Monday, March 25, 2013

Pendedahan Video 'Aksi Papa Homo' beri inspirasi pada Yuktes Vijay ?

Satu demi satu tembelang Anwar terdedah, malah semakin agresif serangan-serangan ditujukan kepada Najib dan Rosmah, nampak lebih banyak perkara yang terdedah. Kem PR nampak agak tertekan dengan beberapa isu kini yang dilihat tidak menyebelahi mereka. Malah isu-isu yang cuba mereka letupkan cuma mendapat sambutan dingin di kalangan rakyat marhaen . Isu-isu yang cuba dimainkan mereka hanya berlegar sesama penyokong tegar sahaja .


Pada 11 March 2013 , sebelum video sumbang seorang lelaki menyerupai pemimpin Pakatan itu tersebar di internet . Salah seorang daripada kumpulan peguam Anwar yang terlibat dalam kes Liwat 2 , iaitu Yuktes Vijay telah membuat beberapa pendedahan mengenai beberapa penemuan beliau semasa kes itu sedang hangat dibicarakan . Kalau Deepak dan Bala boleh membuat U-turn untuk memberi kesaksian mengenai kes Altantuya, Scorpene dan sebagainya yang dilihat lebih menjurus kepada permainan politik semata-mata tanpa bukti yang sahih , peranan Yuktes Vijay pula dilihat lebih berprinsip.

Dalam surat yang ditulis oleh Yuktes Vijay pada FMT ( 11 March 2013) antara beberapa kenyataan beliau ialah ;


"Saya pernah bekerja dengan barisan peguam Anwar sepanjang kes Sodomi 2 dan terlibat dari A-Z dalam perbicaraan tersebut.

Apabila saya kata dari A-Z bermaksud dari mesyuarat dengan pakar forensik dan DNA seterusnya mengkaji dokumen-dokumen kes undang-undang untuk hujahan. Saya terlibat dalam keseluruhan proses. Saya tidak berhasrat untuk menamakan peguam tersebut kerana saya sangat memujanya sebagai mentor saya dan tidak mahu beliau diheret ke dalam kancah kekecewaan dan kemarahan saya ini."


"Kesan DNA Anwar ada dalam rektum dia (Saiful). Apa yang menghalang hakim untuk mensabitkan Anwar adalah kerana wujudnya pecahan dalam rantaian keterangan “break in the chain of evidence.” Saya akan menulis berkenaan isu ini dalam masa terdekat. Drama ini perlu dijelaskan dalam satu penulisan yang lengkap."

"Secara ringkasnya, wujud keterangan yang membuktikan kewujudan air mani Anwar dalam rektum Saiful. Namun, kerana putusnya rantaian keterangan dan juga kesangsian atas integriti sampel, keterangan tersebut tidak digunakan."

Surat asal yang dihantar kepada FMT telah diterjemahkan oleh AIDC disini . Klik sini untuk baca surat penuh

Yukes Vijay juga telah menghantar satu lagi surat kepada FMT pada 22 March 2013 bagi mendedahkan kisah di sebalik kes Liwat 2 .


"Anwar’s intentions are simple. He wants to put blame on the government or more precisely Umno-BN for the bisexual image that has been attached to him. For him, it is the case of proving that his assertion of conspiracy is true. But the problem is, Anwar “allegedly” sodomised Saiful, not his dad."

"My open letter previously has made many question my integrity. The problem is when wrong things are happening right in front of my eyes, you can’t just keep mum and move on, especially when you feel cheated that the very man you believed is a reformist and an honest man is not what he is. I am willing to take the flak as long as the rakyat know the real man behind the reformist mask."

"Attack me all you can. I have put forward questions to Anwar in my previous letters. I have now too. I have documents to back all my claims, even this."

"Astroboy no documents pertaining to your trial went without having a “check in” to my e-mail inbox. And this is not even part 2 of my article to your scam in Sodomy 2. Recall the alibi list? Recall the recorder that was passed to me by your brother, Rosdi to record all the conversations in the interview?"

"My demand is simple. Do not use Saiful’s dad for your political mileage ever again. Fight Saiful like a man."

Klik untuk artikel penuh di FMT

Dari karangan email kedua Yuktey kepada FMT , beliau menyatakan teks yang dibacakan oleh bapa Saiful menafikan Saiful diliwat adalah bukan dari tulisan bapa Saiful sendiri , teks itu adalah dari tulisan seseorang yang sangat beliau kenal. Yuktes juga menyatakan tulisan beliau sebelum ini mendapat pelbagai reaksi yang mempersoalkan integriti beliau dan beliau dikecam dengan pendedahan yang dibuat .

Walau bagaimanpun Yuktes berpegang pada prinsip dan kebenaran , beliau percaya beliau ada bukti yang boleh menyokong dakwaan beliau itu terutama dari rekod2 email . Sekiranya dibaca komen2 dalam FMT memang banyak komen2 yang mengecam Yuktes , dan seperti biasa skrip 'standar' penyokong2 tegar Anwar ialah berapa Yuktes di bayar oleh UMNO / BN ?

Kini apabila video terbaru yang tersebar , nampaknya Yuktes mempunyai alasan yang sangat kukuh untuk membongkarkan apa yang beliau tahu di sebalik kes Liwat 2 . Seperti dinyatakan di atas , kebenaran mengenai taktik kotor dan penipuan yang dibuat oleh pemimpin Pakatan, semakin hari semakin nyata . Malah sudah ada ketidak serasian di dalam kem-kem Pakatan sendiri . Mungkin ini lah hikmah mengapa Najib melengah-lengahkan PRU-13 . Sekiranya diadakan lebih awal , mungkin kita tidak akan didedahkan dengan semua ini dan rakyat akan terus diperbodohkan oleh sandiwara Pakatan.




0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu