Tuesday, March 5, 2013

Selepas Tian Chua dimalukan , giliran Zunar pula sekarang ?

Selepas Tian Chua yang mengeluarkan 'statement' kejadian di Lahad Datu hanyalah permainan politik atau sandiwara UMNO , hari ini kartunis Zunar pula cuba memperolok-olokkan kejadian yang berlaku di Lahad Datu dengan ilustrasi yang disiarkan dalam Malaysiakini . Zunar dilihat tidak sensitif dengan perasaan masyarakat Sabah dan keluarga tentera dan polis yang sedang berjuang di sana . Kalau kelmarin sekumpulan  penunjuk perasaan mengecam tindakan Tian Chua , perkara yang sama harus dilakukan pada Zunar . Tian Chua dikecam kerana mempersendakan kejadian di Lahad Datu sehingga alamat rumah dan nombor telefon beliau tersebar luas di laman2 internet . Mungkin selepas ini perkara yang sama akan berlaku pada Zunar ?


Zunar mungkin melihat ilustrasi yang beliau buat hanya 'satira' sinikal semata-mata . Namun dengan cuba bersikap sinikal tanpa mengambil kira situasi semasa boleh lah dianggap kartunis ini hanya mementingkan diri semata-mata , perasaan patriotik dibuang ketepi . Segala nya hanyalah berkaitan dengan politik . Jelas sikap bodoh dan bangang yang ditunjukkan Zunar mencerminkaan jenis pemikiran yang ada pada penyokong2 PR.  Segalanya mahu dikaitkan dengan politik malah hingga ke tahap tentera menggunakan pesawat Air Asia ke Sabah pun nak dipolitikkan ! Saat ini rakyat boleh lihat sendiri bagaimana penyokong2 dan pemimpin2 PR yang begitu kemarukkan kuasa seolah-olah menjadi 'gila' apabila mengatakan segala yang berlaku di Lahad Datu adalah sandiwara ! Kebanyakkan dari mereka yang boleh kita label sebagai 'keyboard warrior' ni hanya mampu menyalak di portal2 maya sahaja .

1 comments:

BIARKAN SAJA SI ZUNAR NI....KAN SIPAT ANAK YANG MAK DAN BAPAK TAK KAHWIN NI MACAM TUUU!!!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu