Friday, March 15, 2013

Tekanan Berterusan ? PI Bala Meninggal Dunia kerana Masalah Jantung




PI Bala yang baru ja pulang ke Malaysia di khabarkan meninggal dunia. Sebelum itu beliau dimasukkan ke hospital kerana jantung berhenti berdenyut kerana arteri tersumbat. Dari petikan Malaysiakini, Bala dikejarkan ke hospital Sg Buloh kira2 2:30ptg tadi.

Bala mungkin menghadapi tekanan dari bos-bos beliau untuk berkempen dalam usaha mendededahkan 'dalang' pembunuhan warga Mongolia , altantuya . Bala yang sebelum ini bertukar-tukar akuan bersumpahnya mungkin menghadapi tekanan dari pelbagai pihak hingga menjejaskan kesihatan beliau.

Pakatan yang ketika ini sibuk bersilat mempertahankan diri tentang isu Lahad Datu, mungkin memberi pelbagai tekanan kepada PI Bala supaya 'meledakkan' isu Altantuya. Namun di kala ini rakyat seperti lebih risau dan prihatin dengan isu di Lahad Datu.

Jadi kemungkinannya,Bala menghadapi tekanan kerana kepulangan beliau untuk membantu Pakatan terhenti kerana isu di Sabah yang lebih memuncak , tambahan pula melibatkan beberapa pemimpin tertinggi PKR seperti yang dilaporkan media filipina danreuters.

Bala yang selama ini sihat di luar negara tiba2 meninggal dunia hari ini dek kerana tekanan dalam negara. Tekanan tekanan yang dicipta oleh pemimpin2 Pakatan itu sendiri. Jelas disini kematian Bala adalah disebabkan permainan politik pemimpin2 Pakatan itu sendiri. Jangan pula ini pun nak disalahkan UMNO atau kononnya ada konspirasi2 lagi..

Dari sumber KLPos 


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat n Surendran dan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa mengesahkan kejadian tersebut.

"Saya dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh. Saya tidak mempunyai maklumat lengkap lagi," kata Sivarasa.


Dimakan sumpah ??




0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu