Tuesday, April 30, 2013

Ada usaha untuk menghuru-harakan negara sekiranya mereka tewas..

Tanggal 5 May 2013 semakin menghampiri, tarikh ini lah yang bakal menentukan nasib rakyat Malaysia untuk 5 tahun yang akan datang . Daripada tindak balas yang ditunjukkan, amat jelas momentum sokongan rakyat terhadap Najib semakin meningkat. Namun semua itu tidak cukup utk menyatakan kemenangan 2/3 adalah milik BN sekiranya ada sabotaj dalaman dan luaran.

Sabotaj luaran mungkin boleh kita tangani secara berkala tetapi sabotaj dalaman umpama pembunuh senyap kepada BN. Oleh itu, penulis berharap penyokong2 dan jentera BN seharusnya mengenepikan elemen2 negatif dalaman yang cuba merosakkan parti. Seluruh jentera dan penyokong2 BN harus mempersiapkan diri untuk menghadapi sesuatu kemungkinan yang lebih besar apabila BN diisythiharkan menang.

Sebelum ini kita dah dikhabarkan mengenai 13 perkara yang akan dilakukan Pakatan menjelang pilihanraya. Beberapa perkara telah digerakkan iaitu sokongan bapa Saiful kepada Pakatan, tindakan untuk mengharamkan UMNO, penampilan individu menyerupai Anwar dan pengedaran surat sokongan Yusof Qardhawi. Penipuan ini dirancang dengan teliti seolah-olah sebuah drama bagi mendapatkan simpati rakyat.

Selain itu, Anwar juga cuba bermain emosi bagi meraih simpati mengenai tuduhan beliau berzina dan meliwat walhal bukti video yang ditunjukkan cukup jelas. Apa yang paling dibimbangkan ialah usaha-usaha jahat aljuburi untuk mencipta semula suasana rusuhan tahun 98 sekiranya PR gagal menakluki Putrajaya. Sentimen ini dah ditanam ke dalam jiwa dan sanubari pengikut2 nya apabila kerapkali mengulangi akan turun ke jalanraya sekiranya mereka tewas dalam pilihanraya dengan meng "kambing hitam" kan SPR.

Taktik yang kotor ini juga mendapat sokongan agen2 asing dari luar yang diketahui sejak dahulu lagi mahu memporak perandakan Malaysia. Tambahan pula tiga ideologi politik berbeza dari PKR,DAP dan PAS pasti lebih memburukkan keadaan, kekeliruan ideologi ini ditutup dengan semangat mahu menumbangkan BN, mungkin mereka terlepas pandang keadaan2 kecelaruan yang boleh berlaku selepas itu.

Anwar dengan pro-Yahudi/Amerika , Lim Kit Siang dengan sentimen perkaumannya dan Nik Aziz dengan negara Islamnya. Bagaimana perbedaan ideologi ini dapat diintegrasikan dalam pentadbiran sebuah negara? Bolehkah ideologi komunis dan liberal diintegrasikan dalam pentadbiran sesebuah negara? Penulis yakin bahawa kerjasama yang ditunjukkan hanyalah kepura-puraan yang sementara sahaja.

Apabila segalanya telah porak peranda maka senanglah tangan2 asing dari luar mencampuri hal ehwal negara ini atas alasan kemanusiaan. Rakyat dinasihatkan agar tidak termakan dengan dakyah jahat yang ingin menghuru harakan negara sekiranya PR tewas semasa pilihanraya nanti.

Kita mungkin tidak dapat menghalang gerakan ini berlaku, namun kita boleh mengingatkan sahabat dan keluarga terdekat supaya tidak terlalu mengikut emosi kerana akhirnya yang menang jadi arang yang kalah jadi abu. Apa yang ditulis ada berdasarkan pengakuan terbuka penyokong2 PR sendiri iaitu sekiranya mereka kalah, mereka akan turun ke jalan raya !
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

3 comments:

Ego UMNO, lagak TUAN BESAR BANGSAWAN MELAYU, yang perdambakan “Ketuanan Melayu” tapi suka hina & tindas sesama bangsa yang mana tak sebulu dengan nafsu serakah pemimpin mereka.... terutama PAS, PKR, dll......

Bongkak UMNO, lupa diri MABUK KUASA.. mengalah kuasa monarki Raja2 Melayu, tak pernah merasa diri sendiri yang penuh kedurjanaan dalam kuasanya.... PDRM (Polis) menjadi alat kuda tunggangan / pusat/ ibu segala konspirasi, fitnah & penindas Melayu bukan UMNO ....... atas nama kerajaan/ undang2. Begitu juga seluruh jentera kerajaan, SPR, SPRM, Mahkamah, RTM, Media Perdana,... serta harta Negara dieksploitasi setiap masa dan peluang untuk matlamat politik sempit UMNO ....

Ketamakan UMNO ... mendambakan “hak istimewa Melayu & bumiputera” tapi semua kontrak/ permit/ subsidi milik kerajaan hanya untuk kroni2 ketua UMNO yang boleh 'masyuuuk' kepada mereka saja.. Bagitu juga jawatan2 dalam segala organisasi/ syarikat/ institusi kerajaan hanya sanya milik orang2 UMNO/ pro UMNO.. yang lain pinggirkan.. bahkan senarai AJK Surau/ Masjid ... pihak2 berkuasa JAWI/JAIN.... mesti dapat restu dari Tuan2 Besar UMNO dulu.....

Itulah kotor dan jijiknya darjah 'najis politik UMNO' .... yang diperjuangkan oleh pencacai2 upahan UMNO yang pendek akal .... penyokong2 UMNO.. berjuang menegakkan "kemungkaran dan kezaliman" atau orang2 alim yang "bersyubahat" dengan para ahli fasik @ ahli maksiat @ ahli zalim UMNO.....

Hapuskan & elakkan dari "NAJIS POLITIK UMNO" ! Bersama PAS, barisan pimpinan Islami. Semoga Melayu/Islam/Ummah selamat.

RAKYAT SOKONG PERUBAHAN... SOKONG PAKATAN! PRU13 UNTUK PERUBAHAN - MERDEKA RAKYAT!

Anon 7:37 dan Anon 7:30
Wah hebatnya penyokong racist, ajaran sesat dan peliwat di atas. nanti anak, cucu cicit anda jadi macam begitu teruskanlah salahkan umno yerrr

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu