Monday, April 29, 2013

Analisis Pilihanraya Malaysia oleh si "Talibarut C.I.A" yang berat sebelah


Taktik Anwar menggunakan tokoh2 dari luar negara untuk kepentingan politik beliau bukan lah satu perkara baru . Kalau semasa tahun 1998 , Anwar menggunakan pengaruh Al-Gore iaitu Naib Presiden Amerika Syarikat untuk memperlekehkan Tun Mahathir , untuk persediaan menghadapi PRU-13 , 2013 Anwar turut menggunakan pendekatan yang serupa . Beliau akan mengumpan beberapa tokoh luar untuk datang ke Malaysia dan campur tangan dalam hal ehwal politik negara ini . Semasa perhimpunan Bersih 3.0 dahulu tentu kita pernah mendengar seorang pengacau dari Australia , iaitu senator Xenaphone yang dilihat cuba menjadi pengacau dalam sistem demokrasi negara ini .



Xenophone walau bagaimanapun gagal mendapatkan sokongan lain2 senator di Australia bagi mendesak campurtangan dalam proses pilihanraya negara ini. Selepas Xenophone kita lihat Anwar turut mengheret beberapa 'pakar' dari luar negara untuk menjadi saksi dalam kes liwat beliau. Kemudian beliau turut menjual nama Yusof Al-Qardawi , kononnya ulama itu merestui perjuangan beliau . Namun permainan akal Anwar ini tak bertahan lama apabila Zulkifli Nordin mendedahkan selok belok penipuan Anwar memperdaya Yusof Al-Qardawi , baru-baru ini Yusof Al-Qardawi yang kononnya dikatakan menyokong Anwar telah menyampaikan surat penghargaan beliau kepada Najib atas usaha dan keberanian beliau melawat semenanjung Gaza.

"Dalam permulaan surat itu, tanpa berselindung Al-Qaradawi memanjatkan doa memohon kepada Allah S.W.T semoga terus mengurniakan keberkatan serta rahmat kepada Dato’ Seri Najib dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai matlamat kemajuan, kestabilan dan keselamatan rakyat Malaysia dan global. - UMNO Online"


Baru-baru ini, seorang tokoh luar iaitu Bridget Welsh seorang Professor Madya dari Singapura telah memberikan pandangan yang berta sebelah mengenai senario politik di Malaysia dalam artikel beliau di Malaysiakini , Welsh di lihat terpengaruh dengan propaganda-propaganda dalam media sosial yang cukup konsisten di mainkan oleh cybertrooper2 Pakatan , hakikatnya Welsh tidak melihat sendiri keadaan sebenar sokongan rakyat yang kini majoritinya telah beralih arah kepada BN , capaian internet di Malaysia tidak lah terlalu meluas hingga membolehkan golongan2 yang tinggal di kawasan kampung dan pedalaman untuk menerima ajaran2 fitnah yang disebarkan PR melalui internet dan media sosial .

Anwar mungkin gembira dengan pandangan Welsh itu , namun pandangan Welsh yang berat sebelah itu bukan lah sesuatu yang menghairankan kerana 2 individu ini memang ada kaitan antara satu sama lain . Malah kedua-duanya merupakan elemen-elemen pertubuhan Yahudi yang secara halus telah menjadikan beberapa negara sebagai boneka mereka.

"Barangkali kenyataan ini menjawab kenapa badan pemikir BJ Habibie, THC menjemput dua tokoh luar, Anwar Ibrahim (Malaysia) dan Dr. Bridget Welsh (perunding Freedom House dan NED) sebagai ahli panel membincangkan buku bertajuk “Democracy Take-Off?: The BJ Habibie Period,” November lalu. - AIDC"

Bridget Welsh adalah perunding di Freedom House dan NED , manakala Anwar juga mempunyai hubungkait dengan NED . Seperti yang didedahkan lagi oleh blog AIDC, Anwar telah menghantar beberapa pucuk surat kepada pertubuhan itu melalui syarikatnya di Amerika Syarikat iaitu AIA (Anwar Ibrahim and Associates)



Oleh yang demikian, melalui pendedahan-pendedahan kaitan Anwar dan Bridget Welsh , jelas sekali pandangan akademik wanita itu akan berat kepada sahabat beliau . Selain itu kedua-dua individu ini juga mempunyai status yang agak istimewa di University John Hopkins . Sedikit tambahan , bila sebut pasal John Hopkins University dah nampak macam institusi pendidikan itu dijadikan 'pusat ternakan' pemikir2 yang mahu menjahanamkan Malaysia . Anak perempuan Anwar , si Nurul Izzah juga 'graduate' dari John Hopkins Universitiy . Penulis mempunyai firasat bahawa tak mustahil institusi pengajian tinggi seperti John Hopkins ini menjadi jarum halus anasir2 luar untuk mencemarkan pemikiran rakyat negara ini .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu