Sunday, March 3, 2013

Penduduk Kampung Di Samporna,Sabah Belasah Penceroboh M16 Hingga Mati (yang menjemput pengganas ni bila lagi nak dibelasah?)

Dari 'tweet' Bernama ,dikatakan penduduk sebuah kampung di Samporna, Sabah telah memukul seorang penceroboh yang bersenjatakan M16 sehingga mati. Nampak benar rakyat negara ini terutama penduduk Sabah yang marah dengan pencerobohan yang berlaku. Di pihak Pakatan pulak mereka cuba meletakkan kesalahan kerajaan kerana 'berlembut' dengan pengganas yang menceroboh negara ini. Nampak mereka dengan sedaya upaya mengalihkan isu pertemuan pemimpin2 PR dengan waris sultan Sulu dan Nur Misuari beberapa bulan sebelum insiden pencerobohan berlaku.

Pasti pertemuan itu disulami pelbagai janji janji manis.. Sama seperti mereka membuat janji kepada rakyat . Hal mengenai tuntutan Kesultanan Sulu yang sejuk tiba2 menjadi panas dan agak pelik apabila Sultan Sulu yang dikatakan agak 'sengkek' mampu mempunyai 'tentera' yang dilengkapi pelbagai peralatan tempur ?? Tak mustahil mereka ini ditaja oleh pihak2 tertentu . Bayangkan semuanya seolah-olah diatur dikala pilihanraya umum semakin dekat.

Rakyat cuba ditunjukkan kononnya kerajaan sedia gagal menangani masalah pencerobohan ini. Lebih menarik juga, pada ketika ini jugalah Bala yang telah lama menghilangkan diri muncul. Semuanya dilonggokkan secara pukal untuk ditunjukkan pada 'pengundi' . Malang sekali teknik ini dilihat seperti memakan yang empunya diri. Pendedahan Reuter dan akhbar Filipina berkenaan pertemuan anggota parti politik Pakatan dengan beberapa kumpulan di negara itu memberikan petunjuk Dalang dalam isu pencerobohan ini. Dalang.. atau lebih sedap disebut sebagai pengkhianat negara.

Apabila pendedahan ini disebarkan kepada umum, maka meloncat loncat lah Anwar Ibrahim menafikan dan mengatakan itu hanyalah dakwaan palsu UMNO . Anwar mungkin menyedari beliau kini berada dalam longgokan 'najis' yang di 'cipta' sendiri..maka modus operandi seterusnya ialah 'menutup penipuan dengan melakukan satu lagi penipuan' .

Anwar cuba menjatuhkan kredibiliti laporan Reuters dan media Filipina itu, maka beberapa hari selepas laporan itu , satu artikel di Malaysiakini keluar mengenai kononnya UMNO telah mengupah media di US untuk menjatuhkan Anwar? Entah gila apa kah Anwar ni, bukankah selama ni media2 di sana kerap kali membuat laporan yang menyokong beliau ?? Malah majalah TIME pun keluar muka aljuburi (gelaran yg diberikan oleh Mat Sabu) ni. Jadi apa rasional mengatakan UMNO membayar media di US untuk menjatuhkah beliau ?

Anwar melalui proxi Mat Saleh nya itu cuba membangkitkan kepercayaan rakyat Malaysia berkenaan dakwaan beliau , sekali gus boleh menidakkan laporan yang dikeluarkan oleh Reuter dan media Filipina tentang penglibatan PR dalam pencerobohan Lahad Datu. Kononnya kalau media US pun boleh UMNO beli kenapa tidak media Filipina??? Cuma Anwar lupa laporan media Filipina dan Reuters adalah dari perisikan Filipina.

Sekarang ni puak2 Pakatan cuba mempengaruhi rakyat kononnya akibat lambat bertindak menyebabkan kematian anggota keselamatan kita disana. Polis ada sebab2 tersendiri untuk tidak bertindak secara melulu . Soal keselamatan penduduk Malaysia di kawasan itu harus diutamakan. Mereka juga tidak pasti samada penceroboh menjadikan penduduk tempatan sebagai tebusan. Bayangkan kalau polis bertindak gila dengan melancarkan mortar dan bomb ke arah kumpulan itu tanpa ada apa2 rundingan, macam2 kesan negatif boleh berlaku ;

* Penduduk setempat (rakyat malaysia sah) mungkin juga terkena tempias serangan

*Akan menjadi isu antarabangsa

*Kumpulan pengganas Sulu yang terlepas dan berkeliaran di beberapa kawasan lain di Sabah mungkin juga akan bertindak lebih agresif, sekaligus nyawa penduduk setempat terancam jika mereka dijadikan tebusan

Jelas tindakan2 KDN adalah dengan mengambilkira beberapa faktor yang melibatkan kepentingan negara dan nyawa penduduk2 setempat. Ya tak dinafikan kita punya tentera yang lebih besar , dan tidak menjadi masalah untuk 'tebas' habis penceroboh2 ini. Tetapi bagaimana tentera dapat membezakan penceroboh dan penduduk tempatan?? Mungkin mudah bagi penceroboh yang memakai baju tentera. , bagaiman pula yang memakai baju serupa dgn penduduk tempatan??

Penceroboh2 ini pasti boleh berfikir tenkik2 seperti ini bagi mengelirukan pihak keselamatan negara kita ini. Tentera mereka x ramai..oleh itu kebijaksanaan menggunakan taktikal peperangan termasuk penyamaran ada lah penting bagi memenangi peperangan seperti ini. Penulis yakin penceroboh cukup mahir dgn taktikal peperangan ini.

Tambahan pula mereka mendapat maklumat 'free' dari penduduk2 setempat yang meletakkan status dlm Facebook tentang pergerakan polis. Oleh itu rakyat perlu faham kenapa polis tak menceritakan apa yang akan mereka buat seterusnya kerana semua itu adalah rahsia, dan x boleh diketahu pihak musuh !n


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu