Sunday, March 31, 2013

Parti 'Keadilan' Tapi Tak Adil , Ikan Bilis Kena Tindakan Disiplin, Ikan Jerung Masih Bebas 'Meliwat'

Pendedahan video ke-3 yang dibuat oleh blogger Papagomo yang menunjukkan klip seorang lelaki menyerupai Anwar Ibrahim dan seorang lagi lelaki lain sudah pasti meresahkan ramai pihak di PKR. Sedikit demi sedikit perangai buruk pemimpin tertinggi mereka didedahkan, malah menurut blogger berkenaan ada lagi video yang akan dikeluarkan, yang pasti benar2 memalukan pemimpin no.1 PKR itu. Walau bagaimanapun, kita berharap video sebegitu tidak dikeluarkan lagi , cukup lah sekadar untuk menyedarkan rakyat, sekutu dan penyokong2 tegar pemimpin itu.


Sehingga sekarang, tiada apa2 kenyataan dibuat oleh Anwar . Perkara-perkara ini dijawab oleh orang-orang kanan beliau. Mereka tidak menafikan lelaki berkenaan adalah Anwar , tetapi 'spin' dengan mengatakan ada teknik2 editing video digunakan untuk mengelirukan penonton. Adalah amat memalukan sekali jika anda perasan dalam video no.3 yang dikeluarkan. Ada satu ketika, Anwar tiba-tiba senyap dah dilihat resah sebelum menerpa seorang lagi lelaki dalam video itu . Kelakarnya, bagi mereka yang skeptikal , penafian dibuat kononnya mungkin Anwar ingin buat sesuatu perkara yang lain ? Takkan lah nak tunjuk keseluruhan video baru nak percaya ?


Sebelum itu , video seorang ahli majlis PKR dari Kedah yang terkantoi ber'mastrubasi' depan webcam telah menjadi perhatian umum . Ahli majlis itu katanya akan dikenakan tindakan disiplin hanya kerana ditangkap ber'masturbasi'. Sebenarnya, kita berasa simpati dengan ahli majlis berkenaan. Hanya disebabkan jawatan beliau dalam PKR hanyalah setakat ikan bilis, maka dengan laju sekali segala tindakan disiplin nak diambil ke atas beliau. Pelik sekali apabila pemimpin tertinggi terkantoi juga dengan kaedah bergambar/video tidak ada apa di lakukan ( rujuk Anwar Ibrahim dan Azmin Ali),sekurang-kurang buat lah penyiasatan untuk pembuktian statement 'ini semua konspirasi UMNO' itu benar dan bukan setakat menafi pakai air liur je .


Kalau macam tu penulis sarankan ahli majlis berkenaan juga buat penafian yang sama 'ini semua konspirasi UMNO' , 'lelaki itu bukan saya' , 'ada lelaki lain dimake up serupa saya' dan lain2 lagi untuk lepaskan diri dari tindakan disiplin. Kalau Anwar dan Azmin boleh terlepas kenapa tidak ahli majlis berkenaan ?

3 comments:

bapa borek anak rintik hehehe ska i kalau bapak bejubo anak bertabor

sila bertukar laman web saya
http://joezuax.blogspot.com/
Terima kasih untuk jenis anda

Aku nak try nurul izzah la....

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu