Monday, March 25, 2013

Selamat Hari Polis : Anugerah Posthumous buat Perwira yang Gugur

Penulis terlebih dahulu ingin mengucapkan selamat hari polis kepada semua polis yang sedang bertugas diluar sana . Yang menyabung nyawa memastikan keselamatan orang ramai dari jenayah, kekacauan , kucar kacir, huru hara dan sebagainya . Sebelum ini mungkin sambutan hari polis adalah seperti hari hari biasa bagi kebanyakkan rakyat Malaysia . Namun mungkin selepas apa yang berlaku di Lahad Datu, rakyat lebih membuka mata dan menghargai polis . Mungkin selama ini kita "take for granted" dengan keamanan yang kita kecapi selama ini.


Kita menjalankan rutin harian kita dengan selesa dan selamat tapi mungkin sesetengah dari kita lupa dengan pengorbanan yang dilakukan anggota keselamatan kita ini . Sesetengah daripada kita mudah tersentap bila ada kejadian-kejadian jenayah yang berlaku dan begitu cepat sekali menuduh pihak polis kita lembab.


Malah sekiranya pihak polis menggunakan kekerasan samada semasa soal siasat atau semasa proses memberkas penjenayah, ada pula yang cuba membela kononnya atas nama hak asasi manusia. Mereka lupa polis pun ada hak asasi, dan dalam masa yang sama menggadai nyawa untuk membenteras jenayah.

Hari ini , 25 March 2013 , PM Najib akan merasmikan Hari Polis dan pada masa yang sama akan memperincikan ESSCOM semasa sidang media. ESSCOM diperkenalkan sebagai tanda keseriusan kerajaan dalam menangani pencerobohan anasir-anasir luar , selain itu ia merupakan satu lagi usaha transformasi PM Najib .

Berikut adalah beberapa link2 berkaitan dengan sambutan hari polis ;

Komando 69 diterbangkan untuk sambutan hari Polis
Cabaran penyiasatan PDRM (menjelang Hari Polis)
Sambutan Hari Polis ke-206 tampil konsep revolusi kepolisian negara
Sabah conflict: PM to provide more details on Esscom


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu