Tuesday, March 26, 2013

Tun Daim Zainuddin : Anwar Tak Arif Ekonomi

Tun Daim Zainuddin dalam satu wawancara khas dengan NST telah menyatakan bahawa Anwar Ibrahim bukanlah calon yang sesuai untuk menjadi PM . Selaku orang yang lebih senior daripada Anwar yang menjawat jawatan Menteri Kewangan , karekter dan kebolehan Anwar mungkin dah dinilai oleh Tun Daim semasa Anwar menjawat jawatan itu . Mungkin Dr.M bersifat agak terbuka dan berani mengambil risiko apabila melantik seorang yang hanya berpendidikan Pengajian Melayu untuk menjawat jawatan Menteri Kewangan .



Beliau percaya Anwar mungkin boleh belajar daripada penasihat2 kewangan dalam kementerian itu , malangnya menurut Tun Daim dalam wawancara itu , Anwar terlalu bergantung pada nasihat2 dan perlu tunggu apa yang diarahkan penasihat . Maksudnya , memang fundamental Anwar dalam bidang ekonomi ni agak lemah sehingga tak boleh buat keputusan sendiri . Mungkin dia sendiri tak faham apa yang beliau ucapkan dalam forum2 antarabangsa , ex saja lebih barangkali ?? Tapi kalau nak tahu , itu lah lagak seorang conmen , ada hanya perlu 'menyakinkan' orang dengan lagak tersendiri .

Bila negara mengalami krisis ekonomi, Anwar yang ketika itu sedang menjawat jawatan Menteri Kewangan meminta nasihat sahabat2 beliau dari US yang kita tahu dah menjahanamkan beberapa negara yang menerima nasihat itu . Ketika itu, Tun. Dr.M menarik Tun. Daim untuk membantu , jelas sekali tindakan Tun. Dr.M menunjukkan beliau dah hilang kepercayaan dengan kebolehan Anwar. Walau bagaimanapun, kita berasa pelik dengan sikap penyokong2 dan pemimpin2 PR yang lain yang begitu yakin dengan kebolehan Anwar dalam menguruskan ekonomi negara ? Dengan pelbagai isu yang beliau hadapi sekarang dan respon beliau terhadap isu2 ini , Anwar memang layak digelar 'pelakon' terhebat dalam negara !

Dari KLPos ;


"Saya percaya beliau (Anwar) akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas presiden Bank Dunia)," katanya semasa di wawancara wartawan New Sunday Times

Tun Daim menyatakan keraguan dalam kemampuan Anwar yang tidak arif dalam bidang ekonomi dan sentiasa memerlukan orang lain untuk memberitahu apa yang perlu difikirkan dan dilakukan.

Kenyataan Tun Daim mungkin dibuat berdasarkan pemantauan yang beliau lakukan dalam tempoh Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan.

seterusnya untuk artikel penuh


1 comments:

sila bertukar laman web saya
Terima kasih untuk jenis anda

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu