Tuesday, March 26, 2013

Undi PAS Haram : Golongan Agama di Kelantan Makin Pinggirkan PAS

Nampaknya gabungan PAS, DAP dan PKR membuatkan golongan-golongan ilmuan agama semakin menjauhkan diri mereka dari parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu . Baru-baru ini , beberapa NGO yang dianggotai tok guru pondok, imam, para ulama, ustaz-ustaz telah menyatakan kesediaan mereka untuk bersama-sama dengan Barisan Nasional pada PRU-13 yang akan datang. Dari petikan Malaysian Insider pada 13 Feb 2013 , beberapa ulama dengan tegas telah menyatakan adalah haram untuk mengundi PAS kerana kerjasama parti itu dengan DAP yang mahu kalimah Allah dibenarkan dalam kitab Injil Bahasa Melayu .


Dari petikan akhbar Utusan Malaysia ;


"Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang yang kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pas hanya menjadi pak turut kepada DAP."


"Begitu juga pemimpin Pas mengatakan bahawa Nabi Muhammad (SAW) seperti mamat-mamat kampung, seperti orang biasa. Mana sama, tidak sama, sebab Nabi suci, maksum daripada alam nur lagi.


"Dia (Pas) sanggup lakukan apa sahaja kerana hendak berpakat dengan DAP menuju ke Putrajaya, yang jelas hari ini Pas sudah tersasar jauh daripada matlamat yang sebenar, maka wajib kita bersama UMNO dan BN, haram kita mengundi Pas pada PRU-13," 

Walaupun begitu, kita sedia maklum bahawa pengikut-pengikut tegar PAS akan membutakan mata hati mereka walaupun parti itu teruk dikecam oleh golongan-golongan agama yang tiada kepentingan politik. Ulama-ulama ini dilihat begitu kecewa dengan perjuangan PAS yang cuba mengelirukan orang-orang Islam menggunakan agama dalam politik tetapi pada masa yang sama bertoleransi dengan sekutu-sekutunya yang jelas sekali mempunyai pendapat yang bertentangan dengan pegangan Islam .

Terbaru kita masih menunggu respon PAS mengenai video terbaru menyerupai pemimpin Pakatan itu ? Adakah masih dengan sindrom penafian dan alasan yang sama iaitu kamera itu besi ? Memanglah kita tidak seharusnya berprasangka terhadap saudara seagama, tetapi lebih elok untuk tidak mengambil risiko dan menyesal di kemudian hari.






1 comments:

Salam. Masih ingat sembahyang hajat PAS agar mendoakan kehNCURAN UMNO dulu? Adakah ini tanda-tanda doa dimakbulkan akan tetapi telah kena batang hidung sendiri? Wallahualam

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu