangkaian Lebuhraya Pan Borneo dijangka siap dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan.

Lebuhraya Pan Borneo turut dihubungkan ke rangkaian jalan raya di Kalimantan, Indonesia, di mana ia dikenali sebagai Lebuhraya Trans-Kalimantan......

Kerajaan Barisan Nasional menjanjikan penambahan jarak dari 1047.18km menjadi 2,300km bagi menghubungkan laluan utama ke kawasan pendalaman...

Umumnya, Lebuhraya Pan Borneo menggunakan piawaian yang sama seperti laluan persekutuan yang lain di Malaysia, tetapi sistem kod jalan raya pula adalah berbeza. Sintaks bagi kod laluan Lebuhraya Pan Borneo adalah xx-yy, di mana xx ialah nombor laluan manakala yy adalah kod bahagian, contohnya laluan 30px di Sibu, Sarawak.

Mender dah nak siap dijanjikan oleh Pakatan.... phewwwwwwwwwwww "




"Penurunan Harga Kereta"


"Begitu jugak dengan penurunan harga kereta.... Ini adalah penipuan Pakatan apabila tidak menyatakan bahawa Malaysia akan menguatkuasakan AFTA pada 2015 yang mana pengurangan cukai import 20% adalah wajib dilaksanakan.... So.. Siapa tiru siapa atau siapa tipu siapa???? Parkara yang sudah dipersetujui untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang sedang dalam proses perlaksanaan dimanifestokan oleh Pakatan??? "


Selain itu maklumat berkenaan penurunan harga kereta dengan pelaksanaan AFTA juga pernah ditulis oleh Tun Mahathir dalam blog Chedet dalam bahasa inggeris yang bertajuk 'Globalisation"


"17. Only if the figures are positive should we enter into negotiations for free-trade or for globalisation. It is important to remember that when Malaysia agreed to AFTA (Asean Free Trade Agreement) in which 40% local content would qualify as national product and should be tax exempt into ASEAN countries, non-Asean car makers from Japan, Korea and Europe shifted their production to ASEAN countries so as to gain national status after including 40% local contents.

18. Malaysian national cars have 90% local contents which increase production cost. They don’t have economies of scale. As a result our exports cannot compete with those foreign brands produced in ASEAN countries with 40% local content.

19. We have made many mistakes in negotiating agreements with other countries and in drawing up foreign contracts. The costs have been very high. I hope our negotiators will bear this in mind and not allow anxiety to be compliant to the so-called universal practices promoted by globalisation and free trade to affect our better judgement. "

'Keretapi Laju'


Perdana Menteri pada bulan Februari 2012 telah berbincang dengan rakan sejawatnya di Singapore untuk menghubungkan kedua-dua bandar itu dengan keretapi laju.  Rujuk laporan dari sebuah portal luar negara untuk berita ini. Walaupun cadangan itu hanya menyatakan laluan keretapi antara KL dan Singapore , sudah tentulah akan ada perhentian2 di  antara keduanya. Tak mustahil laluan ini juga akan diperluaskan ke utara tanah air. Jadi PM telah terlebih dahulu 'kick-start' projek ini sebelum ditiru oleh Pakatan Haram dalam manifesto mereka. 




2 comments:

KEBOLEHPERCAYAAN... Seandainya Pakatan Pembangkang... Menang Dengan MAJORITI TIPIS... 112...!!! Daripada 222 KERUSI PARLIMEN...!!!
ADAKAH... Pakatan Pembangkang... AKAN PATRIOTIK DAN MEMERINTAH DENGAN MAJORITI TIPIS TERSEBUT...???
ADAKAH PAKATAN PEMBANGKANG BOLEH DIPERCAYAI... TIDAK AKAN MEMBENTANG KARPET MERAH MENGALU ALUKAN KEMASUKKAN SEMULA JIRAN DISEBERANG TAMBAK YANG MENGUASAI 81 DRPD 87 KERUSI...!!!
JIKA DICAMPUR... KERUSI PARLIMEN MALAYSIA 222 + SEBERANG TAMBAK 87 = 309 KERUSI KESELURUHAN...
JIKA PAKATAN PEMBANGKANG DGN 112 + 81 = 193 / 309...!!!
DAN ITU ADALAH MAJORITI YANG KUAT DAN GAGAH... UTK MENEBUK NEBUK MENGUBAH PERLEMBAGAAN NEGARA...???!!! BOLEHKAH DIBERIKAN KEBOLEHPERCAYAAN KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG MEMEGANG STRUKTUR SISTEM KENEGARAAN INI...!!!
DEMOKRASI ADALAH PERTANDINGAN KEPADA ANGKA...!!! SIAPA BANYAK... DIALAH YG MENANG...!!! TIADA ISTILAH NAIB JUARA...!!!

Saudara-saudara dan Saudari-saudari Yang Di Hormati
Bahawa MCA Gombak pegurusi YIP KUM FOOK dan anaknya Yip Jiun Hann (Permuda MCA Gombak) bukan sahaja menggunakan kuasanya menghisap wang KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. Tetapi lebih dahsyat, ialah menipu wanita-wanita dan merosakan keluarga orang lain. Mereka sebenar-benarnya orang yang jahat dan tak bermoral

Saya mengemukakan kesal yang benar ini, tujuan ialah harap orang ramai, khasnya wanita dapat mengambil perhatian supaya jangan terjerat oleh manis-manis mulutnya akhir akan meninpa kerugian dan kesakitan yang besar

马华公会鹅唛區会主席叶金福律师与马华公会鹅唛區会叶君瀚青年圑長, 不但无耻的利用KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia.宗教之名捞取权和私利之外, 叧一大罪悪是, 他们仗着权势, 甜言蜜語, 誘骗良家少女, 骗财骗色, 三妻四妾, 破坏别人的家庭. 父子两人, 无悪不做, 实是大色狼, 大老千,缺德的败娄.

今天我把实事公告大家, 是希望公众, 特别是良家少女, 要多多小心, 提防这一娄假面具的佛教徒, 以免一失足成千古恨.

Brother And Sister Of the respectfully
That YIP KUM FOOKMCA Gombak chairman and his son Yip Jiun Hann (Youth MCA Gombak) they are not only used of power to suck Temple’s money of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. But far worse, they are cheating women and make people family broken. They truly wicked and immoral

Bring forward. I regret that this is true, the purpose is to hope for public, and especially women take care not to be trapped by the end of sweet mouth will override of great loss and pain

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu